<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

31.12.04

Day After Tomorrow

Salji turun pertama kali di negara Arab
DUBAI: Buat pertama kali sepanjang ingatan sejarah, salji turun di Emiriah Arab Bersatu (UAE), negara yang dikelilingi gurun dan padang pasir.

Pegawai Jabatan Kaji Cuaca Dubai semalam menyatakan, salji melitupi pergunungan al-Jees di Ras al-Khaimah, kawasan yang terletak di negeri paling utara di UAE.

Akhbar berbahasa Inggeris, Gulf News melaporkan, kawasan pergunungan yang terletak 1,737 meter dari paras laut itu menyaksikan salji turun pada malam hari sejak dua hari lalu berikutan cuaca sejuk sehingga mencecah suhu serendah -5 darjah Celsius dan mengejutkan ramai penduduk negara ini.

Kawasan pergunungan itu bermula di UAE sehingga ke Oman dan tempat tertinggi di sesetengah tempat mencecah 2,500 hingga 3,000 meter. Isnin lalu, hujan lebat berukuran 12.6 milimeter berlaku di kawasan gurun Dubai, satu daerah yang jarang sekali menerima hujan.




_________________//


kalau korang pernah tengok movie ni, korang mesti berfikir.. masa sekarang ni.. seperti apa dlm movie tu.. aku menanti dlm tempoh 2 minggu ni untuk melihat perubahan demi perubahan.. 4 tahun selepas alaf baru.. segalanya semakin berubah..

Tiada keraian menjelang 2005



Mangsa kebuluran
122,122 maut
Indonesia: 79,940; Sri Lanka: 27,000; India: 12,419; Thailand: 2,394; Somalia: 130; Myanmar: 90; Maldives: 69; Malaysia: 67, Tanzania: 10; Bangladesh: 2; Kenya: 1

KUALA LUMPUR: Kebuluran dan penyakit berjangkit mula mengancam mangsa tsunami di Asia ketika penghantaran bekalan makanan dan ubat mengambil masa beberapa hari sebelum sampai kepada penduduk terbabit.
Artikel satu Bharian 31/122004




Antartika Ekspedisi Solo: Ekspedisi 22 hari berjaya
KUALA LUMPUR: Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang memulakan ekspedisi untuk menjadi wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo 8 Disember lalu, berjaya melepasi garisan penamat di Hercules Inlet pada jam 10.45 malam kelmarin.
Artikel 2 Bharian 31/12/2004
??????????????????????????????????????????????????????
????????????????????????????????????????????????????????
??????????????????????????????????????????????????????????
??????????????????????????????????????????????????????????????
????????????????????????????????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????????????????????
________________________________________________//
Penderitaan mangsa ribut tsunami bukan sekadar untuk ditatapi dengan kesedihan sahaja.. kami di pihak GengJurnal mengalu-alukan sumbangan anda semua untuk meringankan penderitaan mangsa mangsa tersebut. Hulurkan sumbangan anda semua kepada Maybank Mercy 562179504126. sumbangan walau hanya seringgit jika kita semua menderma, ia akan mencukupi jua untuk pihak mercy menghulurkan bantuan. Bagi yang ingin menyumbang dengan cek boleh menghubungi Tabung Utusan di 03-92221735 atau Tabung Nst-Bh-Tv3-8Tv di 03-22822323. Di atas sumbangan anda semua, kami di pihak Geng Jurnal tunduk hormat tanda penghargaan dan terima kasih.
video paparan tsunami melanda boleh didowload di http://www.kroni.biz/nordin/blog/index.php .Sesiapa yg ingin menyumbangkan pakaian utk mangsa Tsunami di Utara Malaysia, boleh lah menghantar pakaian tersebut ke tempat letak kereta .. bersebelahan Dataran Maybank, Bangsar antara jam 4:00 ptg hingga 6:30 ptg hari Jumaat 31/12/2004.

29.12.04

Sokonglah Tokrimau


kredit to http://kroni.biz/nordin

SETUJU!!
AMAT AMAT SETUJU!!
KAMI MENYOKONGNYA!!! Posted by Hello

PETISYEN UNTUK TOKRIMAU KEKAL SBG PRESIDEN GENGJURNAL

selepas merayau

arini, aku tak pergi rehat.. aku ambik masa rehat untuk melawat semua blog yang telah mendaftar untuk pergi gath dan lihat komen diorang tentang gath.. alhamdulillah.. semua komen yang positif, ada 3 perkara yang penting aku dapat lihat
1. makanan perlu lebih pelbagai lagi.. mungkin putlock boleh diramaikan lagi..
2. lcd yang telah terpaksa digelapkan.. jadi present multimedia aku tu.. jadi gelap.. present video ok..
3. pengisian slot, sebenarnya aku dah suruh isi slot.. tapi mungkin slot ia disaat akhir.. tak sempatlah nak mikirnya..
kebanyakannya, semua suka hati.. lega rasanya.. sbb program kali ni adalah kali ke 4, kali pertama dan ke 2 di buat secara potluck.. tak kisahlah.. cuma start kali ke -3 dia nak buat rasmi sikit.. jadi yang ke 3 tu menjadi penanda aras kepada yg ke-4. nasib mungkin baik apabila yang ke-3 tu byk kekurangan yang tak dapat ditampung.. maka yang ke 4 ni, lebih nampak grand.. kalau dari segi pemerhatian aku.. yang ini lebih nampak meriahnya, terutama dari segi ajk. sbb ajk semua menjalankan tugas dengan cekap, bersih dan amanah. hehehe.. kekurangan dapat ditampung dengan kebijaksanaan ajk yang menguruskannya. tangan tangan berlakang pun banyak jugak yang menghulur tanpa sedar.. gath kali ni menutup cerita 2004 dengan lebih baik. aku sebenarnya dalam minggu ni takut akan kuar TINDAKAN 2005. perkara yang paling aku nak elak. malas nak bermasam muka.
masa keluar dari kolej ke 6, dlm kereta nd, nd tanya, macam mana, puas hati tak? aku kata 50-50. sebb baru keluar.. takut lagi. tapi selepas beberapa arini.. bila tengok semua reaksi.. aku katakan.. aku berpuas hati 80%. itu adalah result akhir dari aku.
cuma ia akan menjadi lebih trauma pada ajk sesi depan kerana gath ke4 orang dah kata hebat.. gath ke5 orang mahu, lagi hebat..
kelmarin berlawan hujah aku dengan tokrimau. tiada keputusan siapa yg menang. tapi yang pasti, aku tetap akan membawa usul supaya, tokrimau kekal sebagai presiden gengjurnal untuk penggal ke 2. saya rasa ramai yang setuju. dlm bab bendahari. aku rasa, nett tidak perlu digugat kedudukan dia. cuma mungkin beberapa orang yang ada sekrang perlu dicalonkan. banyak bakat bakat baru kepimpinan dlm gengjurnal. gengjurnal akan lebih berkilauan pada tahun tahun mendatang.
aku pula, akan berehat dari gengjurnal untuk tumpu pada kerja aku. dah banyak sangat dah ni.. tapi aku akan tetap mengikuti jugak perkembangan gengjurnal. masa terlalu suntuk aku ada 1200 borang untuk dikey in dlm tempoh 14 hari. aku tengah pikir strategi yg semungkinnya boleh digunakan..
------------------------------
semalam sempat aku bergayut dengan member aku yg kerja kat bowling alamanda.. bila dikenang kenang dan diperiksa balik.. sebenarnya.. kami geng yang terpaksa extand sem nii dan abis paling lewat nii.. bila dah abis praktikal terus dapat kerja.. tak sempat nak menganggur.. tapi geng geng yang abis awal.. semua masih duk menganggur lagi.. ada yang kerja tak tetap, kesana sini lagi.. mungkin itulah rezeki namanya..
------------------------------
aku duk fikir pasal http://www.petitiononline.com/, setiap isu yg timbul, ada saja petisyen nya.. hmm.. aku tengah mikir baik buruknya apa yang dilakukan..
------------------------------
aku ingat nak cuti.. tapi takut pulak.. banyak kerja tak abis lagi.. tapi cuti aku kena abiskan tahun ni jugak. sbb cuti ganti.. cuti kena abis tahun semasa.. aiya.. cam mana..?

28.12.04


Penderitaan mangsa ribut tsunami bukan sekadar untuk ditatapi dengan kesedihan sahaja.. kami di pihak GengJurnal mengalu-alukan sumbangan anda semua untuk meringankan penderitaan mangsa mangsa tersebut. Hulurkan sumbangan anda semua kepada Maybank Mercy 562179504126. sumbangan walau hanya seringgit jika kita semua menderma, ia akan mencukupi jua untuk pihak mercy menghulurkan bantuan. Bagi yang ingin menyumbang dengan cek boleh menghubungi Tabung Utusan di 03-92221735 atau Tabung Nst-Bh-Tv3-8Tv di 03-22822323. Di atas sumbangan anda semua, kami di pihak Geng Jurnal tunduk hormat tanda penghargaan dan terima kasih.  Posted by Hello

27.12.04

Terima kasih

Gath pertama di Taman KLCC 11/11/2001. kedua di taman klcc lagi, 03/11/2002. gath ke3 di restoren nelayan titiwangsa 17/01/2004. dan gath keempat di UPM 26/12/2004 alias kelmarin. semuanya tersebut itu adalah gath tahunan rasmi, ia tidak mengambil kira gath gath kecil yang lain. ok.. kustop bab skima.

Gath kelmarin, banyak orang puas hati, apa bila orang puas hati.. aku jadi lega hati.. walaupun sekadar memainkan peranan yang hanya sedikit, namun terasa bebanan turut akan terasa. aku kalau buat program masa kolej dulu, mesti ada menda yang tak kena.. dan selalunya aku buat sorang diri jer.. kali ni.. lega rasanya, semua orang ambik port masing masing. nd dan kengkawan dah prepare dewann petang sabtu. datang ramai ramai kemas.. akurasa diorang abis kurang 2 jam untuk kemas dewan tu, kalau ada 7 orang.. kalau kurang orang.. lagi lama rasanya. mesti penat gila. kak nett pulak, selepas buku telah disiapkan oleh op yang menyusun buku buku (dan jugak banyak menolong terutama dlm bab promosi dan menjadi duta kepada gath kali ni..), giliran kak nett pulak untuk fotostat, nasib malang, fotostat rosak.. kena fotostat kedai. nasib baik kak nett kenyit mata ngan mamak kedai tu.. dapat jugak siap awal fotostat tu.. kalau tidak.. mau isnin baru dapat. amyz pulak kena print tag nama. nida pulak kena liminate.. walaupun akhirnya tak limate.. tapi. nida kena buat tambahan beberapa tag untuk beberapa orang yg last kompom. tipah pulak kena buat doorgift budak budak.. walapun awalnya rasa lebih.. tapi akhirnya, tak cukup pulak.. bapak bapak abang abang budak pun nak jugak.. aku ngan nd pun tak dapat.. bodek basri pun dia taknak kasi.. T_T wakdin pulak, awal awal lagi dah pi ambik majalah karangkraf untuk doorgift.. banyak jugak tu.. terima kasih kak sri.. attok pulak, walaupun dengan kesibukannya.. telah dpt hadir jugak dgn skripnya. walaupun pada awalnya, agak terlalu formal.. tetapi selepas suasana agak relax.. dah makin tak formal dah.. lega hati.. tokrimau dah stanby dah video untuk tayang.. best betul.. aku kalau ada videocam.. aku pun nak buat jugak.. hehehe.. anugerah pun, bukan main cantik tok buat hadir design by lasso. aku kalau ikut hatinya.. anugerah rekabentuk aku nak cakap takdak pemenang jer.. boleh aku bawak balik hadiah.. muahahahaha.. makanan hasil usaha bang rudy.. aku memang tunduk hormatlah.. topklas.. aku tak sangka makanan bukan lazat untuk semua orang, sampai abis kena tapau.. menu pun aku rasa, diorang akan puas hati.. walaupun air tak cukup.. ia bagus jugak, sbb ia telah dapat untuk menghabiskan tembikai yang sedia tak abis. sbb kita cuma ada sorang jer tukang perabis makanan ari kelmarin.. iaitu si Basri.. hahaha.. dari awal sampai akhir.. duk kat meja buffet tu jer.. hahaha.. bowling yang dihandle oleh ciknana dengar kata bukan main best.. sayang betul aku tak dapat join.. kalau tidak.. sah aku boleh menang tin biskut besar tu.. cukup stok sebulan.. hahaha.. cik langsat dan zhoulsz pulak, menjalankan tugas teksi sapu dengan jayanya.. dengar kata siap sampai jemput kat rumah lagi.. memang best servis.. mereka juga telah dengan jayanya lari dari ditangkap oleh jpj sbb takdak permit teksi.. hahaha.. salina pulak bukan setakat jemput aku kat umah, sanggup pulak menumpangkan doorgift dan jugak hadiah sumbangan kak adriani. dah tu sanggup pulak pergi balik putrajaya.. tolong ambik beehun.. kendian tolong hantaq aku pulak ngan doorgift.. lowed gila dia nyer kereta.. korang bayanglah.. bertapa beratnya doorgift yg korang terima tu.. hahaha.. zu dan zu, tolong masukkan semua doorgift dan tolong kak nett dari segi pendaftaran. diorang ni diam jer.. tapi mudah mintak tolong. zu dan zu ni jugaklah yang tolong basuh pinggan sbb pinggan tak cukup.. yang kalau ikutnya, orang lain yang lambat tu sah tak leh makan.. (thanks op sbb bgtau). mush, kak ungku the best, nd dan zhoulsz.. memang best.. persembahan yang betul betul aku tabik.. berani.. walaupun berpeluh satu badan.. tapi tetap teguh di atas pentas sehingga 4 lagu.. hebat tu... uncle ep, walaupun dalam tak sihat.. banyak membantu.. dialah umpama bapak kepada semua ajk. dia bukan main caring lagi dengan kita.. tak sempat aku nak create satu anugerah penghargaan untuk dia. spyz pulak, sanggup dari johor, lari balik ke kl semata mata untuk join.. kesian aku ngan anak anak dia.. nasib baik ada si nett ngan amyz tukang mengasuh.. dari johor tu.. terima kasih sbb tolong puji nett untuk saya, hahaha.. tipah ngan attok handle majlis semalam.. memang best.. diorang telah berjaya untuk memastikan perjalanan majlis, dlm kawalan diorang. mie pulak, abis jer dari kenduri umah ipar baru dia.. terus datang.. dengan set baju kuning diraja, memang cantik masa dia sampai, sbb terus jer naik pentas terima anugerah untuk weblog tercanggih. dan paling best.. bila aku lihat semua ajk dan juga ahli ahli yg hadir.. sama sama kemas dewan.. dlm masa 30 minit.. dan peluh yang paling minima.. semua menda dlm dewan dah dikemas.. hebat. ia bagaikan satu perkara penutup kepada gathering ini.. yang akhirnya, membuatkan aku rasa gathering ini, terlalu istimewa.

aku takut sebenarnya, untuk buat report cam ni.. takut tak tersebut nama.. risau sangat.. takut ada yang terasa.. aku cuba ingat.. tapi kalau tak buat report pulak.. kang kena bambu pulak.. terima kasih aku rakamkan kepada semua penaja penaja.. dan terima kasih jugak kepada tangan tangan belakang yang menghulur tanpa kesedaran pihak penganjur yang lain. aku rakamkan jutaan terima kasih.. aku akan ingatinya, you all the best.. saya akan sentiasa padang tinggi kepada anda semua. penaja penaja anugerah.. pada aku, terlalu bermurah hati.. aku risau sebenarnya, dengan kadar rm55 untuk anugerah tu.. takut terlalu membebankan.. tetapi alhamdulillah.. ada yang telah beri lebih.. tak sangka aku.. hadiah pulak semua best best..

dikesempatan ini, aku ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua, aku hanya sempat hantaq sms pada mereka yang aku ada no telefon jer. terima kasih.. terima kasih.. terima kasih semua.. terima kasih kerana menjadikan gath kali ini terlalu teratur dan berjaya.

kepada kak nett.. saya punya partner.. terima kasih.. kita telah berjaya.. hahaha.. kita tak rugi.. kita tak rugi kak nett.. hutang semua setel kak nett.. duit gj pun kita tak sentuh kak nett.. ish.. kita berjaya kak nett.. syukurnya..

kepada semua yg hadir.. terima kasih sbb kesudian korang semua untuk hadir.. ada wajah wajah yang aku dengar sebelum ni,, mengalami beberapa kesusahan untuk hadir.. tetapi muncul jua.. komitmen anda semua terlalu hebat.. kepada orang orang yang baru join.. terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada kami.. terima kasih semua.. terima kasih.. maaf sbb aku tak bertegur dengan korang semua.. aku ni pemalu orang nyer.. betul.. aku ni pemalu.. tak tipu.. hehehe.. terima kasih semua.. terima kasih.. dan terima kasih terakhir aku adalah kepada bos aku.. kerana pada pagi yang indah ini.. dia tidak membebel membebel membebel. sbb aku tak dapat buat overtime 2 hari turut turut.. nasib baik.. indah sungguh pagi.. you are the best bos.. hahaha..

kepada semua, saya dimaklumkan.. kita dah takdak aktiviti selepas ini sehinggalah selepas pilihanraya gj pulak. jadi,.. berehatlah kejab.. tapi dengar dengar kata.. ada ajk yang nak buat jugak bowling.. tak puas hati.. nak main jugak.. hahaha.. tengoklah.. kalau aku boleh join.. aku join..
akhir sekali.. terima kasih malaysia.. hehehe

**tambahan - takziah aku ucapankan kepada semua mereka yang kehilangan keluarga tersayang akibat gempa bumi di indonesia dan kejadian ombak besar yang berlaku kelmarin.. keadaan terlalu sibuk membuatkan kami tidak terasa. al-fatihah

24.12.04

alahai...

Pertikai restoran mamak gaji pekerja asing lebihi had
Saudara Pengarang,SELAKU pengusaha restoran Melayu di negara yang tercinta ini saya terpanggil bagi menyuarakan keluhan, keperitan serta kepayahan kami dalam mengendalikan restoran.
Keperitan yang amat ketara ialah untuk mendapatkan pekerja. Anak-anak tempatan tidak berminat untuk bekerja di restoran, manakala untuk mengambil pekerja asing dihadkan kepada tiga orang sahaja.
Restoran mamak nasi kandar hampir 100 peratus terdiri daripada pekerja-pekerja dari India, maka dengan ramainya pekerja import itu membolehkan mereka beroperasi 24 jam.
Pekerja-pekerja dari India sanggup bekerja lebih masa dengan gaji yang murah.
Mereka tidak perlu pulang ke rumah kerana mereka tidak punyai keluarga di sini, maka sebab itu mereka sanggup bekerja tanpa mengira masa.
Pihak berkuasa juga harus sedar dengan adanya restoran-restoran 24 jam ini juga mewujudkan gejala-gejala sosial di negara ini kerana adanya tempat-tempat lepak seperti restoran nasi kandar 24 jam yang membolehkan penjenayah serta anak-anak muda melepak.
Sebagai pengusaha restoran Melayu asli, saya amat menggeruni kehadiran restoran mamak nasi kandar 24 jam yang tumbuh bagai cendawan.
Mereka belanja berjuta-juta untuk memperhias restoran mereka bagi menarik pelanggan dengan layanan pelayan import dari India.
Restoran Melayu juga tidak dapat menandingi restoran-restoran makanan segera yang datang dari Barat yang juga tanpa sebarang kawalan tumbuh di merata-rata tempat hingga ke bandar-bandar kecil.
Saya percaya pada satu hari nanti restoran Melayu akan berkubur di negara sendiri sekiranya sesuatu tidak disekat.
Persoalannya bagaimana restoran nasi kandar mamak diberi keistimewaan melebihi had ambil pekerja asing? - PENGUSAHA RESTORAN MELAYU, Petaling Jaya.
-utusan malaysia 24/12/2004 - forum
aku tak pasti, apa masalahnya, bukan kerana kat tempat aku, hanya ada mamak jer.. yang aku nak membela mamak. tetapi masalahnya, tiada sebab untuk dipersoalkan. perlaksanaan sistem layan diri di kedai mamak pulak, aku rasa satu idea orang bodoh dan gila. nak tatang orang melayu bagai minyak yang penuh pun.. pada pada lah.. kalau nak kayakan orang melayupun, jangan nak miskinkan org lain. contoh paling mudah, datanglah ke kompleks putra harmoni, presint 9. situ ada dua kedai, satu melayu dan satu mamak. bandingkanlah.. korang pun mesti boleh banding.
Kenapa bengap sangat, sampai ke kedai mamak pun nak dijadikan isu. yang foodcourt alamanda tu..indon. yang buruh buruh binaan tu.. tak kira dahlah..
satu lagi, kompleks putra harmoni tu, dah jadi kompleks antarabangsa dah.. penuh pendatang.. bukan ke sebelum ni, dah ada syarat, pendatang tak boleh duduk dlm putrajaya. kena duduk luar, masuk bila kerja.. keluar bila dah habis kerja. sekarang nii.. abis blok putra harmoni dikongker.. kalau malam tu.. penuh pendatang pendatang kat depan 7E, tempat permainan kanak kanak.. aku tak puas hati bukanpasal apa.. muka muka nilah duk merosakkan lift. tak pernah jumpa lift agaknya..

19.12.04

jangan rapat...


Selamat pengantin baru untuk mie.. selesai sudah mie, sekarang cuma tinggal beberapa orang lagi jer gengjurnal yang perlu dikawinkan.. hahaha.. sasaran seterusnya.. ***T**. hahaha..
idea letak bunga tu.. idea si purbe ngan linz.. aku ngan matjan ikut jer..
thanks tu ijad untuk gambar tu..

15.12.04


bukan tak mahu,
tetapi tak mampu,
untuk dekat itu,
bukan takut, tetapi tak mampu
untuk jauh,
bukan payah, tetapi tak mampu,
berada dipersimpangan
bukan pintaku,
berpijak hanya di situ,
aku mati,
ke kiri, tak mampu,
ke kanan, tak mampu.

cahaya di bawah,
gelap di atas,
jangan jadikan kegelapan di atas,
kegelapan di bawah,
teruskan dengan sedikit cahaya itu,
nescaya,
baik balasannya. Posted by Hello

12.12.04

Itu naik, sini naik, sana naik.. apa lagi mau naik??

Harga minyak naik, ubat free dah takda, kadar tol pulak nak naik 10% tahun depan.. semua mau naik, itu naik sini naik.. darah pun boleh naik.. cuma duit aku jer tak naik naik.. makin turun jer setiap bulan. (mas kawin pun dah naik ikutan dari kenaikan harga minyak). Aku semakin percaya apa yang matjan baca dari sebuah buku. paklah cuma akan kekal sebagai pm untuk tempoh 3 tahun. ya, anda akan kata, bahawa semua itu bukan dia yang lakukan.. faktor semasa.. tetapi sebagai perdana menteri, beliau terpaksa menanggung tanggungjawab tersebut. itulah, orang ingat jadi perdana menteri ni senang, semua kerja, orang tolong buat. kakitangan banyak. tetapi bab tanggungjawab, hanya perdana menteri saja yang kena tanggung. he is the first man. anything happen.. dia orang cari dulu. keadaan pak lah semakin tidak selesa pada pandangan aku. mandat yang besar dari rakyat. bebanan nam dan oic, krisis jiran yang tidak ditandatangani dengan segera. dan kebenaran bpr memasuki umno. akan menjejaskan reputasi paklah di peringkat atasan. aku hanya menunggu dan melihat, ntah kenapa, kepimpinan paklah terlalu menarik minat aku untuk diteliti. aku merasakan dia tidak mempunyai kepimpinan sebagai perdana menteri. itu adalah pandangan aku. mungkin anda lain. pesanan 12/12/2004 untuk paklah, sudah boleh dah datuk pindah ke seri perdana. kediaman timbalan perdana menteri perlu dikosongkan atau diduduki oleh timbalan anda. kediaman tersebut bukan kediaman datuk. itu kediaman milik kerajaan untuk timbalan perdana menteri.

8.12.04

akhirnya, dia tahu takut jugak...

Tuduhan Nik Aziz akan dibalas melalui gerakan politik
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO akan membalas tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Barisan Nasional (BN) menggunakan wang untuk memenangi pilihan raya umum lalu melalui gerakan politik walaupun mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana tuduhan Menteri Besar Kelantan itu adalah kenyataan yang berunsur politik disebabkan parti itu sudah ketandusan isu yang boleh dieksploitasi.
``Walaupun mempunyai pilihan untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan sivil berkaitan fitnah, kita anggap kenyataan itu adalah berunsur politik.
``Exco Pemuda hari ini sebulat suara mengambil pendirian kenyataan politik sedemikian memerlukan tindakan politik terutama bagi Pemuda Kelantan,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang enggan menarik balik tuduhannya bahawa BN menggunakan wang untuk memenangi pilihan raya umum lalu.
Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu terkandung dalam laporan temu bual beliau dengan New Sunday Times kelmarin.
Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin kelmarin memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz supaya menarik balik tuduhan itu selewat-lewatnya Rabu ini atau menghadapi tindakan termasuk undang-undang.
Menurut Hishammuddin, kenyataan Nik Abdul Aziz itu tidak masuk akal dan banyak berkisar kepada usaha untuk menjaga kepentingan politik Pas.
``Tidak mungkin begitu ramai yang mengundi kita semuanya dibeli. Jika sekiranya mereka (Pas) ada bukti calon-calon kita membeli pengundi, bukan setakat kenyataan tetapi mereka akan membawa perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke mahkamah,'' katanya.
Sebaliknya beliau mempersoalkan kenapa Pas membangkitkan soal itu selepas pilihan raya umum berlalu beberapa bulan lamanya.
``Saya tengok mereka ketandusan isu dan apa yang digembar-gemburkan adalah untuk memastikan isu itu dapat eksploitasi dan disebut-sebut oleh orang ramai.
``Saya mengingatkan Pas, ramai di kalangan pengundi pada pilihan raya umum lalu adalah golongan pengundi muda dan mereka sudah cerdik dan boleh menilai mana kenyataan yang berunsur politik dan yang mempunyai asas,'' katanya.
Justeru Hishammuddin menegaskan, pihaknya telah mengarahkan Pemuda turun padang bagi menggerakkan satu gelombang politik bersama-sama pimpinan UMNO negeri bagi menerangkan perkara tersebut kepada rakyat.

6.12.04


bak kata utusan , "perlis juara bertuah". bak kata kak pnut "perlis menang bukan sebagai anak jantan". hmm.. nak taknak.. aku perlu setuju. dlm pemerhatian aku sepanjang 90 minit lebih tu.. di stadium dengan tiket free.. aku perhatikan, kedah sepatutnya menang.. tetapi mungkin diorang takdak luck malam tu. rezki bukan ditangan mereka. perlis pulak, aku rasa mcm nak masuk padang jer.. sekeh sekor sekor.. main lagi teruk dari budak sekolah rendah main. nasib baik menang.. taklah orang mengata sangat. kalau gini main.. jatuh standard piala malaysia.

kelmarin, keluar umah dari kul 8 pagi, 12 malam baru sampai umah balik. pi setel bab gath genting kaynet, aku tak jadi pi sebb aku nak pi kenduri umah mie. kendian pi meraya kat umah tuanpresiden mak idam ngan tuan spyz. kendian makan makan kat kg. baru walaupun aku tak makan pun. T_T dan akhirnya.. hantaq purbe ngan Mj ke Pudu. dan akhir sekali, kak lang hantaq pi stesen bandar tasik selatan.
penat tapi seronok. puas hati betul. puas hati lagi dari tak boleh pi genting. Posted by Hello

2.12.04

Semangat yg hilang..


hari ni dah raya yang ke 20. tetapi openhouse masih lagi belum reda malah makin menjadi jadi.. hari ni jer ada 4 openhouse. esok, sambutan raya peringkat bahagian aku. makan jer aku minggu nii.. alhamdulillah, time time aku tengah sengkek nii.. banyak pulak rezeki makan masuk.
minggu lepas masa aku buat pemeriksaan kesihatan, berat aku turun pada 48 dengan tinggi 181. aku nyer BMI jatuh pada 14.9 dari para normal 18. aku perlu berat sekurang kurangnya 68. lemak aku hanya 5% dari 25% lemak perlu untuk individu lelaki. errrkk.. seksanya.. susah betul nak naik berat badan nii.. tapi ada satu ayat yang nurrse tu cakap yang aku rasa lega hati..
"dah kawin?"
"belum :D"
"ada peluang lagi nak naik berat badan"
ooo.. nasib baik aku kurus sebelum kawin.. nanti lepas kawin, normallah.. kesian yang normal sekarang.. lepaih kawin mesti boroi.. alhamdulillah.. syukur aku.. :D Posted by Hello