<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

31.10.04

selamat..


29.10.04

Penajaan Anugerah Gengjurnal 2004


Penaja yang telah sedia ada adalah:
1. Anugerah Weblog Terbaik (Tokrimau)
2. Anugerah Weblog Harapan (Rudy Bluehikari)
3. Anugerah Hikmah/Dakwah/Muslim Terbaik (Muring)
4. Anugerah Rekabentuk Terbaik (Yadziz)
5. Anugerah Pakaian Berseri (Lelaki dan Perempuan) (Sultan Muzzafar)

Kami masih memerlukan penaja-penaja untuk anugerah di bawah. Bagi mereka yang sudi ingin menaja anugerah-anugerah tersebut sila hubungi Yadziz di talian yadziz@yahoo.com .

1. Anugerah Weblog Tercanggih
2. Anugerah Fotoblog
3. Anugerah Inggeris Terbaik
4. Anugerah Catatan Terbaik
5. Anugerah Weblog Lelaki Terbaik
6. Anugerah Weblog Perempuan Terbaik
7. Anugerah Projek Terbaik
8. Anugerah Khas Juri
Posted by Hello

tertipu tipah

sungguh aku tertipu..
tertipu tipah..
tidak sangka..
aku nii ketinggalan zaman tul..
rupa rupanya dia dah tukar add..
ish ish ish..

dan tekaan aku sebelum nii bahawa spekulasi ini semua adalah rekaan dari matjan sendiri memang tepat..

huh..
sungguh tak pueh hati ni..

Mat Jan Fail Lagi

matjan fail lagi.. dia gagal menyakinkan aku bahawa weblog dia mempunyai masalah..
aku jumpa ini dlm source kod dia..

*meta equiv="refresh" content="1; url=http://www.blogger.com"*

hm..
mungkinkah blogger punya kerja..
aku sukar mempercayaainya..
matjan.. kalau nama blog tu tak wujud.. dia tak akan masuk kat blogger..
ini blogger matjan.. bukan diaryland.. tak sama..
U Fail Again..!!
BUKA BALIK BLOG, MATJAN!!!
http://jongkang.blogspot.com

japanise..

My Japanese name is Fukusaburu Miyazaki.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

My japanese name is 山田 Yamada (mountain field) 一真 Kazuma (one reality).
Take your real japanese name generator! today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

_________________**
hm..
seperti cerita buli, dalam dunia ni cuma ada dua.. pemangsa atau mangsa.. memang kita tak boleh lari.. dan yang pastinya.. pemangsa sentiasa didepani oleh kuasa yang dia ada.. membuatkan mangsa hanya boleh terus menjadi mangsa.. semua orang memang taknak jadi mangsa.. tetapi siapa yang sanggup ddan mampu untuk mengatasi itu.
ada dua perkara yang aku nak cerita..
1. kengkadang.. bila kita berada di bawah.. kita memang mudah merasai ditindas.. terutama dengan ayat "awakkan di bawah saya..". macam macam yang boleh aku ceritakan.. walaupun tempoh berkerja kerajaan itu bagi aku masih singkat.. tetapi dengan pengalaman kerja yang lain bagi aku.. aku dah mulai faham.
Arrgghh.. pedulikan ayat di atas... terlalu skima.. sebenarnya.. aku tengah tak puas hati nii.. bos aku suh buatkan kerja sekolah anak dia.. BODOH..!! BENGGONG..!! STUPID MAT PIT!! tapi sini jerlah.. :D bila bos suruh.. angguk ajalah.. lepaih tu.. aku letak ja tepi komputer.. dah 3 hari aku tak sentuh.. yang lepas baru ni.. aku tolong gitu gitu jer.. bukan tugas aku.. buat apa aku nak buat.. yang paling aku tak puas hati.. napa nak manja sangat anak tu.. biar dia rasa sikit susahnya nak berlajar.. lagi susah nak berkerja.. apa? awak ingat awak anak bos.. awak boleh buat minta apa jer.. nasib baik hang comell T_T..
2. aku dah tersalah faham konsep.. itu jer rumusan yang boleh aku beri untuk perkara kedua nii.. member aku cakap... tunjukkanlah kebolehan yang aada sepanjang tempoh 3 tahun nii.. tempoh sebelum tetap.. malangnya kini.. sekejab sekejab. aku kena panggil.. tengok komputer nu.. tengok komp nii.. dah jadi teknisen komputer dah.. kendian pasal buku pulak.. nak buat buku.. aku jugak kena edit gambar.. menimbun.. kendian.. dia tau aku ada scince comp.. disuruhnya pulak aku buat sistem.. T_T... sekali aritu.. bos besar datang.. dia suh upgradekan sistem opis.. GILA!!.. terus aku tolak.. itu dah kerja gila tu.. aku nii PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) bukan PENOLONG PENGAWAI SISTEM MAKLUMAT. horror tul...

28.10.04

edit gambar pulak..

Salah satu tugas aku.. mengedit gambar nii.. hmm.. just sebagai penguji kepada helo jer nii.. Posted by Hello

Haloscan commenting and trackback have been added to this blog.

26.10.04

TollGate Girl


Abah tengok cerita ni semalam.. aku dah simpan dah cerita tu.. ingat dalam minggu depan bolehlah tengok.. semata mata nak menghayati.. ish.. lama dah aku kehilangan suasana seperti tu.. sedih rasanya.. nak nangis aku.. Bagi aku.. inilah drama topclass.. lakonan yang bersahaja dan menjiwai watak tu.. aaarrgghh... nak balik kampung... Gambar: kredit to http://www.akungantaro.cjb.net @ Meer Posted by Hello

Mat Jan Fail!!


Jongkang jongket kena bandwidth limit?? 509???? oo tidak.. aku rasa nii mesti kerja seseorang.. kalau tidak orang lain.. mesti matjan sendiri.. tapi kenapa? hm.. hanya matjan mengenal maniam..
kenapa?? bagi aku.. aku dapat lihat di dlm source kod dia.. masih ada lagi '-noscript- -/noscript-' dah boleh pikir.. takkan blogger nak letak benda ni kat site dia sendiri.. hahaha.. matjan.. u fail!!Posted by Hello

25.10.04

Hari Fotoblog Hang Buah


nii aku paksa rosh lukis dulu... sedutan dari sebuah majalah, komik rosh bertajuk *a*****. hmm.. arini blog aku dah jadi fotoblog... hahaha Posted by Hello


Gath nii.. aku tengah sibuk nak dengan praktikal aku.. memang tak sempat nak pergi.. duitpun tengah pokai time tu.. Posted by Hello


gath nii.. memang nak sangat aku pi. tapi last last.. aku memang tak sempat duit.. lagipun tarikh tu.. aku ada urusan lain... Posted by Hello


Gath nii aku pergi.. walaupun mendapat penyertaan yang agak ramai.. komplen pun banyak jugak dapat.. apapon.. ia memang meriah dan dimeriahkan.. Posted by Hello


gath ni aku tak sempat pergi sebab tak sempat duit.. Posted by Hello


Gath pertama.. aku ingat lagi.. aku pilih tarikh ni sbb tarikh sama ngan tarikh jamuan terakhir geng sekolah aku.. aku pi jugak walaupun 2 hari sebelum tu aku aksiden.. Posted by Hello

Tak dapet nak nolong ehh..

Masalah Datuk Negeri lagi.. tapi memang tak heran lah.. Pahang.. negeri paling banyak kasi datuk.. hmm.. aku pun memang tak leh buat apa.. itu memang kuasa diorang.. persekutuan memang tak leh sekat.. biarlah..

Mengamuk jugak aku.. bulan sibuk bulan 12 dah nak sampai.. tapi aku tak dak komputer lagi.. semua kerja pakai komputer.. macam mana nii..? nak kerja siap cepat.. tiap tiap hari tambah kerja.. tapi aku duk kena tumpang komputer orang.. nak guna internet pun orang lah jugak.. tak ker naya nii.. hmm.. malaih aku jadinya..

23.10.04

adilkah?

KOTA BHARU 22 Okt. - Kira-kira 15,000 orang kenamaan dari Malaysia dan Thailand dijangka menghadiri majlis perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dengan Tengku Zubaidah di Istana Negeri Kubang Kerian, 15 November ini.
Utusan Malaysia difahamkan, raptai penuh upacara perkahwinan itu akan diadakan pada 8 November ini di Istana Negeri dan ia akan dijalankan selama tiga hari.
Selain itu Istana Kelantan difahamkan akan mempamerkan poster pasangan itu di seluruh negeri ini beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut untuk diperkenalkan kepada rakyat. - Utusan 23 Oktober 2004 -


aku terfikir seharian hari ni.. kenapa mesti tarikh tu..?? tak terfikir ker.. hampir beratus kakitangan dan pekerja.. tak boleh balik cuti raya kerana nak buat persediaan perkara nii.. tak fikir ker untuk rakyat..??
*dan aku juga mungkin antara marhain yang tak beraya tahun nii..
mungkinkah..

20.10.04

Digantung?

apabila sesuatu bintang kebesaran yang membawa gelaran diberi kepada seseorang.. maka dengaan secara tidak disangkal lagi.. gelaran itu secara atomatisnya diletakkan di hadapan namanya..
Bila berlaku apa apa kes yang memalukan.. bintang kebesaran tersebut boleh ditarik balik.. dan secara automatisnya.. gelaran tersebut dibuang dari hadapan namanya.. dan tidaklah boleh lagi dipanggil dengan gelaran tersebut..
inilah kes yang menjadi liputan media minggu nii..

persoalannya..
jika bintang kebesaran tersebut digantung..
bagaimana dengan gelarannya..??
nak panggil.. dah digantung.. tak panggil.. dia ada lagi bintang kebesaran dengan dia..
'ibarat gantung tak bertali..'
takkan nak panggil 'TAN SRI DIGANTUNG' TOK RIMAU??

Not On Maya

untuk malam nii sehinggalah ke aahad nii.. aku tak berada dalam maya.. realitipun tak jugak kot.. sbb aku duk dlm bilik operasi saja.. aku kena jadi urusetia untuk lawatan china.. memang last minute dapat tau.. memang start posa nii.. memang mencabar.. setiap hari memang bz ... dugaaan..

19.10.04

Alahai Putrajaya

Ada 2 berita yang ingin aku khabarkan.
1. Kementerian Pendidikan bakal pindah ke Parcel E. ini berita aku dapat tadi. Ini bermakna, bertambah sesaklah putrajaya. orang kementerian pendidikan nii ramai. Dan.. untuk yang naik bas pagi pagi. bersedialah untuk bersesak sesak. kerana Parcel E, adalah tempat pertama bas lalu. nak nangis aku nii.. mampuslah nak dapat bas nanti.
2. Berita baik bagi peminat bowling, bowling di Alamanda Putrajaya, akan dibuka pada awal disember nanti. jadi kepada peminat peminat bowling.. tak peerlu lagi nak pi jauh jauh. dan yang terdekat ngan tu.. adalah gath gengjurnal yang akan diadakan 25hb disember nii kemungkinan besar di situ.

18.10.04

Meeting 17/10/2004

aku pi meeting pasal gath 2004/5 yang bakal diadakan nanti.. bulan 12 nanti.. ingat nak pi ngan kak pnut... tapi kak pnut pulak tak jadi pi.. jadi aku sendiri.. sesat jugak cari opis wkdin.. nasib baiklah akhirnya jumpa jugak..
aku ditugaskan untuk bahagian anugerah.. jadi ssehari hari nii.. inilah hasilnya.. tapi masih lagi sedang dibaiki.. biasalah.. nothing perfect.

http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3320

nampaknya..
aku kembali sibuk dengan gengjurnal sekarang..


17.10.04

Cerita awal Ramadhan..

takdak apa nak diceritakan.. hari jumaat aku ambik cuti.. balik kampung.. start posa ngan mak aku.. boleh sahur sekali.. bukan posa dua kali.. sama sama.. kedian aku balik sini dahlah.. bapak aku boleh posa tahun nii.. alhamdulillah.. dia dah makin sihat lah gitu.. kalau tidak.. memang dia tak larat langsung.. takpalah.. pelan pelan.. nanti ok lah..

ada dua ayat yang buat aku pikir dan gelak..
"Kentut boleh batal posa.." dan,
"sakit gigi boleh berjangkit.."
hahaha.. siapalah yang punya kerja nii hah..?? yang kentut tu aku rasa budak budak sekolah lagi tu.. yang sakit gigi tu.. member aku sendiri.. T_T

Pesanan dari aku..
"kepada member member MMU, biar kurus badan.. jangan kurus posa.. jangan pandang untuk kali kedua.. kali pertama boleh dimaafkan lagi.. :D"
"buka posa ada lagi sekurang kurangnya 26 hari.. bukan hari ni jer kita buka posa.. jadi belilah ala kadar dah lah yer.. banyak masa lagi.. :D"

pesana ikhlas..
"mata ngan telinga memang susah ddah nak posa sekarang nii.. dalam dunia 'mencabar' nii.. tapi.. mulut tu.. aku rasa boleh dah tuu posa.. bukan takat posa dari suap makanan dan minuman jer.. tapi posa dari cakap menda yang tak berfaedah dan mengumpat.." ;)

selamat menjalani ibadah puasa..

12.10.04

Resume untuk Para Penanam Anggur

Mohd Syafizan bin Zakaria
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)


Malaysia Airlines System
12 Oktober 2004

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar k/p 831021-10-xxxx mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli
KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian
Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja
· Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak
· Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai
gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
· Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di
syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun
awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga
kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yang kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yang lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula &
berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.


Yang benar,

(Mohd Syafizan Bin Zakaria)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor


tahniah kepada abang spyz dan family atas kehadiran ahli baru yang masih belum bernama..
cantik, lahir 10 haribulan 10 pada jam 10
hmm..
10 is perfect?

Penat

Balik dari urusetia lawatan, penat tu idak lah sangat.. tapi boleh tahan lah. pi opis.. menimbun pulak kerja.. baru tinggal opis sehari.. sampai ke minit minit terakhir nak balik tu.. barulah siap kerja.. tapi tak jugak abis.. esok pagi pagi dah ada kerja tunggu..

tadi.. pejabat p* tepon.. nasib baik tak sampai kat aku.. dia salah kall.. pahtu bila kawan aku passline.. terputus.. dia dah start tanya pasal pingat negeri ******.. naya dah.. depa tak hantar pun kat aku.. mintak tak bagi bagi lagi.. diorang nii buat hal.. yang nak kena.. aku nyer.. nasib baiklah negeri ****** tu.. kira ok dia nyer staff.. en. b*******, dia memang best.. dia banyak tolong.. aku pun jadi semangat nak tolong dia.. dia hantaq list untuk kelulusan.. aku pun semangat nak tolong.. sehari aku dah siap buat semua.. sorting semua.. walaupun dianyer list hantaq kat aku tu.. takdak jawatan calon tu.. aku tolong cari sendiri.. tepon 103.. kendian tepon opis dia.. tanya jawatan.. untuk semua calon tu.. adalah 30 lebih.. tapi kita jadi tak kisah bila orang lain.. tolong kita selalu.. kita pun semangat nak tolong dia balik.. sehari jer.. aku dah siap semua..

jelos aku tengok report pasal gath gabai tu.. ke sana ke mari aku tengok.. mesti report pasal gath tu.. jelos yang amat aku.. tapi nak buat gena.. dah kena tugas.. dah tu.. yang buat lagi sadis nii.. hujung minggu ni.. ada gath perbincangan pasal gath 2004.. masalh jugak tu.. sbb hujung minggu nii aku nak balik kampung.. dah janji ngan mak aku.. orang tua, kalau dah janji .. kena tunai.. merajuk. susah aku.. hmm.. melepas lagi gath kali nii...

9.10.04

Malaysia..

Malaysia idol semalam.. memang orang boleh jangka dah sepa akan menang.. tak lain tak bukan.. Jac.. bukan setakat dia nyanyi sedap.. tetapi kerana dia layak untuk wakil malaysia.. kira kita boleh jangka.. dia takkan tersingkir awal. dina semalam.. nampak sangat tekanan pada diri dia.. nampak dia tak boleh jadi diri sendiri.. dia melakukan macam terpaksa.. contoh paling mudah.. dia tak suka pakai skirt.. tapi dia pakai.. akhirnya. persembahan lagu yang sebelum nii dia buat dengan begitu baik.. kali ni hancur.. Jac.. memang lagu Gemilang tu.. untuk dia.. sesuai sangat.. mungkin kerana itu lagu terakhir untuk dia nyanyi.. jadi dia nyanyi sampai puas hati sebab lepas tu takyah nyanyi dah.. apapon.. result akan keluar malam nii sekali ngan result tilawah al-quran peringkat antarabangsa.

berita sedih campur best.. aku tak jadi kena tugas kat PWTC malam nii.. jadi pagi esok taklehlah ikut gengjurnal pergi ronggeng kat air terjun sg gabai. waaa... tapi.. aku kena tugas start petang nii.. kat Hotel R*****. Aku kena urus pasal lawatan PM Ireland yang sampai malam nii.. sampailah hari isnin nii.. ish.. tidur hotellah aku 2 malam.. ish.. seksa nya...

8.10.04

Debaran Keputusan

Secara jujur.. aku lihat kat opis nii.. keputusan yang ditunggu pada sabtu ini..bukanlah keputusan majlis tilawah al-quran peringkat antarabangsa.. tetapi.. Malaysia Idol.. ish ish.. apa yang boleh aku katakan lagi.. tapi gena gena pun.. pada hari keputusan yakni esok.. aku kena bertugas esok malam kat pwtc kat penutup majlis tilawah al-quran.. takpa.. korang tolong tengok kat aku.. aku tolong tengok kat korang.. ;)

semalam aku buang boring.. aku tengok New Police Story.. yang jackie chan berlakon tu.. saja jer.. semalam teruk sangat hari aku.. awal awal pagi dah out mood.. jatuh tangga bas.. sakit lagi sampai pagi nii.. dan macam macam lagilah kat opis.. biasalah.. opislah katakan.. tak bernama opis kalau takdak macam maca hal.. petang tu.. dengan boring nya aku turun kl.. mula mula ingat nak tengok THE BOURNE SUPREMACY tapi terlepas.. aku terlewat sikit.. biarlah.. minggu depanlah tengok kot.. nak tengok sekali ngan LADDER 49 .

tapi ada jugak benda lucu masa kat panggung semalam..
1. belum lagi start wayang.. yang kat sebelah aku tu.. walaupun bertudung dan berbaju kurung complete.. pakai tu memang tiada cacat.. tapi tak start lagi wayang.. dah siap duk raba raba.. ish ish.. kemaruk benar tu.. tapi aku berfikir positif.. mungkin suami isteri yang umah dia terbakar pagi tadi.. T_T..
2. aku sebelah ni pulak.. punyalah ganggu aku nak tengok wayang.. dia ingat macam dia tengok vcd kat umah kot.. boleh nak sorak sorak.. ish.. dah lah terengganu pekat.. ish ish.. aku berfikiran positif.. mungkin dia ni puteri umno kuala berang yang datang melawat KL kot..T_T..

7.10.04

Minggu Mencabar

Minggu nii penuh mencabar.. dari cabar proses cabar mencabar kepada kata pemutus.. semuanya mungkin berpunca dari harga minyak naik menyebabkan banyak yang dah naik minyak. mungkin selepas ini harga langganan internet pulak yang naik?
"Ada logiknya harga langganan internet naik sebab harga petrol naik. Memang tersangat logik. Sesungguhnya tidak ada satu barang/produk yg tidak patut naik bila harga petrol naik, kecuali gaji" MBA
hahaha.. yer.. gaji memang tak naik.. bonus aku tahun nii pun.. RM250 jer.. yerlah.. dah baru kerja :D..
minggu nii seingat aku ada beberapa perkara, satu pasal harga minyak naiklah.. Pak Lah dlm perhimpunan bulanan mintak EPU buat report. EPU kata.. kalau nak tahap perkembangan ok.. memang betullah yang dibuat tu.. kata epu..
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu mengurangkan beban kewangan itu supaya projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diteruskan.
``Sekiranya subsidi terlalu besar, ia mungkin terpaksa mengurangkan perbelanjaan dalam sektor-sektor yang penting untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat,'' jelasnya.
bagi aku.. dapat bina sekolah banyak banyak pun.. kalau mak bapak nak beli buku, baju sekolah dan pensel pun dah tak cukup atau tak boleh langsung sbb semua naik harga.. tarak guna jugak.. kenapa? penting sangatkah peningkatan ekonomi sebanyak 5% tu.. adakah kerana ia adalah harapan Pak Lah.. ia menjadi terlalu penting.. bagaimana jika inflasi pula nanti akan memberi kesan pulak kepada ekonomi nanti.. tidakkah cacat..? takyah cakaplah.. gena gena pun.. bila minyak naik harga.. barang lain pun semua akan naik harga.. apa? ingat angkut ayam dari seremban pi KL tu.. pakai kereta lembu?? angkut sayur dari cameron tu.. pakai tali..?? nak salahkan peniaga pun tak boleh.. memang betul pun.. lepaih nii.. tak taulah.. tol pulak kot nak naik.. nak masuk tahun baru nii.. nasib baiklah aku takdak keta.. tapi.. gena gena pun.. nanti tambang bas ekspress pun naik jugak.. dah tol naik.. minyak naik.. apa cerita nii mamak??
alamak.. sebut pasal bas nii.. tiket bas aku dengar dah nak abis.. aku nak balik 10hb.. transnasional dengar kata dah habis.. aku kena cari nii.. minggu depan balik kampung start posa kat kampung.. sambil tu boleh beli tiket bila habis raya nanti nak balik kerja.. kang.. tak dapat tiket pulak.. mampus aku.. kena bambu..

6.10.04

Uji tahap kecekapan otakmu..

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo..