<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

8.12.04

akhirnya, dia tahu takut jugak...

Tuduhan Nik Aziz akan dibalas melalui gerakan politik
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO akan membalas tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Barisan Nasional (BN) menggunakan wang untuk memenangi pilihan raya umum lalu melalui gerakan politik walaupun mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana tuduhan Menteri Besar Kelantan itu adalah kenyataan yang berunsur politik disebabkan parti itu sudah ketandusan isu yang boleh dieksploitasi.
``Walaupun mempunyai pilihan untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan sivil berkaitan fitnah, kita anggap kenyataan itu adalah berunsur politik.
``Exco Pemuda hari ini sebulat suara mengambil pendirian kenyataan politik sedemikian memerlukan tindakan politik terutama bagi Pemuda Kelantan,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang enggan menarik balik tuduhannya bahawa BN menggunakan wang untuk memenangi pilihan raya umum lalu.
Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu terkandung dalam laporan temu bual beliau dengan New Sunday Times kelmarin.
Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin kelmarin memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz supaya menarik balik tuduhan itu selewat-lewatnya Rabu ini atau menghadapi tindakan termasuk undang-undang.
Menurut Hishammuddin, kenyataan Nik Abdul Aziz itu tidak masuk akal dan banyak berkisar kepada usaha untuk menjaga kepentingan politik Pas.
``Tidak mungkin begitu ramai yang mengundi kita semuanya dibeli. Jika sekiranya mereka (Pas) ada bukti calon-calon kita membeli pengundi, bukan setakat kenyataan tetapi mereka akan membawa perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke mahkamah,'' katanya.
Sebaliknya beliau mempersoalkan kenapa Pas membangkitkan soal itu selepas pilihan raya umum berlalu beberapa bulan lamanya.
``Saya tengok mereka ketandusan isu dan apa yang digembar-gemburkan adalah untuk memastikan isu itu dapat eksploitasi dan disebut-sebut oleh orang ramai.
``Saya mengingatkan Pas, ramai di kalangan pengundi pada pilihan raya umum lalu adalah golongan pengundi muda dan mereka sudah cerdik dan boleh menilai mana kenyataan yang berunsur politik dan yang mempunyai asas,'' katanya.
Justeru Hishammuddin menegaskan, pihaknya telah mengarahkan Pemuda turun padang bagi menggerakkan satu gelombang politik bersama-sama pimpinan UMNO negeri bagi menerangkan perkara tersebut kepada rakyat.