<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

27.7.05

Sekian

Saudara Pengarang,
SAYA merujuk pada tulisan Azhan Jusoh dari Sri Damansara, Selangor yang bertajuk “Rimas gelagat masyarakat minat persoal isu picisan” yang disiarkan dalam forum Utusan Malaysia ini pada 27 Julai 2005 yang menyentuh soal kewujudan begitu banyak blog-blog berkenaan isu pecisan terutamanya Akademi Fantasia dari kalangan penulis melayu.
Saya selaku Ahli Jawatankuasa sebuah komuniti blog yang majoritinya melayu merasa agak terkilan dengan kenyataan tersebut. Dari lebih 5000 blog yang wujud di Malaysia dan separuh darinya menjadi ahli komuniti kami, tidak sampai 5% darinya menulis soal isu isu pecisan seperti Akademi Fantasia dan realiti TV yang lain. Kebanyakan dari penulis-penulis blog lebih gemar menceritakan soal masalah, pengalaman dan pandangan mereka untuk dikongsi bersama rakan lain yang juga boleh menjadi sebuah bentuk terapi dan kepuasan kepada penulis tersebut. Terdapat juga blog blog yang mengupas soal isu semasa berasaskan fakta sebenar yang diperolehi dari akhbar pilihan utama seperti Utusan Malaysia dan laporan-laporan dari laman rasmi kerajaan. Malah, idea-idea yang dilontarkan oleh mereka berkenaan isu tersebut amatlah menarik jika mampu diperkembangkan lagi.
Dunia Blog di Malaysia telah meluas, malah turut dijadikan satu bentuk pengajaran oleh beberapa pensyarah universiti kepada para pelajar mereka.
Jika Encik Azhan Jusoh hanya melawat laman laman peminat Akademi Fantasia ini, maka isu isu berkaitan sahajalah yang dapat dibaca. Perumpamaan yang mudah seperti pernah diungkap di dalam sebuah blog, 'kalau ingin mencari teman yang suka membaca, pergilah ke perpustakaan, kalau ingin yang beriman, pergilah ke masjid. Bukannya ingin mencari yang suka memancing, pergi ke Disko". NESTUM AIS, Putrajaya

26.7.05

Audio Baru - Taaruf

http://www.acidplanet.com/artist.asp?songs=399957&T=8777
INI ADALAH RAKAMAN PERIBADI SEMASA DIABLOG 3
sila ke sana.. daftarlah.. free jer.. aku kena promosi sikit..
dia dah tolong aku untuk kasi korang dengar..
ada beberapa yang menarik arini.
1. kenyataan Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik berkenaan DEB. menarik sebenarnya apa yang dia katakan dalam 2 3 ketika ni. Dia semakin berbisa. OMNO menghasratkan DEB baru. manakala kaum cina khususnya. dilihat seperti menentang. tapi bila dilihat juga, aku seperti termakan kata kata Dato' Seri. Benar juga katanya, kenapa 30% ekuiti bumiputra sukar dicapai dan asyik turun naik sahaja. Alasan seperti yang diberi seorang menteri bahawa ia disebabkan kaum lain tidak membantu adalah tidak begitu bagus bagi aku.. ia seperti cuma melepaskan tanggungjawap. kontrak bukan main banyak. sana kouta sini kouta. tapi kenapa masih belum mampu bersaing. mungkin aku boleh letakkan kesalahan itu pada Ali dan Baba. Mungkin juga aku boleh letak kesalahan itu pada pemimpin yang dibekalkan wang oleh pengurus swasta masa pengundian untuk digunakan menarik undi. Perjuang melayu ada 2, (1) mengunakan nama pejuang melayu dan isu melayu untuk menjadi juara dan (2) pejuang melayu yang sejati.
2. Isu AP. isu AP masa perhimpunan UMNO telah disalah erti. Semua salahkan Dato' Seri Ra*idah berkenaan isu tersebut. Aku sependapat dengan beberapa pendapat dalam utusan hari ini. tak kisahlah diorang dapat berapa banyak AP. ribu ribu pun. sbb diorang usaha dapatkan kontrak untuk mengedarkan tu. isunya adalah, kenapa proton tak mampu bersaing dan kenapa Naza Ria diiktiraf sbg kereta Nasional sedangkan kompenan tempatan dia berapa peratus sangat dan tak sampai 50% pun. Naza ria setahu aku sblm tu adalah kia karnival. dan juga, isu mendesak kerajaan melalui pihak kastam supaya lebih berwaspada dengan kegiatan mengiisytiharkan kereta yang dibawa masuk dengan harga yang murah.

3. yang ketiga adalah isu mengkorporatkan GJ. isu antara sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan menuju ke pertubuhan yang berasaskan keuntungan. isunya mudah.
(a) terdapat beberapa individu dalam Gj yang menggunakan Gj untuk mendapatkan pendapatan. saya fikir tidak salah. tetapi yang agak membimbangkan individu2 ini, selalunya pada perinkat akhir akan mengatakan tak cukup budjetlah, kos tinggi lah. kena naik yuranlah. dan akhirnya, bukan GJ yang dpt untung tapi Gj kena tambah duit.
(b) aktiviti penting seperti gathering tahunan yang objektif utamanya adalah Kehadiran seramai mungkin ahli adalah perlu untuk memastikan jumlah kehadiran ahli adalah semaksimum mungkin. Fahaman "siapa ada duit, dia datang, siapa takdak, sorilah" tidak boleh digunakan.
(c) aktiviti aktiviti sampingan seperti kamping, baju dan sebagainya boleh dijalankan kerana ia bukan satu aktiviti yang utama bagi gengjurnal.
(d) bagi individu yang ingin menjalankan perniagaan menggunakan ahli geng jurnal. bagi aku takdak masalah dengan mengadakan atas nama geng lain.

25.7.05

update kah aku?

Update pasal Diablog??
ooo..
tak mungkin aku akan update hari ni..
aku nak rasa tersisih sehari sambil layan kaset ramli sarip.. siot.. dituduhnya nida, aku tersisih pasal tiket konsert.. tak tau menahu pulak aku kena. hmm.. apapon.. aku dah dengar 3 kali dah rakaman tu. dan aku boleh lah buat rumusan pada hari rabu ni. ok.
rakaman tu nanti aku upload atau buat cd pass pass lah antara korang..
aku ni Individu tidak Berasaskan Keuntungan. jadi takder aku nak niaga niaga nyer.

21.7.05

Kasut Kasar

apapun, sebelum tu.. aku nak mintak maaf.. aku ingin berfikiran terbuka. aku menghormati semangat inginkan kebebasan dalam dunia zaman sekarang. tapi pada aku, setiap kebebasan atas batasnya. Allah berikan hang kuasa untuk makan apa sahaja. tetapi dengan pengecualian keras, tidak boleh makan khinzir dan anjing. bukan taknak kasi hang rasa nikmat rasa khinzir yang dicanang orang kata sedap.. tapi sbb daging dia bawak penyakit dan tak sihat. begitu jugalah dalam kebebasan dalam hari ini. jadi kalau korang mintak aku berfikiran terbuka terhadap kebebasan yang diagongkan, ok fine, takdak masalah. tapi aku juga mahukan korang berfikiran terbuka juga terhadap sebagai sekatan terhadap kebebasan yang korang ingin raikan atas dasar untuk menjaga kebaikan dan mengelak keburukan dari berluasa. jika kalian hanya mahukan aku saja yang berfikiran terbuka dan menerima apa sahaja yang korang mahukan. dan korang tidak bersedia untuk berfikiran terbuka. maaf, aku rasa ini adalah kunjungan korang yang terakhir. selepas dari entry ini, entry entry selepas ini lebih mengarah ke arah yang lebih telus dan terang.
fikirkan dan nilai diri anda dahulu.

19.7.05

Kasut

Image hosted by Photobucket.com

Hujung minggu yang lepas, buat loan dari 'ceti' buat tambang nak pergi bengkel fotografi. bukan senang bengkel percuma diadakan. tapi nak kata malang tu.. taklah sangat. rupanya, cuma slide presentation saja. tapi adalah dia bawak pergi tengok pameran dan dia terangkan pasal gambar gambar yang diambil tu. makan pulak ada disediakan. kira oklah tu. anyway, aritu byk menda sebenarnya otak aku proses dan simpan. mungkin otak aku segar sikit hari tu. mudah dia proses maklumat. kamera yang aku guna tu macam jadi mudah jer untuk dikendalikan dengan segala komplikat menu dia tu. dan ia mengembalikan semangat aku untuk berlajar pasal fotografi. sbelum ni aku fikir, aku takdak bakat dalam ambik ambik gambar ni. tapi selepas belajr sikit sikit. akhirnya, makin mahir. walaupun dari segi artfotografi aku tak berapa lagi. tapi oklah. aku setuju dengan seorang budak yang buat present slide show aritu. dia menggunakan kamera untuk melegakan ketegangan fikiran dia. aku setuju dan aku jua begitu. tambah tambah gambar boleh diambil byk byk tanpa filem. seronok betul. ingat lepas ni nak buat lagi program program seperti hujung minggu lepas dan Zoo aritu. byk mende boleh belajar.
Lagi Gambar di http://photobucket.com/albums/v609/hangbuah/bengkel/

13.7.05

Arkib 13 Julai 2005 - Kurekure - Yadziz

yadziz : bab tercicir tu?
yadziz : hmm.. bagi aku mudah jer.
kurekuresakti : yup
kurekuresakti : mudah?
yadziz : U masih banyak tu..
yadziz : bagitau aku.. berapa ramai dapat 10A?
kurekuresakti : erkk
kurekuresakti : aku tak pasti
kurekuresakti : tapi cam ramai je
yadziz : yang dapat A dalam satu saja subjek saja pun.. dah sama dengan jumlah kemasukkan ke Universiti
yadziz : ini pulak dengan cukup syarat (kredit beberapa subjek
yadziz : kredit C kan?
kurekuresakti : then penyelesaian ko camne?
kurekuresakti : isk mane aku tau sistem skarang
yadziz : mereka terpaksa ke IPTS
kurekuresakti : zaman aku pakai aggregat lagi
yadziz : zaman aku pakai agregat
yadziz : masalahnya skrg..
yadziz : konflik amat besar.
yadziz : PTPTN hanya memberi pinjaman pada subjek kritikal..
yadziz : jangan dikisah yang tak dpt masuk U tu..
yadziz : yang dpt masuk U pun belum tentu boleh abis siap ijazah
kurekuresakti : tu aaa
kurekuresakti : ptptn dah kurang
kurekuresakti : pinjaman dah kurang
kurekuresakti : as if dorongan dah kurang
kurekuresakti : aku risau bangse sendri je skarang
yadziz : nothing we can do.
yadziz : selagi dasar kerajaan begitu.
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : ade pihak nak lawan kan
yadziz : kita mungkin boleh selamatkan anak anak kita.
kurekuresakti : cam umno johor
yadziz : dengan skim pendidikan. simpan dari anak kecik lagi.
yadziz : tapi itu 10 tahun lagi, baru ok
kurekuresakti : takkan suara derang tak nak dengar kot
yadziz : skarang tak..
kurekuresakti : tu laa
kurekuresakti : sementara ni
kurekuresakti : UMNO kene tolong melayu
yadziz : masalahnya umno johor pertikai mirotokrasi
kurekuresakti : tu sebab wujud nye UMNO
yadziz : masalahnya..
kurekuresakti : tok orang melayu
yadziz : mitokrasi is OK.
yadziz : for me.
yadziz : macam shafie kata..
yadziz : kita mesti level up kan standard student kita..
yadziz : masalahnya..
yadziz : bab duit..
yadziz : bangsa kita masih lagi kelas pertengaha..
yadziz : tak mampu lagi nak bayar yuran mahal mahal
yadziz : bab masuk kolej ker U.
yadziz : itu takdak masalah.. kolej banyak.
yadziz : the point at here. is MONEY
kurekuresakti : so maksod ko
kurekuresakti : kite maintain meritokrasi
kurekuresakti : tapi naik kan bantuan?
yadziz : yes..
yadziz : meritokrasi is ok
yadziz : but..
yadziz : bab pinjaman..
yadziz : PTPTN tak boleh main lepas tangan
kurekuresakti : hmmm
yadziz : MARA tak boleh lepas tangan
kurekuresakti : bagus gak point ko
yadziz : peruntukan 300juta yang dipohon untuk bantuan pada pelajar IPTS tu..
yadziz : patut lulus
kurekuresakti : dasar meritokrasi untuk semua orang
kurekuresakti : tapi untuk melayu pinjaman lebih
kurekuresakti : same cam MIC ngan MCA bagi pinjaman kat bangse derang
kurekuresakti : yup yup
kurekuresakti : good idea
yadziz : aku tak setuju, kita nak manja bangsa untuk mudah masuk U..
yadziz : itu yang buat banyak yang lemak bila dah masuk U
yadziz : yang penting.. MAK BAPAK penoreh getah, peneroka..
yadziz : tidak dibeban lagi untuk membesarkan anak anak
yadziz : penubuhan Bank Pendidikan satu idea yang bagus..
kurekuresakti : hmmm
kurekuresakti : yup
kurekuresakti : maybe
kurekuresakti : tapi tu laa
kurekuresakti : camne nak bentuk satu bangse yang ok
kurekuresakti : i mean
kurekuresakti : yang leh come better off dari bangsa lain
kurekuresakti : tanah melayu tanah kita
yadziz : hmm..
yadziz : masalah tu.. asalnya dari rumah.
yadziz : bagi aku sistem pendidikan malaysia perlu diubah
yadziz : bangsa kita lemah cuma kerana..
yadziz : malas berfikir..
yadziz : itu saja sbb bangsa kita lemah
yadziz : kita kita mampu untuk mengerakkan bangsa kita berfikir
yadziz : itu sudah bagus.
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : yup yup
yadziz : aku pernah kuarkan statment.. siapa yang tak membuang sampah merata rata tempat lagi.. baru layak untuk kawin dan menanggung tanggungjawap sbg suami
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : camne ek nak cakap
kurekuresakti : aku kengkadang risau
kurekuresakti : bagi aku
kurekuresakti : walaupon orang dok kate UMNO corrupt and sume
kurekuresakti : and aku tau mmg ade mende camtu dalam UMNO
kurekuresakti : bagi aku UMNO mmg jalankan tugas yang bagus tok negara
kurekuresakti : just aku risau
kurekuresakti : pada negara mungkin bagus
kurekuresakti : tapi asas menubuhan UMNO
kurekuresakti : menegakkan bangsa melayu tu
kurekuresakti : cam kurang usaha nya
yadziz : UMNO memang corrup
yadziz : tapi takpa umno dan mahathir.
yadziz : kita masih belum ada bangunan lebih dari 6 tingkat
yadziz : cuma masalahnya,
yadziz : masa pembangunan yang rancak..
yadziz : kita telah terlupa..
yadziz : selected people mampu untuk mengikut rentak
yadziz : dan yang tak mampu..
yadziz : terus tetinggal
kurekuresakti : tu pasal aku cakap
kurekuresakti : tok negara mmg bagus
yadziz : masalahnya..
kurekuresakti : tok bangsa masih kurang
yadziz : bangsa lain..
yadziz : pemikiran mereka telah kukuh sebelum mereka meningkat n aik
yadziz : kita punya pemikiran.. masih lemah.
yadziz : orang melayu tak malas buat kerja..
yadziz : orang melayu malas berfikir..
yadziz : puncanya..
yadziz : sistem pendidikan
yadziz : sistem suapan
yadziz : suap suap suap dan suap
yadziz : itu puncanya
yadziz : kita punya sistem pendidikan tidak disesuaikan dengan bangsa kita..
yadziz : ia disesuaikan hanya pada teori barat
kurekuresakti : yup yup
kurekuresakti : tu yang kene ubah
yadziz : tapi masalahnya..
yadziz : kerajaan hanya tau berkata.. sistem kita terbaik..
yadziz : diiktiraf dunia
yadziz : lihatlah ada ramai 17A
yadziz : 10A
yadziz : A A A A
yadziz : bagi aku..
yadziz : jika ada ramai boleh dapat A
yadziz : itu tandanya.. sistem kita lemah..
yadziz : sbb banyak yang boleh menang
yadziz : jika hang buat permainan..
yadziz : permainan tu terbaik jika tak ramai yang boleh sampai ke akhir..
yadziz : atau bagaimana?
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : yup betol kate ko
kurekuresakti : but then again
kurekuresakti : bukan mudah nak tukar the whole system
kurekuresakti : timbul plak masalah lain
kurekuresakti : kire nye kemasokan dalam uni makin susah
yadziz : dan jadilah macam tikus baiki labu.. baiki sana baiki sini..
kurekuresakti : atau just memerlukan level yang rendah
yadziz : masalahnya.. kemasukan ke U ok..
yadziz : macam aku kata tadi..
yadziz : masuk U.. 5 kredit
yadziz : hampir 3/4 ada sekurang kurangnya 3 kredit
yadziz : tapi kita ada 1/4 yang ada 5 A
yadziz : mcm mana tu..
yadziz : adil atau tak pada yang dpt 5 kredit
yadziz : sistem pendidikan jika benar pelajar sekarang telah pandai..
yadziz : ok fine..
yadziz : budak darjah 1 dan 2 berlajar mengira dan kenal A B C
yadziz : sedangkan masa tadika diorang dah belajar
yadziz : jadi buat apa lagi nak belajar
yadziz : kalau betul semua dah pandai..
yadziz : benda yang budak STP berlajar tu.. suh budak SPM belajar.
yadziz : kita menaikkan taraf SPM tu sendiri
kurekuresakti : hmmm
yadziz : skrgSPM pun takleh ari makan..
yadziz : paling kurang STP
kurekuresakti : yup
kurekuresakti : tapi basically level stpm
kurekuresakti : lagi lagi sains
kurekuresakti : terlampau tinggi
yadziz : dah tu orang luar siap boleh belajar calculus lagi masa diorang umur 16tahun..
yadziz : aku pernah jumpa exchage student dari jerman
yadziz : diorang berlajar 15 subjek..
yadziz : sedangkan umur 16 tahun baru
yadziz : dah berlajar sama taraf ngan diploma kita kat sini
yadziz : bagi aku.. kita harus pertingkatkan tahap sistem pendidikan kita..
yadziz : aku tak suka bila baca ramai yang dapat semua A dlm exam..
yadziz : sbb berita ramai yang takkan dpt masuk U akan muncul
yadziz : atau.. jika tak mahu laksanakan semuanya..
yadziz : laksana spt Kolej Yayasan Saad
yadziz : asingkan pelajar yang terlebih pandai ni..
yadziz : di satu sekolah..
yadziz : masa PMR diorang belajar SPM..
yadziz : masa SPM diorang belajar Diploma
yadziz : pahtu export ke luar untuk study
yadziz : hahaa..
kurekuresakti : huhu
yadziz : kan aku dah start dah..
kurekuresakti : betol betol
kurekuresakti : takpe
yadziz :
kurekuresakti : bagus gak
kurekuresakti : banyak dapat idea
kurekuresakti : anyway thanks
kurekuresakti : banyak lagi info aku nak carik ni
kurekuresakti : idea idea orang
yadziz : aku bab memaban nii memang pakar..

12.7.05

PROMOSI BUAH DARI HANGBUAH



PROMOSI BUAH DARI HANGBUAH
"jom makan buah"
Dewasa --> bayar RM8
10 hingga 18 tahun --> bayar RM6
di Taman Warisan, Putrajaya pada 23 dan 24 Julai ini.
Anda boleh makan buah-buahan tempatan selagi boleh pelbagai buah-buahan termasuk durian, pulasan, manggis, rambutan, salak, duku langsat dan limau madu, selain sebotol air mineral percuma kepada setiap pengunjung.
Dari 10 pagi sampai 10 malam
dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Marditech Corporation Sdn Bhd

__________________//


Tadi ada tunjuk perasaan depan JPM nii..
pasal apantah, dengar dengar pasal campur tangan dalam Guthrie. biarlah. bukan kaitan depart aku. aku mula mula ingat eksiden. heran pulak, polis KL boleh sampai dulu, ambulan hospital dekat pun tak sampai sampai. last last aku perasan kata tunjuk perasaan. Yang lucunya, dia nak tarik perhatian paklah. sekali salah opis. Opis aku ni bukan pejabat paklah, pejabat paklah yang kubah hijau tu. hahaha.. pejabat aku, pejabat pos adalah kalau nak pos surat kat paklah. hahaha. dah dekat sejam diorang duk situ, baru diorang beransur pi pejabat paklah, aku terima kasihlah pada individu yang memaklumkan kat diorang tu. itulah, lain kali nak tunjuk perasaan pun. survey lah dulu. tapi heran jugak sebenarnya, aku rasa semua org tahu yang kubah hijau tu pejabat Pm. mcm mana lah diorang ni taktau. ish ish

11.7.05

kenduri banner

Image hosted by Photobucket.com
banner yang biru yang ada nama pengasas dan presiden tu,kena rejex sbb terlalu mempopularkan individu tersebut tanpa sebarang bayaran pun kepada GJ. maka dengan itu, aku meneruskan perjuangan dengan membalas pengrejectan itu dengan 9 banner.. hahaha.. chayok chayok

8.7.05


dah terakhir untuk persembahan hari ini adalah. hahaha. ni aku buat untuk plasma tv kat PICC. member mintak tolong. aku pun takdak idea.. buatlah stail budak skolah gini. dah program pun, program budak skolah.. hahaha.  Posted by Picasa


Banner ni aku hantaq kat Forum GJ. saja, jelos pulak tengok si Sal dan lain lain bukan main banyak hantaq. aku pun mikirlah idea. sebenarnya mula mula tak cantik pun banner ni. tapi setelah di tunjuk ajar oleh cikdaun dan ditambah tambah oleh sal. maka menjadilah banner ni. so far. cam cantik. tapi rasa cam kureng pun ada jugak. mungkin sbb gambar tak berapa sharp kot. Posted by Picasa


Banner baru untuk bulan Julai. Gambar aku jumpa. agak menarik. dah aku sukakan gambar tu. dan menjadikan aku sukakan benar. Mcm syok sendiri pulak. hahahaha Posted by Picasa

5.7.05

update kah aku?


2 minggu lepas merupakan minggu yang betul betul menyerabutkan. dengan ragam rakan opis yang tak perlu aku layan. dengan awek yang duk tambah serabut kepala. dengan member umah yang tak paham. just "datang bulan lah tu". memang serabut kepala gila gila. rasa cam nak bom jer kedutaan banglades.

setiap hari selama 2 minggu tu memang kepala aku dah tak larat nak proses. cuma tidur jer aku rasa tenang.. mimpi pun indah indah jer. siap mimpi setiap masalah aku, tersetel dengan mudahnya satu persatu. cuma itu adalah mimpi cuma. mimpi lain dari realiti. bukan semudah yang disangka. sekarang masalah semakin beransur selesai walaupun tak selesai semua. tapi psikologi aku dah ok. memang semalaman jugaklah aku nak motivate diri aku balik. untuk aku boleh buat lawak balik. kemuncak malam serabut adalah malam jumaat yang lepas. Salina dan Bear bernasib malang kerana dapat lihat muka serabut dan tertekan aku. tapi start smlm. kepala aku dah kembali normal.


Oo.. untuk sebulan ni jugak. aku duk main game ni jer. aku dah bosan nak main game yang berat beratkan komputer aku. game ni memang best. byk benda yang aku berlajar dari game ni. antaranya. jika kita ada 3000 contohnya. dan ada kapal yang dijual dengan harga 6000. dan ada khidmat pinjaman disediakan. dan kita lihat semua lawan kita dah pakai kapal baru. tak semestinya kita kena beli kapal baru. Jika kapal kita masih boleh berlawan dan menang. tak perlulah. kumpullah duit dulu. sbb makin besar kapal kita, makin tinggilah kos maintanance kita. jadi kita haruslah berhati hati. ramai yang tak sedar bab ni zaman skrg. yang penting nampak hebat. biar papa asal kedana. ramai yang fikir esok. tak fikir untuk lusa.
sebenarnya game apa pun, ada pengajaran yang diperolehi dari game tu. antara kita mahu main game saja. atau berfikir atau yang kita main tu.

Ramai orang kita malas berfikir sekarang. semuanya hanya mau mudah saja. itulah sebabnya aku melihat ramai orang yang bermasalah zaman sekarang. kemahiran dan daya untuk berfikir tu lemah. kesian rasanya.

1.7.05

Lonely

AKON LYRICS

Lonely I'm Mr Lonely,
I have nobody,
For my owwnnn
I'm so lonely, I'm Mr. Lonely
I have nobody,
For my owwnnn
I'm so lonely,

Yo this one here goes out to all my playas out there ya kno got that one good girl whose always been there like ya
Kno took all the bullshit then one day she cant take it no more and decides to leave

I woke up in the middle of the night and I noticed my girl wasn't by my side, coulda sworn I was dreamin, for her I was
Feenin, so I hadda take a little ride, back tracking ova these few years, tryna figure out wat I do to make it go bad, cuz
Ever since my girl left me, my whole life came crashin

I'm so lonely (so lonely),
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girl

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girl

Cant belive I hadda girl like you and I just let you walk right outta my life, after all I put u thru u still stuck
Around and stayed by my side, what really hurt me is I broke ur heart, baby you were a good girl and I had no right, I
Really wanna make things right, cuz without u in my life girl

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody to call my own)
To call my own (to call my own) girl

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girl

Been all about the world ain't neva met a girl that can take the things that you been through
Never thought the day would come where you would get up and run and I would be out chasing u
Cuz aint nowhere in the globe id rather be, aint noone in the globe id rather see then the girl of my dreams that made me
Be so happy but now so lonely

So lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own)

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girrll

Never thought that id be alone, I didnt hope you'd be gone this long, I jus want u to call my phone, so stop playing girl and
Come on home (come on home), baby girl I didn't mean to shout, I want me and you to work it out, I never wished Id ever
Hurt my baby, and its drivin me crazy cuz...

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own)

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girll

Lonely, so lonely
So lonely, (so lonely),
Mr. Lonely, so lonely
So lonely, so lonely, (so lonely), Mr. Lonely