<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

29.12.04

selepas merayau

arini, aku tak pergi rehat.. aku ambik masa rehat untuk melawat semua blog yang telah mendaftar untuk pergi gath dan lihat komen diorang tentang gath.. alhamdulillah.. semua komen yang positif, ada 3 perkara yang penting aku dapat lihat
1. makanan perlu lebih pelbagai lagi.. mungkin putlock boleh diramaikan lagi..
2. lcd yang telah terpaksa digelapkan.. jadi present multimedia aku tu.. jadi gelap.. present video ok..
3. pengisian slot, sebenarnya aku dah suruh isi slot.. tapi mungkin slot ia disaat akhir.. tak sempatlah nak mikirnya..
kebanyakannya, semua suka hati.. lega rasanya.. sbb program kali ni adalah kali ke 4, kali pertama dan ke 2 di buat secara potluck.. tak kisahlah.. cuma start kali ke -3 dia nak buat rasmi sikit.. jadi yang ke 3 tu menjadi penanda aras kepada yg ke-4. nasib mungkin baik apabila yang ke-3 tu byk kekurangan yang tak dapat ditampung.. maka yang ke 4 ni, lebih nampak grand.. kalau dari segi pemerhatian aku.. yang ini lebih nampak meriahnya, terutama dari segi ajk. sbb ajk semua menjalankan tugas dengan cekap, bersih dan amanah. hehehe.. kekurangan dapat ditampung dengan kebijaksanaan ajk yang menguruskannya. tangan tangan berlakang pun banyak jugak yang menghulur tanpa sedar.. gath kali ni menutup cerita 2004 dengan lebih baik. aku sebenarnya dalam minggu ni takut akan kuar TINDAKAN 2005. perkara yang paling aku nak elak. malas nak bermasam muka.
masa keluar dari kolej ke 6, dlm kereta nd, nd tanya, macam mana, puas hati tak? aku kata 50-50. sebb baru keluar.. takut lagi. tapi selepas beberapa arini.. bila tengok semua reaksi.. aku katakan.. aku berpuas hati 80%. itu adalah result akhir dari aku.
cuma ia akan menjadi lebih trauma pada ajk sesi depan kerana gath ke4 orang dah kata hebat.. gath ke5 orang mahu, lagi hebat..
kelmarin berlawan hujah aku dengan tokrimau. tiada keputusan siapa yg menang. tapi yang pasti, aku tetap akan membawa usul supaya, tokrimau kekal sebagai presiden gengjurnal untuk penggal ke 2. saya rasa ramai yang setuju. dlm bab bendahari. aku rasa, nett tidak perlu digugat kedudukan dia. cuma mungkin beberapa orang yang ada sekrang perlu dicalonkan. banyak bakat bakat baru kepimpinan dlm gengjurnal. gengjurnal akan lebih berkilauan pada tahun tahun mendatang.
aku pula, akan berehat dari gengjurnal untuk tumpu pada kerja aku. dah banyak sangat dah ni.. tapi aku akan tetap mengikuti jugak perkembangan gengjurnal. masa terlalu suntuk aku ada 1200 borang untuk dikey in dlm tempoh 14 hari. aku tengah pikir strategi yg semungkinnya boleh digunakan..
------------------------------
semalam sempat aku bergayut dengan member aku yg kerja kat bowling alamanda.. bila dikenang kenang dan diperiksa balik.. sebenarnya.. kami geng yang terpaksa extand sem nii dan abis paling lewat nii.. bila dah abis praktikal terus dapat kerja.. tak sempat nak menganggur.. tapi geng geng yang abis awal.. semua masih duk menganggur lagi.. ada yang kerja tak tetap, kesana sini lagi.. mungkin itulah rezeki namanya..
------------------------------
aku duk fikir pasal http://www.petitiononline.com/, setiap isu yg timbul, ada saja petisyen nya.. hmm.. aku tengah mikir baik buruknya apa yang dilakukan..
------------------------------
aku ingat nak cuti.. tapi takut pulak.. banyak kerja tak abis lagi.. tapi cuti aku kena abiskan tahun ni jugak. sbb cuti ganti.. cuti kena abis tahun semasa.. aiya.. cam mana..?