Terima kasih
Gath pertama di Taman KLCC 11/11/2001. kedua di taman klcc lagi, 03/11/2002. gath ke3 di restoren nelayan titiwangsa 17/01/2004. dan gath keempat di UPM 26/12/2004 alias kelmarin. semuanya tersebut itu adalah gath tahunan rasmi, ia tidak mengambil kira gath gath kecil yang lain. ok.. kustop bab skima.
Gath kelmarin, banyak orang puas hati, apa bila orang puas hati.. aku jadi lega hati.. walaupun sekadar memainkan peranan yang hanya sedikit, namun terasa bebanan turut akan terasa. aku kalau buat program masa kolej dulu, mesti ada menda yang tak kena.. dan selalunya aku buat sorang diri jer.. kali ni.. lega rasanya, semua orang ambik port masing masing. nd dan kengkawan dah prepare dewann petang sabtu. datang ramai ramai kemas.. akurasa diorang abis kurang 2 jam untuk kemas dewan tu, kalau ada 7 orang.. kalau kurang orang.. lagi lama rasanya. mesti penat gila. kak nett pulak, selepas buku telah disiapkan oleh op yang menyusun buku buku (dan jugak banyak menolong terutama dlm bab promosi dan menjadi duta kepada gath kali ni..), giliran kak nett pulak untuk fotostat, nasib malang, fotostat rosak.. kena fotostat kedai. nasib baik kak nett kenyit mata ngan mamak kedai tu.. dapat jugak siap awal fotostat tu.. kalau tidak.. mau isnin baru dapat. amyz pulak kena print tag nama. nida pulak kena liminate.. walaupun akhirnya tak limate.. tapi. nida kena buat tambahan beberapa tag untuk beberapa orang yg last kompom. tipah pulak kena buat doorgift budak budak.. walapun awalnya rasa lebih.. tapi akhirnya, tak cukup pulak..
aku takut sebenarnya, untuk buat report cam ni.. takut tak tersebut nama.. risau sangat.. takut ada yang terasa.. aku cuba ingat.. tapi kalau tak buat report pulak.. kang kena bambu pulak.. terima kasih aku rakamkan kepada semua penaja penaja.. dan terima kasih jugak kepada tangan tangan belakang yang menghulur tanpa kesedaran pihak penganjur yang lain. aku rakamkan jutaan terima kasih.. aku akan ingatinya, you all the best.. saya akan sentiasa padang tinggi kepada anda semua. penaja penaja anugerah.. pada aku, terlalu bermurah hati.. aku risau sebenarnya, dengan kadar rm55 untuk anugerah tu.. takut terlalu membebankan.. tetapi alhamdulillah.. ada yang telah beri lebih.. tak sangka aku.. hadiah pulak semua best best..
dikesempatan ini, aku ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua, aku hanya sempat hantaq sms pada mereka yang aku ada no telefon jer. terima kasih.. terima kasih.. terima kasih semua.. terima kasih kerana menjadikan gath kali ini terlalu teratur dan berjaya.
kepada kak nett.. saya punya partner.. terima kasih.. kita telah berjaya.. hahaha.. kita tak rugi.. kita tak rugi kak nett.. hutang semua setel kak nett.. duit gj pun kita tak sentuh kak nett.. ish.. kita berjaya kak nett.. syukurnya..
kepada semua yg hadir.. terima kasih sbb kesudian korang semua untuk hadir.. ada wajah wajah yang aku dengar sebelum ni,, mengalami beberapa kesusahan untuk hadir.. tetapi muncul jua.. komitmen anda semua terlalu hebat.. kepada orang orang yang baru join.. terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada kami.. terima kasih semua.. terima kasih.. maaf sbb aku tak bertegur dengan korang semua.. aku ni pemalu orang nyer.. betul.. aku ni pemalu.. tak tipu.. hehehe.. terima kasih semua.. terima kasih.. dan terima kasih terakhir aku adalah kepada bos aku.. kerana pada pagi yang indah ini.. dia tidak membebel membebel membebel. sbb aku tak dapat buat overtime 2 hari turut turut.. nasib baik.. indah sungguh pagi.. you are the best bos.. hahaha..
kepada semua, saya dimaklumkan.. kita dah takdak aktiviti selepas ini sehinggalah selepas pilihanraya gj pulak. jadi,.. berehatlah kejab.. tapi dengar dengar kata.. ada ajk yang nak buat jugak bowling.. tak puas hati.. nak main jugak.. hahaha.. tengoklah.. kalau aku boleh join.. aku join..
akhir sekali.. terima kasih malaysia.. hehehe
**tambahan - takziah aku ucapankan kepada semua mereka yang kehilangan keluarga tersayang akibat gempa bumi di indonesia dan kejadian ombak besar yang berlaku kelmarin.. keadaan terlalu sibuk membuatkan kami tidak terasa. al-fatihah