<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

31.10.05

Message Delivered to you by Maxis

hah kentut! Batal posa!

27.10.05

Selamat Hari Raya

public static void main(String[] kesalahan){
Connection con = DBConnection.getConnection();
Statement stmtA = con.createStatement();
Statement stmtB = con.createStatement();
ResultSet rs = stmt.executeQuery("SELECT kesalahan from DOSA a WHERE a.date > (rayaTahunLepas)")
while(rs.next()){
System.out.println("Saya mintak maaf atas kesalahan "+rs.getString("kesalahan")+" saya yg dulu");

boolean dimaafkan = stmtB.executeUpdate("DELETE from DOSA WHERE kesalahan = '"+rs.getString("kesalahan")+"'");

if(dimaafkan){
System.out.println("Terima Kasih");
}else{
System.out.println("Sempena bulan baik ni bermaaf-maafan la. Tanak maaf ko punya pasal la...");

24.10.05

Sahur

"semalam hang sahur kat mana?"
"Zouk!"

19.10.05

Aku tak Boros

Aku boros semalam
Boros dalam dapur sendiri.
silap silap, bukan boros, tapi tamak.
Pulut Kuning, rendang Daging, Karipap, Ketayap, Root Beer A&W, Ayam goreng.
Aku boring, aku tak rasa puas untuk berbuka
Aku masak nasik untuk 2 orang makan
aku goreng ayam untuk 2 orang makan
aku goreng kentang
Aku guna nasik tadi, buat nasik goreng, Sbb takdak kuah (smlm dah makan dgn kicap, hari ni kena tukar)
Aku masukkan semua ayam dan kentang dalam nasik goreng.
Goreng Sekali.
Puas.


AKu tonton rancangan kegemaran aku. Buletin Utama, kurang menarik hari ini, tapi aku tonton sehingga abis. Pukul 9, alamak, lestary pulak, tukar channel, arrgghh semua tak best.
pejam mata. 5, 4, 3, 2, dan Padam.
aku jaga pukul 12, ada gusti kat TB. Padam. Padam sajalah Tb ni, buat aku risau tulang aku jer.


Pagi tadi, masa keluar bilik air, cuma tinggal nasik goreng untuk sorang makan.
Hm.. Aku tak boros, aku tak tamak. aku cuma melahap.

11.10.05

Kerja mana ada mudah


Menerima satu tugasan dari orang lama, memang sesuatu yang menyedihkan. Kita terpaksa mula balik dari awal. Tambah tambah, stor yang aku terima ni. bilangan dan memang lari teruk. ada yang lebih dan tak kurang jugak yang kurang. sakit otak aku mikir pasal stor ni. memang menyesallah aku terima stor ni untuk aku handle. aku risau satu jer. dan semestinya korang pun tau. Audit. tak lain tak bukan. semestinya. dan yang nak sakit. Aku jugak. orang yang dah lepas. boleh tunding pada aku. haih...

6.10.05

Raya? gila..

Image hosted by Photobucket.com

Baru sehari raya, hampir satu opis aku dah shopping untuk raya. sebelum posa pun dah ada yang shopping lagi.. katanya, malas nak shopping time posa. tak larat. nak pengsan. tapi tengok shoping tu.. macam nak raya depavali ngan tahun baru cina dan raya haji sekali jer.
Dan tak kurang jugak masjid masjid yang buat pengubahsuaian. yang aku herannya, masa posa ni lah dia nak buat. itu untuk persediaan raya tu. sepatutnya, buatlah sebelum posa. orang terawih mudah. kesian hayazi... huhuhu

Aku pulak.. macam tahun lepas. tak der rasa nak shopping lagi. sbb nak pi mengutip duit raya pun takdak orang nak kasi dah.. hahaha. tapi ada sikit rezeki lebih. Datin (isteri bos aku) kasi kain pasang untuk buat baju melayu.. hmm.. nak kena pi tempah jahit pulak. manalah kedai yang terima tempahan lagi waktu ni yer..


Harini takdak cerita makan. sbb hari ni aku nak pi beli tiket kat pudu. tak tau nak bukak posa mana lagi. tengok mood jerlah nanti.. hahaha

5.10.05

Makan?

Image hosted by Photobucket.com

Gila amat, baru posa, dah macam nak raya. semalam aku gi kaypor jab. nak cari koker oat. buat sahur (tak pernah makan, dan tak reti makan pun, saja nak cuba. Hari pertama, aku makan 4 sudu. lepas tu aku belek belek dalam peti ais. ada apple. aku sahur ngan apple sebiji jer. lagi mudah. huhuhuh)
Gila amat aku tengok orang shopping semalam. mentang mentanglah bonus 2 kali bayar jer.. bukan 6 kali bayar mcm orang duk sembang sebelum ni. siap sampai 2 troli lagi ada yg shopping nya. hmm. semoga makanan makanan yang lebih dia masak nanti, hantar hantarlah buat moreh kat putra harmoni ni.. hahaha.
aku tengah tinggal sorang sorang nii.. dua dua member umah dah balik kampung. tinggallah aku terkontang kanting sorang.

Habis cerita tu. hmm.. Untuk bulan posa ni, aku nak cerita masak jer. sbb itu yang paling menarik. hehehe
aku balik awal arini, beli ayam separuh, kendian cili boh. kendian, hmm.. apa lagi.. oo.. minyak masak dah takder. hmm.. hari ni masak ayam masak cili boh jerlah.. asam jawa sekalilah beli. hmm.. macam mana nak masak..? itu tak boleh bagitau untuk arini. tunggu aku masak dulu. hahaha.. tapi aku jamin. bomba boleh bersedia bukak posa dengan aman hari ni. hahaha

Sepa ada cadangan, macam mana nak makan koker oat??