<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

29.11.04

Rumah Terbuka Aidilfitri


Gambar semasa Sambutan Rumah Terbuka Malaysia sempena Aidilfitri.
takdak apa yang menarik. xramai yang datang kerana hujan pada petang dan malamnya. sebelum agong datang. lepaih agong datang. memang dah tak hujan. nasib baik menjadi bomoh hujan yang nii. sbb bomoh hujan nii.. kementerian kesenian yang cari sendiri. dia taknak pakai yang putrajaya punya. sbb putrajaya punya kena bayar RM400. LO tak terima.. T_T
apapon. hari tu jugak, aku dapat jumpa orang tertinggi di dunia. rasa cam kecik pulak aku. tak gayat ker dia ekk? hahaha. orang malaysia tahap pinggang dia jer.. :)) tak sempat nak tangkap gambar sbb bz sangat. makanan malam tu. aku kasi 1 bintang jer.. langsung tak sedap. tawar. mungkin air hujan dah masuk hahaha. nasib baik petang tu aku dah makan puas puas kat umah bos aku. memang aku kasi 5 bintanglah dia masak. top clas.. memang sedap gila. itu yang malam tu, aku jadi tak selera dah.. dah makan menda sedap.. hahaha. aku balik awal. tak tunggu konsert abis pun. agong blah. kami pun blah.
kali ni jugak, aku dapat juga si 'warga emas' yang nida duk cerita selalu tu. hahaha. memang poyo orang tua tu. Jekk kuat tul. tapi yang paling best. dia punya maki tu.. memang tak tengok tempat dah. kesian aku tengok pegawai pegawai laki yang kena ngan dia. hahaha. tapi yang dia kata tu. memang benar jugak. dah depan stage tu air penuh. basah. tapi semua pegawai takat tengok jer.. tak buat apa pun. agong dah nak sampai. memang sedaplah dia maki. hahaha.
yang lawak jugak. bebudak baru anak buah si nida tu. hahaha. bergaya sakan. siap selepang apalah. tumit tinggilah.. dahlah tumit tinggi 3 inci. kecik pulak tu. dia ingat apa? dinner?
hahaha.. memang yang malam nii.. aku banyak gelak.. selain gelak ngan lawak senario.. hahaha.. lawak kementerian kesenian lagi lawak.. hahaha.. Posted by Hello

ooii.. kontrol ooii..


kontrol... kontrol.. eksyen jer lebih.. makan tak pun.. makan low.. dah masuk air hujan.. tawar semua.. tak berselera aku.. Posted by Hello

28.11.04

PERLIS, Kedah Ke Final

PENYERANG import, Phillimon Chipeta muncul wira apabila memastikan Perlis layak ke perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia buat kali pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 Disember ini.
Sekalipun Perlis tewas 1-2 kepada Pahang dalam perlawanan saingan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Darulmakmur semalam, skuad Singa Utara tetap mara menerusi kemenangan agregat 3-2.
Jaringan tunggal Perlis di minit-minit terakhir babak perlawanan menerusi Chipeta terus melenyapkan harapan Pahang yang berjaya mulanya menyamakan agregat 2-2 menerusi jaringan Fadzli Shaari (m-45) dan Anthony Milicic (m-47).
Perlis menang 2-0 dalam saingan pertama separuh akhir di Stadium Utama Selasa lalu menerusi jaringan Chipeta dan Joao Bandoch.
Sekalipun Perlis tersentak selepas ketinggalan 0-2 disusuli pemain pertahanan, Mohd. Feriza Ismail dibuang padang pada minit ke-54, ia tidak menjejaskan semangat membara anak didik Norizan Bakar untuk bangkit melenyapkan kehebatan juara sulung Liga Super musim ini.
Begitupun perlawanan tersebut dicemari insiden penyokong tuan rumah masuk ke padang sejurus jaringan Chipeta namun tindakan cepat Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan.
Ketika perlawanan seakan berlarutan sehingga ke permainan masa tambahan berikutan kedudukan agregat terikat 2-2, Chipeta menolak masuk gol tunggal perlawanan yang sudah cukup memastikan Perlis ke akhir dengan agregat 3-2.
Sejurus babak bermula Pahang yang bersemangat bermain di hadapan 30,000 penyokong lebih banyak menguasai pentas saingan dengan asakan bertali arus ketika Perlis lebih banyak bertahan.
Namun Pahang lebih awal mencemaskan benteng pertahanan Perlis.
Seawal minit kelapan, rembatan kencang Simon Colosimo sekadar mengenai tiang gol ketika penjaga gol pelawat, Amran Omar sudah tertewas.
Belum sempat skuad Singa Utara mengatur gerak, mereka tersentak lagi apabila tandukan kencang ketua pasukan Pahang, Hairuddin Omar berjaya ditepis keluar oleh Amran Omar pada minit ke-13.
Pada minit-minit terakhir babak pertama, gol yang dicari oleh Pahang menyusul. Ia bermula daripada sepakan percuma Hairuddin sebelum ditanduk oleh Indra Putra Mahayuddin. Bola yang bergolek di depan pintu gol berjaya di tolak masuk oleh Fadzli Shaari dengan kaki kiri menewaskan Amran.
Sejurus dua minit babak kedua berlangsung, Pahang mengikat agregat 2-2 menerusi jaringan penyerang importnya, Milicic yang melakukan gerakan solo.
Tonggak pertahanan Perlis, Mohd. Feriza Ismail di buang padang pada minit ke-54.
Di minit-minit terakhir Perlis berjaya mencipta jaringan tunggal perlawananan sekali lagi menerusi Chipeta untuk menjadikan kedudukan agregat 3-2.
Oleh NAZARUDDIN SHAHARI
BERAKSI pincang tanpa penyerang utama tidak langsung menghalang Kedah daripada layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila menumpaskan Sabah menerusi agregat 1-0 di separuh akhir kedua di Stadium Darulaman, malam tadi.
Ketiadaan Akmal Rizal Rakhli yang cedera dan Marcos Magno Thavares yang digantung satu perlawanan memberi laluan kepada pemain tengah, Mohd. Khairul Ismail untuk mencipta nama dan muncul wira Kedah.
Tandukan tajam Khairul hasil hantaran lintang Ooi Hoe Guan pada minit ke-69 merupakan gol tunggal perlawanan yang memisahkan nasib kedua-dua pasukan.
Kedah yang diikat 0-0 oleh Sabah dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Likas, Selasa lalu sepatutnya boleh menang lebih selesa jika sepakan penalti Christiano Selbach berjaya disempurnakan pada minit ke-50.
Kedua-dua pasukan jelas terlalu berhati-hati sebaik memulakan permainan babak pertama hingga menyaksikan tidak banyak gerakan-gerakan bahaya diatur.
Begitu pun jentera serangan Sabah yang diterajui Keith Gumbs dan Andrezinho Esposito lebih agresif untuk cuba membolosi kubu tuan rumah.
Bagaimanapun pertahanan Kedah yang diketuai Cornelius Hugging bertindak bijak mengekang serangan pasukan pelawat.
Satu-satunya peluang terbaik Sabah di babak pertama apabila memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti Kedah pada minit ke-7 namun sepakan leret Esposito tersasar di sebelah kanan pintu gol Kedah.
Kedah mengubah corak permainan dan mula melancarkan gerakan lebih tersusun.
Kedah memperoleh peluang keemasan pada minit ke-50 apabila Mohd. Rafdi Rashid dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Madzalan Emoi.
Bagaimanapun sepakan Selbach ke sebelah kiri pintu gol Sabah berjaya ditepis keluar penjaga gol berpengalaman Sabah, Khairul Azman Mohamad.
Kedah akhirnya memecah kebuntuan apabila hantaran lantaran lintang Hoe Guan di sebelah kiri pintu gol Sabah ditanduk cantik Mohd. Khairul yang tidak dikawal.
Kedah hampir menambah jaringan dua minit selepas itu tetapi Rafdi yang melakukan larian cantik sekali lagi gagal melakukan penyudah apabila menendang bola terus ke kaki Khairul Azman.

27.11.04

Bomoh Hujan

Sempena Malam ni ada Rumah Terbuka Malaysia Sempena Hari Raya Aidilfitri.. aku nak bercerita sikit, percaya atau tidak.. setiap program rasmi kerajaan terutama agong ada, penganjur akan panggil Bomoh Hujan, atau dlm istilah kami, Pakar Cuaca. jangan tak tau. ada yang siap bukak konsultant tau.. beberapa perkara menarik tetang Pakar Cuaca ni..
1. Dulu dia mintak dlm RM150, kendian dlm beberapa bulan yang lepas dahnaik RM200. mungkin disebabkan harga minyak naik dipasaran. T_T
2. ada 2 konsep yang selalu dilakukan, antara tarik hujan tu atau tahan hujan
3. kalau korang pergi majlis gini, sila balik sebelum agong balik, sbb setelah agong masuk keta. bila bila boleh hujan.
4. pakar ni akan berposa sehari sebelum majlis
5. pakar cuaca ni akan pi tempat tu sehari sebelum majlis.
6. masa hari majlis, dia tak boleh berada di kawasan tu, kalau majlis tu kat kl, dia akan berada di seremban ker, selayang ker.. kira duk jauhlah..
7. dulu, pantang pakar ni adalah jangan siram pokok bunga masa hari tu. sekarang takdak dah
8. pantang baru Pakar Cuaca @ Bomoh Hujan, dia Tak Terima L.O. mintak maaf.

22.11.04


terima kasih nida kerana hidangan makan tengahhari, terima kasih jugak pada purbe yang bawak aku pi.. hari raya kali nii.. memang jauh aku merayau.. sampai ke perak.. memang puas hatilah.. http://yadziz.fotopages.com Posted by Hello


gath raya gengjurnal utara, kat sungai petani, masing masing menunjukan skill masing masing memanggang satay, ayam, ikan dan kasut sendiri.. hasilnya.. seperti gambar diatas.. apapon.. terima kasih kepada yang hadir.. http://yadziz.fotopages.com Posted by Hello

10.11.04

Duit Raya Untuk Korang


Saya mewakili diri saya HangBuah@yadziz, ingin sempena hari baik, bulan baik ni, saya nak mintak maaflah jika ada terburuk laku, terbabas kata atau apa sahaja yang menyebabkan anda semua rasa tak puas hati dengan saya. saya mintak maaf banyak, banyak banyak mintak maaf, semoga syawal yg menjelma ini, akan memberi sejuta memori indah yg baru untuk anda semua. Salam EidilFitri, maaf zahir batin. Posted by Hello

5.11.04


nii contoh cadangan sibinier.. Posted by Hello

4.11.04

YOU ARE..



You are Black Sheep type, who cares and have consideration for others and are easy to get on with, so you are liked by those around you.
Your personality is solid and conservative.
You tend to have a balanced and a neutral relationship.
Fortunately, this modesty leads to gain favor of the others.
To catch trend, you get absorbed in seeking information through televisions and magazines.

You know trivia and are never out of subjects in conversational.
You hate to loose and are always confident.
You are proud and almost anything that appeals to you or find it interesting, you tackle it with all your effort.
Although you are not good at bargaining, your cleverness and preciseness cover up for that.

The result is not affected by your weak point.
Because you don't get attached to one thing, you are not good at long-term plans.
Sometimes you get in a pet like children when things don't go the way you like; it is to your compassionate and caring personality that people are attracted to.
Your natural sense of humor is effective way to maintain social common sense. If you can gain a strong mind to finish off what you have started, you may even have a potential to become a successful business founder.

BUSH Menang?

hmm.. bagi aku.. tiada apa yang mengejutkan.. cuma bagi yang terlalu mengharap bush kalah.. sudah tentu kecewa.. sudah ku katakan dulu. 'pengharapan hanyalah satu penipuan..'.
Ada beberapa sebb. pertama bila pm australia dapat kekal untuk penggal kedua. walaupun sebelumnya undian sms menunjukkan beliau kalah. tapi semua tu hanyalah tipu daya orang putih sahaja. yang buat undian tu.. cuma mereka mereka yang terlalu ingin fanatik. dan begitujugaklah dengan pilihanraya as, undian memang menunjukkan menyebelahi kerry. tetapi berapa peratus sangat.
aku setuju ngan pendapat tetamu myworld news ntv7 semalam. kerry cuba untuk menggunakan pengaruh luar untuk menyokongnya, sudah tentu orang amerika tidak menerimanya. american nii kan ego sikit.. apapon.. ini cuma faktor sampingan..

faktor utama yang membuatkan aku rasa bush menang lagi.
1. kerry takdak X factor. dia hanyalah ibarat pak pandir yang hanya tau salahkan itu salahkan ini.. tetapi tidak stategik. dia tak ada daya penarik untuk orang mengundi dia.. dia tak ada X faktor.
2. bush kuat dengan sokongan yahudi.
3. bush memanggil semula Osama bin Laden yang sebelum ni hanya berehat dan hanya dalam status 'on call'. Osama telah cuba mengubah undi pengundi atas pagar untuk mengundi bush.

semua itu ketentuan Ilahi, Dia Maha Merancang, sudah tentu ada sesuatu yang lain untuk bush satu masa lagi. kita tunggu sahaja.

note: aku semakin yakin, osama hanyalah salah satu karektor ciptaan CIA. yer ker?
Allahualam Missawab, soalan tak dapat dijawab.

3.11.04


Selamat Hari Raya Eidil Fitri Kepada semua... maaf jika ada terlajak cakap, terburuk laku sepanjang aku mengenali korang.. [kad nii aku buat.. jadi ikut suka akulah aku nak publish kat mana :D tul tak? Posted by Hello

Nak tipu lah tu..

semalam.. aku tergelak sikit.. ada orang time demam datuk nii.. nak menipu kata dia dapat datuk....

Caller: sori, i want to know, ada seorang itu, dia mengaku kata dia Datuk Seri **** bt. *****, dia kata dapat anugerah datuk dari persekutuan, saya ingin dapat kepastian, boleh awak tolong check.
aku : ok sir, awak pasti dia kata dia dapat datuk seri?
caller : yer
aku : pasti dari persekutuan
caller : yer (banyak pulak tanya budak nii..)
aku : aaa.. mintak maaflah, sebenarnya, persekutuan takdak bagi gelaran datuk seri, kita ada datuk atau tan sri atau tun aja..
caller : yer ker..? aiya.. wa sudah kena tipulah..

_______________________________***

umah aku keputusan internet bermula ahad lepas.. aku tak perasan sangat. aku balik dari kelantan baru aku perasan.. lain jer.. ym tak online.. balik tengok main game jer.. nasib baik ada NFS2.. hahaha.. kasian.. esok adalah balik internet tu.. harap harap takdaklah yang update blog panjang panjang.. nak balas dendam.. hahaha..

_______________________________***

aku nyer ic dan kad atm tercicir.. tak tau kat mana tapi yang pasti.. masa aku kalut kalut nak balik mai kl.. aiya.. seksa aku kelmarin.. pi pejabat pendaftaran, bank semua.. nasib baik duit dlm bank tak dak orang kacau.. kalau tidak.. hangus aku 2 bulan.. T_T sekarang nii.. aku pakai ic sementaralah.. besar bapak.. lagi risau aku.. time time hujan nii.. basahkang.. susah pulak aku..

_______________________________***

aku dah start invest aku nyer duit.. sekarang untuk bulan nii.. aku invest dlm RM****. asb separuh, tabung haji suku, sijil simpanan bsn suku. lepas nii.. dah kaya.. aku nak jadi along pulak.. hahaha.. cita cita yang bagus tu.. banyak untung wooo.. hahahah...