<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

12.12.04

Itu naik, sini naik, sana naik.. apa lagi mau naik??

Harga minyak naik, ubat free dah takda, kadar tol pulak nak naik 10% tahun depan.. semua mau naik, itu naik sini naik.. darah pun boleh naik.. cuma duit aku jer tak naik naik.. makin turun jer setiap bulan. (mas kawin pun dah naik ikutan dari kenaikan harga minyak). Aku semakin percaya apa yang matjan baca dari sebuah buku. paklah cuma akan kekal sebagai pm untuk tempoh 3 tahun. ya, anda akan kata, bahawa semua itu bukan dia yang lakukan.. faktor semasa.. tetapi sebagai perdana menteri, beliau terpaksa menanggung tanggungjawab tersebut. itulah, orang ingat jadi perdana menteri ni senang, semua kerja, orang tolong buat. kakitangan banyak. tetapi bab tanggungjawab, hanya perdana menteri saja yang kena tanggung. he is the first man. anything happen.. dia orang cari dulu. keadaan pak lah semakin tidak selesa pada pandangan aku. mandat yang besar dari rakyat. bebanan nam dan oic, krisis jiran yang tidak ditandatangani dengan segera. dan kebenaran bpr memasuki umno. akan menjejaskan reputasi paklah di peringkat atasan. aku hanya menunggu dan melihat, ntah kenapa, kepimpinan paklah terlalu menarik minat aku untuk diteliti. aku merasakan dia tidak mempunyai kepimpinan sebagai perdana menteri. itu adalah pandangan aku. mungkin anda lain. pesanan 12/12/2004 untuk paklah, sudah boleh dah datuk pindah ke seri perdana. kediaman timbalan perdana menteri perlu dikosongkan atau diduduki oleh timbalan anda. kediaman tersebut bukan kediaman datuk. itu kediaman milik kerajaan untuk timbalan perdana menteri.