<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

24.8.05

hmm..

Senjata RM2.8 bilion dijual ke Singapura

WASHINGTON 22 Ogos - Pentagon memaklumkan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam mengenai kemungkinan penjualan senjata, kemudahan logistik dan latihan kepada Singapura yang bernilai AS$741 juta (RM2.8 bilion).

Penjualan tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian penjualan pesawat pejuang F-15 di antara kedua-dua negara terbabit.

Agensi Kerjasama dan Pertahanan Keselamatan dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa cadangan penjualan AS itu merangkumi peluru berpandu supersonik udara dan bom kawalan satelit.

Selain itu, ia juga merangkumi penjualan 200 peluru berpandu jarak sederhana model 120 C (AMRAAM), 50 senjata jenis Joint Direct Attack Munitions (JDAMs) dan 30 AGM 154A-1 Joint Standoff Weapons masing-masing dengan keberatan 500 paun (227 kilogram peledak), 30 AGM 154C Joint Standoff Weapons serta 200 AIM 9X Peluru Sidewinder.

``Cadangan AS untuk menjual senjata sedemikian bukan sahaja akan mempersiapkan Singapura dengan keupayaan mempertahankan diri dari musuh bahkan juga menjamin kerjasama yang erat dalam operasi ketenteraan di antara tentera AS dan Singapura pada masa akan datang.

``Ia juga mampu meningkatkan keupayaan ketenteraan Singapura khususnya dalam pesawat antipejuang jarak sederhana,'' katanya. - AFP

23.8.05

hmm..


Dahlah.. jomlah balik..
aku kata taknak, taknaklah!
alah bang, bukan saya sengaja bang.. sumpah tak sengaja..
arrgghh.. pedulikan semua alasan alasan mu itu, semua alasan by default.
yelah yelah, nanti saya mintak bunga telur baru, bukan sengaja jatuhkan..

22.8.05

Patriotik

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

patriotik..
adakah kalau kita tau pasal sejarah, kita patriotik?
adakah kalau kita selalu nyanyi lagu patriotik dlm keta, kita patriotik?
adakah kalau kita naikkan bendera malaysia penuh rumah sampai rumah pun tak nampak, kita patriotik?
adakah kalau kita pergi konsert ambang merdeka, kita patriotik?


nota tambahan:
konsert ambang merdeka, aku lebih suka kalau konsert tu ramai artis popular dtg, dan semuanya nyanyi lagu lagu patriotik dari start konsert sampai abis konsert. itu baru konsert ambang merdeka. kalau tak, aku rasa, itu konsert Mambang merdeka.
hmm..

18.8.05

Berita Harian - 18 Ogos 2005

‘Nenek Besi’ tanggung sembilan anak, 12 cucu

TUMPAT: ‘Nenek Besi’. Mungkin itulah gelaran paling sesuai kepada Hasnah Yusuf, 50, yang mempunyai sembilan anak dan 12 cucu yang masih gigih mencari rezeki sesuap nasi melebihi lelaki.

Sekilas pandang, tiada siapa menyangka wanita bertubuh kecil itu bukan saja menjual ikan di Pasar Siti Khatijah dekat Kota Bharu, malah turun sendiri ke laut atau sungai mencari bahan jualannya.

Ketika wanita sebayanya sibuk melayan cucu atau berehat di rumah dengan anak-anak, Hasnah yang buta huruf sejak kecil terpaksa memerah keringat turun ke laut atau sungai untuk memukat ikan dan ketam.

Beliau yang sudah ke laut sejak 30 tahun lalu, mengendalikan sendiri bot ketika ke pasar dan laut kerana kedudukan rumahnya di Pulau Pantai Baru, Tumpat, hanya boleh dihubungkan dengan bot atau sampan.

“Mudah belaka,” katanya apabila ditanya mengenai pekerjaannya sebagai nelayan yang mungkin satu-satunya nelayan wanita di Kelantan.

Hasnah yang ditemui baru-baru ini di rumahnya, di Pulau Pantai Baru, di sini, berkata kesempitan hidup memaksanya turun ke laut mencari rezeki.

“Saya terpaksa ke laut atau sungai untuk membesarkan anak. Kerja ini saya lakukan sejak belum berumahtangga. Kalau saya tidak bekerja menggunakan sepuluh jari ini... nak makan apa?.

“Nak kira cakap-cakap orang, kami nanti kebuluran. Saya tidak kisah apa orang lain cakap walaupun bagi mereka tidak manis wanita turun sendiri ke laut mencari rezeki,” katanya.

Kadang kala, suaminya, Mamat Mat Amin, 57, menemaninya tetapi kebanyakan masa beliau ke laut atau sungai bersendirian.

Hasnah keluar menangkap ikan atau ketam tiga kali seminggu mulai petang sehingga keesokan harinya sambil membawa nasi dan kopi sebagai bekalan meng alas perut.

“Lazimnya, selepas semalaman di sungai atau laut, saya akan pulang ke rumah sebelum subuh kerana kira-kira jam 7 pagi, terpaksa pula ke Pasar Siti Khatijah untuk menjual hasil tangkapan,” katanya yang memperoleh antara RM20 hingga RM30 sehari.

Ditanya mengenai anaknya, Hasnah berkata, beliau tidak begitu mengharapkan bantuan mereka kerana mereka juga hidup sebagai nelayan dan sudah berkeluarga.

Sementara itu, peniaga ikan di Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu, Mohamad Zin Ismail, 40, menyifatkan Hasnah sebagai seorang wanita yang melawan arus serta cekal dan bersemangat melebihi lelaki.

“Saya mengenalinya lebih 20 tahun, orang lelaki pun tidak mampu buat macam Kak Nah, ke laut, berniaga ikan dan ke kebun durian,” katanya.

17.8.05

tepon ker?

Image hosted by Photobucket.com
kalau aku mati nanti, aku wasiatkan telefon aku ni kat hang
taknak aku, nanti kalau hang takleh jawap soklan kubur nanti, hang tepon tanya aku pulak.

persimpangan

Image hosted by Photobucket.com
di persimpangan ini
kita perlu memilih
antara terus bersama
seiring
atau kau dan aku
membawa haluan sendiri
dan membiarkan cita-cita itu
terkubur..

http://yadziz.fotopages.com UPDATE

15.8.05

malam

Image hosted by Photobucket.com

http://yadziz.fotopages.com

12.8.05

Jerebu punya hal

jerebu melanda..
subsidi sekarang semua untuk jarum dan kondom saja.
semua terjejas. penjual vcd haram menutup operasi sebentar. pengemis tidak lagi menjual tisu.. semuanya menjual penutup hidung dan mulut. mask. setiap hari mesti beli. kalau tak. bau busuk sendiri. superhero jugak tidak terkecuali.
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
kecualilah sahabatku
Image hosted by Photobucket.com
kerana dia telah bersedia dari awal kerana dia tau, dunia sekarang penuh asap. termasuk royalti yang dituntut beliau, masuk angin keluar asap.


cari lagi superhero yang tidak terjejas
Image hosted by Photobucket.com

Fotopages Update!

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
http://yadziz.fotopages.com


Wah.. minggu ni tak peduli langsung aku ngan blog ni. bukan malaih nak update. tapi takdak idea. sbb banyak duk tumpu kat fotopages dan edit gambar. biasalah kan. aritu pergi tangkap gambar sampai 1000 keping. stok sebulan untuk update fotopages tu.

8.8.05

Mawi Menang? What Next?

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com


dan untuk yang cari gambar gambar hujung minggu yang lain, sila ke http://photobucket.com/albums/b185/nestum-ais/taman/

4.8.05

Nikon D100

ditangkap menggunakan nikon D100. best ngak.. nanti cerita lagi.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

2.8.05

Mari snap snap

29 Julai hingga 31 Julai 2005
Trip balik kampung sambil jalan jalan ambil gambar. diambil menggunakan kamera Fujiflm 7000fx. sekitar kawasan utara. lagi gambar boleh dilihat di link ini http://img.photobucket.com/albums/v609/hangbuah/31072005/
petikan dari http://nestum-ais.blogspot.com/ aku nyer fotoblog baru. hahaha

Image hosted by Photobucket.com


sebenarnya banyak jugak gambar yang jadi. dari 112 gambar yang diambil. 90 gambar jadi. tapi aku kena buang juga sikit sbb photobuket aku dah full. Dan skrg aku semakin percaya dua perkara.
1. tangkap gambar ni, kira nasib jugak kadang kadang. time dia menjadi. memang gambar menjadi jer kerja. time tak, posing gena pun, gambar mesti ada problem.
2. tangkap gambar waktu awal pagi memang gambar jadi cantik. tak syak lagi.