<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

27.6.05

Bodohnya mereka

Bodohnya mereka kerana menyangka aku akan sakit hati dengan mereka memulau aku. Bodohnya mereka kerana tak memahami latar belakang aku dulu sebelum bertindak. aku ni anak tunggal. kalu aku sorang sorang pun. aku tak kisah sbb aku dah biasa dari kecik lagi sorang sorang. dan aku sikit pun tak sakit hati. yang bertambah tambah sakit hati adalah mereka. bodohnya mereka.

16.6.05

Tak payahlah baca, buat boring jer

first first, cerita pasal juring jab. dah masuk minggu ke 4 dah skrg. aku skrg kira sedang sedang sekarang ni.. kira oklah tu. apapon, untuk tugasan minggu ni aku kira aku akan kalah. jadi taklah aku risau sangat. tugasan minggu ni memerlukan aku untuk menghantar entry lawak. korang pun boleh jangka kan? memang aku akan kalah. alah, korang cuba cari dalam laman ni. ada ker entry lawak yang pernah aku buat. aku dah cari, takdak, tak guna korang cari pun.
Ntahlah, aku memang sejak kecil tak pandai buat lawak. Dunia aku sejak kecil adalah dilingkungi dengan disiplin dan ketegasan. takdak tempat untuk aku nak bergurau gurau. Ngan mak dan ayah aku pun sama jugak. takpernahlah nak gurau gurau buat buat joke. kalau aku berani buat, itu tandanya aku cari pasal nak kena luku. Membesar seperti ini mungkin bagi korang, sesuatu yang memboringkan. namun bagi aku, itulah aku, mungkin ada hikmahnya. Dan aku sendiri tidak sesal kerana apa yg aku tiada, kerana aku gembira dengan apa yang aku ada. Aku masih ada ayah dan mak untuk dikasihi. Aku sentiada lucky walaupun ada benda benda buruk dan cabaran dan masalah masalah yang datang. Masalah dtg aku boleh hadapi dengan tenang. Aku bukan seorang yang pemarah cuma pemendam sikit. sikitlah, tak banyak, tapi tetap pemendam lah. hehehe

Hm, aku heran, mungkin kerana ibu bapa sekarang memikirkan cara ibubapa mereka mendidik mereka dulu terlalu kasar dan tidak memikirkan tentang mereka, ramai para ibubapa sekarang yang memanjakan anak mereka lebih dari ibubapa dulu manjakan anak bongsu mereka. Tampar kepala, mengangkat kaki dihadapan tetamu, dan terpekik pekik di hadapan tetamu serta yang lain lain merupakan satu anugerah yang besar jika aku boleh lakukan masa aku kecik dulu.
Sampaikan ada anak yang mencuri, mak dia masih duk kata anak dia tak mencuri, anak dia baik, walaupun bukti dah ada depan mata. Kalau aku dulu, mandi sungai sudah cukup untuk mencari penyakit. Kalau bapak member aku dtg bwk rotan, bukan takat member aku jer kena sebat, ngan aku dan member lain pun kena sebat sekali. dan jika balik ngadu ngan bapak kat umah, kenalah lagi double. skrg? org sebelah cuma bagitau dan nasihat jer, siap gaduh gaduh sampai guna bomoh siam. Gila. Aku tak taulah kalau zaman aku jadi mak bapak nanti mcm mana.

Umur 60 dan 70 tahun, layakkah mereka ini untuk memimpin pertubuhan belia? ntahlah, logik asal pun, kita tahu tak layak, tapi skrg memang itulah, semua nak nama. antara nak guna untuk dapat sesuatu atau nak berniaga.
Dalam gengjurnal sendiri aku boleh lihat, ada individu yang menggunakan atas nama ahli gengjurnal untuk berniaga dalam gengjurnal. kalau dilihat blog mereka ini, bukan berupdate sangat pun. hidup tak hidup jer. kalau update pun bukan bukan. tapi untuk menggunakan komuniti ini demi mencari keuntungan walau sedikit. tiada salahnya bagi mereka. Bagi aku yang berfikiran niaga tapi kena pada tempatnya, memang aku taknak mereka ini. tapi apakan daya, komuniti ini adalah milik semua. tiada halangan untuk menjjadi ahli dan tiada halangan untuk meninggalkannya. bagi aku, keseronokan yyang dicipta orang lain tidaklah sehebat dengan keseronokan yang dicipta sendiri. tapi semua itu tiada apa. itu boleh dikira ideologi kuno yang dipegang aku. tidak layak digunakan masa skrg.

Untuk esok hinggalah ke minggu depan, aku akan berada di PICC (Gambar di atas banner) untuk membantu pihak unit ICT mereka dalam menjadi host kepada persidangan IDB 30 bermula 23-25 nanti. mungkin aku tidak akan menghantar entry untuk juring untuk minggu ni (sbb no idea) dan juring minggu depan pun rasanya idak juga sbb aku sibuk. alah mungkin minggu depan entry sedih pulak. takda apa dah. dan untuk seketika aku akan bercuti dari sebarang ektibiti GJ kecuali satu event khas yang telah dirancang lama untuk salected person.

yang lain, aku rasa takdak apa dah nak cerita sbb minggu minggu kebelakangan ni, sibuk ngan kerja jer. nak cerita kat korang pun tak boleh sbb rahsia. jadi cerita mender mender yang no value jer lah.
untuk makluman, aku skrg duk berlajar pakai tali pinggang keledar dari kanan ke kiri pulak. mungkin dlm bulan ni boleh abis dah. ok.. see ya

13.6.05

Bila kita kawin,
saya bawak awak pi honeymoon,
ada 2 pilihan


Sipadan
Image hosted by Photobucket.com
Best : Pantai dia cantik siot sayang
Risiko : Diculik

Atau Bali
Image hosted by Photobucket.com
Best : Byk tempat menarik sampai tak larat
Risiko : Dibom


agak agak, nak pilih yg mana?
kalau taknak pergi honeymoon pun tak kisah.
hehehe

7.6.05

2 hasil dari berapa?

kengkadang kita lebih menghormati orang apabila orang hormat kita, dan kita mesti menghormati seseorang untuk dia menghormati kita. kengkadang perkara ini sukar dibuat apabila setiap orang hanya tahu mencari kesalahan kita sahaja. ia hanya membuatkan amarah kita semakin membuak. Sakit hati itu tak payah cakaplah, tapi nak tak nak, kita kena hadapi. Paling sakit jiwa adalah mereka ini bercakap pasal perkara yang mereka sendiri tidak tahu sepenuhnya. hanya bercakap apa yang mereka tahu tapi bukan apa yang mereka patut tahu. contoh mudah, mereka hanya tahu 2 adalah hasil dari 1 tambah 1. tapi diorang tak tau, yang 3 tolak 1 pun jadi dua, 1 darab 2 pun jadi dua, 4 bahagi 2 pun dapat dua. Tapi mereka hanya mempertahankan 2 adalah hasil 1 tambah 1. sukar sebenarnya untuk berbicara dengan mereka selagi mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa, ada pendapat lain. sesuatu perkara apabila dibincangkan, bukan untuk memastikan siapa yang betul tetapi untuk mendapat sebanyak yang mungkin maklumat yang boleh dari masalah tu.