<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

24.12.04

alahai...

Pertikai restoran mamak gaji pekerja asing lebihi had
Saudara Pengarang,SELAKU pengusaha restoran Melayu di negara yang tercinta ini saya terpanggil bagi menyuarakan keluhan, keperitan serta kepayahan kami dalam mengendalikan restoran.
Keperitan yang amat ketara ialah untuk mendapatkan pekerja. Anak-anak tempatan tidak berminat untuk bekerja di restoran, manakala untuk mengambil pekerja asing dihadkan kepada tiga orang sahaja.
Restoran mamak nasi kandar hampir 100 peratus terdiri daripada pekerja-pekerja dari India, maka dengan ramainya pekerja import itu membolehkan mereka beroperasi 24 jam.
Pekerja-pekerja dari India sanggup bekerja lebih masa dengan gaji yang murah.
Mereka tidak perlu pulang ke rumah kerana mereka tidak punyai keluarga di sini, maka sebab itu mereka sanggup bekerja tanpa mengira masa.
Pihak berkuasa juga harus sedar dengan adanya restoran-restoran 24 jam ini juga mewujudkan gejala-gejala sosial di negara ini kerana adanya tempat-tempat lepak seperti restoran nasi kandar 24 jam yang membolehkan penjenayah serta anak-anak muda melepak.
Sebagai pengusaha restoran Melayu asli, saya amat menggeruni kehadiran restoran mamak nasi kandar 24 jam yang tumbuh bagai cendawan.
Mereka belanja berjuta-juta untuk memperhias restoran mereka bagi menarik pelanggan dengan layanan pelayan import dari India.
Restoran Melayu juga tidak dapat menandingi restoran-restoran makanan segera yang datang dari Barat yang juga tanpa sebarang kawalan tumbuh di merata-rata tempat hingga ke bandar-bandar kecil.
Saya percaya pada satu hari nanti restoran Melayu akan berkubur di negara sendiri sekiranya sesuatu tidak disekat.
Persoalannya bagaimana restoran nasi kandar mamak diberi keistimewaan melebihi had ambil pekerja asing? - PENGUSAHA RESTORAN MELAYU, Petaling Jaya.
-utusan malaysia 24/12/2004 - forum
aku tak pasti, apa masalahnya, bukan kerana kat tempat aku, hanya ada mamak jer.. yang aku nak membela mamak. tetapi masalahnya, tiada sebab untuk dipersoalkan. perlaksanaan sistem layan diri di kedai mamak pulak, aku rasa satu idea orang bodoh dan gila. nak tatang orang melayu bagai minyak yang penuh pun.. pada pada lah.. kalau nak kayakan orang melayupun, jangan nak miskinkan org lain. contoh paling mudah, datanglah ke kompleks putra harmoni, presint 9. situ ada dua kedai, satu melayu dan satu mamak. bandingkanlah.. korang pun mesti boleh banding.
Kenapa bengap sangat, sampai ke kedai mamak pun nak dijadikan isu. yang foodcourt alamanda tu..indon. yang buruh buruh binaan tu.. tak kira dahlah..
satu lagi, kompleks putra harmoni tu, dah jadi kompleks antarabangsa dah.. penuh pendatang.. bukan ke sebelum ni, dah ada syarat, pendatang tak boleh duduk dlm putrajaya. kena duduk luar, masuk bila kerja.. keluar bila dah habis kerja. sekarang nii.. abis blok putra harmoni dikongker.. kalau malam tu.. penuh pendatang pendatang kat depan 7E, tempat permainan kanak kanak.. aku tak puas hati bukanpasal apa.. muka muka nilah duk merosakkan lift. tak pernah jumpa lift agaknya..