<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

26.5.05

di mana anda buang sampah tadi?

Conf semalam ngan apai dan op telah menimbulkan isu, "Bila anda rasa bersedia untuk kawin?" dan tertiba semalam, aku tersembur satu idea.

'Jika hang dah tak membuang sampah merata rata tempat. dan itu tandanya anda telah bersedia untuk kawin'

Rasionalnya
ia soal tanggungjawab. kawin itu adalah sinonim dengan tanggungjawab. jika anda boleh bertanggungjawab kepada masyarakat sekeliling anda. buang sampah ditempat sepatutnya. tidak mengambil mudah sebarang perkara. tak buang sampah ikut suka hati. aku rasa itulah kunci kepada jawapan. antara anda boleh kawin atau tak.
bak kata OP, kalau nak tunggu duit cukup, org kerja DBKL tu, tak kawin kawinlah sampai tua.

hmm..

11.5.05

4 tahun la

11 Mei 2001 merupakan tarikh di mana entry pertama aku dalam bentuk blog terbit di internet melalui medium livejournal. Ia juga secara tidak langsung telah membuka lembaran baru dalam penggunaan internet aku sejak tahun 1996. sebelum ini banyak pada chating dan forum tetapi selepas diperkenalkan oleh Ijah. aku telah mula tertarik untuk turut serta.

Berbeza dari orang lain yang banyak mula membuka journal kerana rasa tidak puas hati, aku mula menulis journal kerana ingin turut serta bersama sekumpulan individu yang bergelar Sahabat Jurnal Malaysia. Aku kagum dengan keakraban mereka dan kemesraan yang umpama keluarga. Ia membuak buakkan aku untuk sama sama menjadi salah seorang dari mereka. untuk itu lahirlah sebuah jurnal 'Sekadar Terlintas - Yadziz' berpangkalan di livejournal.

Menggunakan livejournal memang agak sukar untuk mengubah template dia. tambahan pula, pada masa itu, penulis weblog kebanyakannya membuat website blog sendiri untuk memaparkan entry masing masing. Format 3 frame menegak adalah yang paling popular dikala itu. anda boleh melihatnya di http://akungantaro.cjb.net . Meer adalah seorang yang masih utuh dengan fahaman 3 frame nya. Aku mempunyai minat membuat web sebelum berjumpa blog lagi, maka aku gunakan kelebihan aku itu untuk turut serta untuk mewujudkan laman web sendiri. memang menyedihkanlah website aku yang awal awal. teruk nak mampus. mampus pun tak teruk macam tu.

Menulis blog dan menutup blog adalah lumrah dalam penulisan aku sejak tahun 2001. cuma pada pertengahan 2004 iaitu masuk tahun ketiga aku menulis blog, aku mula aktif, secara khususnya, sejak aku menggunakan blogspot dan menggunakan nama HANGBUAH. Atas beberapa sebab aku dah mula aktif semula, satu, aku dah abis berlajar, dua, aku dah mula berkerja, tiga, aku dah di KL, pusat aktiviti GengJurnal atau singkatannya GJ, sebuah komuniti aktiviti sosial bersifat kekeluargaan yang dahulunya dikenali sebagai Sahabat Jurnal SeMalaysia.

Kenapa HANGBUAH, nama hang buah lahir dari skrip filem Nujum Pak Belalang. bagi aku, namanya mudah tetapi kelakar. yang penting, nama itu mudah, semua orang takkan terkeliru dengan nama nama lain. Hangbuah digunakan untuk mengaburkan mata pembaca kerana aku sekarang sudah jadi pegawai pekhidmatan sebuah bahagian paling penting negara. kedua, sebb aku ingat privasi, dan ketiga sbb aku mahu wujudkan identiti baru yang mempunyai liputan tanda tanya.

Menulis weblog, akan terus dijalankan sehinggalah GengJurnal berkubur. itulah harapan aku, sbb aku menulis kerana GengJurnal, dan jika GengJurnal telah tiada, apalah ertinya lagi. GengJurnal sebuah kelompok yang terlalu hebat bagi aku. walaupun keserian semakin muram, tetapi, pengerak pengeraknya tidak pernah luntur semangat untuk terus beraktifan.

Gengjurnal adalah kelompok yang boleh maju kehadapan, segala yang ingin dirancang harus mempunyai plan tindakan dan juga cara perlaksanaan yang jelas agar ia boleh diterima. Gengjurnal boleh menjadi sebuah gergasi yang hebat di Malaysia dengan kuasa yang dipegangnya. Mirc naik dan turun dengan kadar yang terlalu cepat, forum tambahlah lagi, tetapi Jurnal/blog telah naik berperingkat peringkat. dan kerana itu, aku percaya, ia akan turun pun berperingkat peringkat. Setahun kebelakangan ini, walaupun tiada data yang sahih ditangan kita, namun kita dapat melihat perkembangan yang amat jelas dengan munculnya blog blog baru yang semakin mewarnai dunia blog. tidak dapat dipastikan bagaimana mereka boleh mula menulis blog dan dari siapa mereka kenal. Adalah menjadi suatu yang lebih memudahkan kita dan menguntungkan semua jika kita dapat adakan tinjauan rambang terhadap blog blog ini.

Inggeris atau melayu, rojak atau baku, adalah perkara perkara yang tidak boleh dikawal di dalam dunia blog. apa yang penting, penyemarakan budaya membetulkan salah tanggapan atau fahaman yang boleh menyebabkan situasi yang tidak senang harus dilakukan. kita tidak mahu, satu budaya penyampaian maklumat yang tidak benar adalah melalui medium blog, ia akan secara tidak langsung akan menconteng arang kepada kita. Media arus perdana akan cuba sehabis habisnya untuk membesarkannya jika mereka ketemunya. Dengan kuasa yang begitu meluas dalam dunia blog ini, ia seharusnya tidak terkejut jika ditakuti oleh individu individu atau kelompok kelompok tertentu. Namun demikian, bukanlah menjadi satu kesalahan dalam membicarakan isu besar jika ulasan yang diberikan adalah berasaskan pandangan peribadi tetapi janganlah memberi fakta yang tidak benar atau diragui ataupun yang ditokok tambah tanpa merujuk mana mana sumber.

Eh, macam sambut hari keputeraan pulak aku punya ucapan ni. hahahaha. dah dah lah, karang lagi panjang pulak.

selamat ulang tahun ke empat dunia blog dalam diri yadzizhangbuah.

9.5.05

3 haribulan

Dari 3 haribulan,
aku tak pijak tanah secara terus
aku tak kena panas,
aku tak sedar siang dah malam, malam dah siang
aku cuma ingat haribulan, tak tau hari ahad ker, isnin ker, selasa ker
dan paling best, satu sen aku tak kuar lagi takat sekarang

hidup aku dah umpama THE TERMINAL.
HOTEL - KLIA - HOTEL. berhubung hotel dengan KLIA pakai koridor berhawa dingin. Sesak dah nafas aku duk dalam air cond ni.

Tapi banyak yang best jugak kerja ni, Kita boleh berkerja dengan kementerian lain dengan tidak secara langsung dan jugak kita boleh kenal ramai orang baru, tanpa diorang sedar bahawa aku hanya N17. diorang semua PTD. itulah kelebihan kerja dengan istiadat ni. hahahaha


hmm.. sedar tak sedar, hari paling letih dalam bertugas kat sini setakat hari ni, adalah besday aku, thanks Ila, Kak Nett, OP, dan Webshot kerana wish hepi besday. dah makin tua aku rupanya.