Salji turun pertama kali di negara Arab
DUBAI: Buat pertama kali sepanjang ingatan sejarah, salji turun di Emiriah Arab Bersatu (UAE), negara yang dikelilingi gurun dan padang pasir.
Pegawai Jabatan Kaji Cuaca Dubai semalam menyatakan, salji melitupi pergunungan al-Jees di Ras al-Khaimah, kawasan yang terletak di negeri paling utara di UAE.
Akhbar berbahasa Inggeris, Gulf News melaporkan, kawasan pergunungan yang terletak 1,737 meter dari paras laut itu menyaksikan salji turun pada malam hari sejak dua hari lalu berikutan cuaca sejuk sehingga mencecah suhu serendah -5 darjah Celsius dan mengejutkan ramai penduduk negara ini.
Kawasan pergunungan itu bermula di UAE sehingga ke Oman dan tempat tertinggi di sesetengah tempat mencecah 2,500 hingga 3,000 meter. Isnin lalu, hujan lebat berukuran 12.6 milimeter berlaku di kawasan gurun Dubai, satu daerah yang jarang sekali menerima hujan.
_________________//

kalau korang pernah tengok movie ni, korang mesti berfikir.. masa sekarang ni.. seperti apa dlm movie tu.. aku menanti dlm tempoh 2 minggu ni untuk melihat perubahan demi perubahan.. 4 tahun selepas alaf baru.. segalanya semakin berubah..
Mangsa kebuluran
122,122 maut
Indonesia: 79,940; Sri Lanka: 27,000; India: 12,419; Thailand: 2,394; Somalia: 130; Myanmar: 90; Maldives: 69; Malaysia: 67, Tanzania: 10; Bangladesh: 2; Kenya: 1
KUALA LUMPUR: Kebuluran dan penyakit berjangkit mula mengancam mangsa tsunami di Asia ketika penghantaran bekalan makanan dan ubat mengambil masa beberapa hari sebelum sampai kepada penduduk terbabit.
Artikel satu Bharian 31/122004
Antartika Ekspedisi Solo: Ekspedisi 22 hari berjaya
KUALA LUMPUR: Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang memulakan ekspedisi untuk menjadi wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo 8 Disember lalu, berjaya melepasi garisan penamat di Hercules Inlet pada jam 10.45 malam kelmarin.
kredit to http://kroni.biz/nordin
SETUJU!!
AMAT AMAT SETUJU!!
KAMI MENYOKONGNYA!!!
PETISYEN UNTUK TOKRIMAU KEKAL SBG PRESIDEN GENGJURNAL

Penderitaan mangsa ribut tsunami bukan sekadar untuk ditatapi dengan kesedihan sahaja.. kami di pihak GengJurnal mengalu-alukan sumbangan anda semua untuk meringankan penderitaan mangsa mangsa tersebut. Hulurkan sumbangan anda semua kepada Maybank Mercy 562179504126. sumbangan walau hanya seringgit jika kita semua menderma, ia akan mencukupi jua untuk pihak mercy menghulurkan bantuan. Bagi yang ingin menyumbang dengan cek boleh menghubungi Tabung Utusan di 03-92221735 atau Tabung Nst-Bh-Tv3-8Tv di 03-22822323. Di atas sumbangan anda semua, kami di pihak Geng Jurnal tunduk hormat tanda penghargaan dan terima kasih.
Gath kelmarin, banyak orang puas hati, apa bila orang puas hati.. aku jadi lega hati.. walaupun sekadar memainkan peranan yang hanya sedikit, namun terasa bebanan turut akan terasa. aku kalau buat program masa kolej dulu, mesti ada menda yang tak kena.. dan selalunya aku buat sorang diri jer.. kali ni.. lega rasanya, semua orang ambik port masing masing. nd dan kengkawan dah prepare dewann petang sabtu. datang ramai ramai kemas.. akurasa diorang abis kurang 2 jam untuk kemas dewan tu, kalau ada 7 orang.. kalau kurang orang.. lagi lama rasanya. mesti penat gila. kak nett pulak, selepas buku telah disiapkan oleh op yang menyusun buku buku (dan jugak banyak menolong terutama dlm bab promosi dan menjadi duta kepada gath kali ni..), giliran kak nett pulak untuk fotostat, nasib malang, fotostat rosak.. kena fotostat kedai. nasib baik kak nett kenyit mata ngan mamak kedai tu.. dapat jugak siap awal fotostat tu.. kalau tidak.. mau isnin baru dapat. amyz pulak kena print tag nama. nida pulak kena liminate.. walaupun akhirnya tak limate.. tapi. nida kena buat tambahan beberapa tag untuk beberapa orang yg last kompom. tipah pulak kena buat doorgift budak budak.. walapun awalnya rasa lebih.. tapi akhirnya, tak cukup pulak..
aku takut sebenarnya, untuk buat report cam ni.. takut tak tersebut nama.. risau sangat.. takut ada yang terasa.. aku cuba ingat.. tapi kalau tak buat report pulak.. kang kena bambu pulak.. terima kasih aku rakamkan kepada semua penaja penaja.. dan terima kasih jugak kepada tangan tangan belakang yang menghulur tanpa kesedaran pihak penganjur yang lain. aku rakamkan jutaan terima kasih.. aku akan ingatinya, you all the best.. saya akan sentiasa padang tinggi kepada anda semua. penaja penaja anugerah.. pada aku, terlalu bermurah hati.. aku risau sebenarnya, dengan kadar rm55 untuk anugerah tu.. takut terlalu membebankan.. tetapi alhamdulillah.. ada yang telah beri lebih.. tak sangka aku.. hadiah pulak semua best best..
dikesempatan ini, aku ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua, aku hanya sempat hantaq sms pada mereka yang aku ada no telefon jer. terima kasih.. terima kasih.. terima kasih semua.. terima kasih kerana menjadikan gath kali ini terlalu teratur dan berjaya.
kepada kak nett.. saya punya partner.. terima kasih.. kita telah berjaya.. hahaha.. kita tak rugi.. kita tak rugi kak nett.. hutang semua setel kak nett.. duit gj pun kita tak sentuh kak nett.. ish.. kita berjaya kak nett.. syukurnya..
kepada semua yg hadir.. terima kasih sbb kesudian korang semua untuk hadir.. ada wajah wajah yang aku dengar sebelum ni,, mengalami beberapa kesusahan untuk hadir.. tetapi muncul jua.. komitmen anda semua terlalu hebat.. kepada orang orang yang baru join.. terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada kami.. terima kasih semua.. terima kasih.. maaf sbb aku tak bertegur dengan korang semua.. aku ni pemalu orang nyer.. betul.. aku ni pemalu.. tak tipu.. hehehe.. terima kasih semua.. terima kasih.. dan terima kasih terakhir aku adalah kepada bos aku.. kerana pada pagi yang indah ini.. dia tidak membebel membebel membebel. sbb aku tak dapat buat overtime 2 hari turut turut.. nasib baik.. indah sungguh pagi.. you are the best bos.. hahaha..
kepada semua, saya dimaklumkan.. kita dah takdak aktiviti selepas ini sehinggalah selepas pilihanraya gj pulak. jadi,.. berehatlah kejab.. tapi dengar dengar kata.. ada ajk yang nak buat jugak bowling.. tak puas hati.. nak main jugak.. hahaha.. tengoklah.. kalau aku boleh join.. aku join..
akhir sekali.. terima kasih malaysia.. hehehe
**tambahan - takziah aku ucapankan kepada semua mereka yang kehilangan keluarga tersayang akibat gempa bumi di indonesia dan kejadian ombak besar yang berlaku kelmarin.. keadaan terlalu sibuk membuatkan kami tidak terasa. al-fatihah
Saudara Pengarang,SELAKU pengusaha restoran Melayu di negara yang tercinta ini saya terpanggil bagi menyuarakan keluhan, keperitan serta kepayahan kami dalam mengendalikan restoran.
Keperitan yang amat ketara ialah untuk mendapatkan pekerja. Anak-anak tempatan tidak berminat untuk bekerja di restoran, manakala untuk mengambil pekerja asing dihadkan kepada tiga orang sahaja.
Restoran mamak nasi kandar hampir 100 peratus terdiri daripada pekerja-pekerja dari India, maka dengan ramainya pekerja import itu membolehkan mereka beroperasi 24 jam.
Pekerja-pekerja dari India sanggup bekerja lebih masa dengan gaji yang murah.
Mereka tidak perlu pulang ke rumah kerana mereka tidak punyai keluarga di sini, maka sebab itu mereka sanggup bekerja tanpa mengira masa.
Pihak berkuasa juga harus sedar dengan adanya restoran-restoran 24 jam ini juga mewujudkan gejala-gejala sosial di negara ini kerana adanya tempat-tempat lepak seperti restoran nasi kandar 24 jam yang membolehkan penjenayah serta anak-anak muda melepak.
Sebagai pengusaha restoran Melayu asli, saya amat menggeruni kehadiran restoran mamak nasi kandar 24 jam yang tumbuh bagai cendawan.
Mereka belanja berjuta-juta untuk memperhias restoran mereka bagi menarik pelanggan dengan layanan pelayan import dari India.
Restoran Melayu juga tidak dapat menandingi restoran-restoran makanan segera yang datang dari Barat yang juga tanpa sebarang kawalan tumbuh di merata-rata tempat hingga ke bandar-bandar kecil.
Saya percaya pada satu hari nanti restoran Melayu akan berkubur di negara sendiri sekiranya sesuatu tidak disekat.
Persoalannya bagaimana restoran nasi kandar mamak diberi keistimewaan melebihi had ambil pekerja asing? - PENGUSAHA RESTORAN MELAYU, Petaling Jaya.

bukan tak mahu,
tetapi tak mampu,
untuk dekat itu,
bukan takut, tetapi tak mampu
untuk jauh,
bukan payah, tetapi tak mampu,
berada dipersimpangan
bukan pintaku,
berpijak hanya di situ,
aku mati,
ke kiri, tak mampu,
ke kanan, tak mampu.
cahaya di bawah,
gelap di atas,
jangan jadikan kegelapan di atas,
kegelapan di bawah,
teruskan dengan sedikit cahaya itu,
nescaya,
baik balasannya.
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO akan membalas tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Barisan Nasional (BN) menggunakan wang untuk memenangi pilihan raya umum lalu melalui gerakan politik walaupun mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana tuduhan Menteri Besar Kelantan itu adalah kenyataan yang berunsur politik disebabkan parti itu sudah ketandusan isu yang boleh dieksploitasi.
``Walaupun mempunyai pilihan untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan sivil berkaitan fitnah, kita anggap kenyataan itu adalah berunsur politik.
``Exco Pemuda hari ini sebulat suara mengambil pendirian kenyataan politik sedemikian memerlukan tindakan politik terutama bagi Pemuda Kelantan,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang enggan menarik balik tuduhannya bahawa BN menggunakan wang untuk memenangi pilihan raya umum lalu.
Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu terkandung dalam laporan temu bual beliau dengan New Sunday Times kelmarin.
Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin kelmarin memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz supaya menarik balik tuduhan itu selewat-lewatnya Rabu ini atau menghadapi tindakan termasuk undang-undang.
Menurut Hishammuddin, kenyataan Nik Abdul Aziz itu tidak masuk akal dan banyak berkisar kepada usaha untuk menjaga kepentingan politik Pas.
``Tidak mungkin begitu ramai yang mengundi kita semuanya dibeli. Jika sekiranya mereka (Pas) ada bukti calon-calon kita membeli pengundi, bukan setakat kenyataan tetapi mereka akan membawa perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke mahkamah,'' katanya.
Sebaliknya beliau mempersoalkan kenapa Pas membangkitkan soal itu selepas pilihan raya umum berlalu beberapa bulan lamanya.
``Saya tengok mereka ketandusan isu dan apa yang digembar-gemburkan adalah untuk memastikan isu itu dapat eksploitasi dan disebut-sebut oleh orang ramai.
``Saya mengingatkan Pas, ramai di kalangan pengundi pada pilihan raya umum lalu adalah golongan pengundi muda dan mereka sudah cerdik dan boleh menilai mana kenyataan yang berunsur politik dan yang mempunyai asas,'' katanya.
Justeru Hishammuddin menegaskan, pihaknya telah mengarahkan Pemuda turun padang bagi menggerakkan satu gelombang politik bersama-sama pimpinan UMNO negeri bagi menerangkan perkara tersebut kepada rakyat.

bak kata utusan , "perlis juara bertuah". bak kata kak pnut "perlis menang bukan sebagai anak jantan". hmm.. nak taknak.. aku perlu setuju. dlm pemerhatian aku sepanjang 90 minit lebih tu.. di stadium dengan tiket free.. aku perhatikan, kedah sepatutnya menang.. tetapi mungkin diorang takdak luck malam tu. rezki bukan ditangan mereka. perlis pulak, aku rasa mcm nak masuk padang jer.. sekeh sekor sekor.. main lagi teruk dari budak sekolah rendah main. nasib baik menang.. taklah orang mengata sangat. kalau gini main.. jatuh standard piala malaysia.
kelmarin, keluar umah dari kul 8 pagi, 12 malam baru sampai umah balik. pi setel bab gath genting kaynet, aku tak jadi pi sebb aku nak pi kenduri umah mie. kendian pi meraya kat umah tuanpresiden mak idam ngan tuan spyz. kendian makan makan kat kg. baru walaupun aku tak makan pun. T_T dan akhirnya.. hantaq purbe ngan Mj ke Pudu. dan akhir sekali, kak lang hantaq pi stesen bandar tasik selatan.
penat tapi seronok. puas hati betul. puas hati lagi dari tak boleh pi genting.
hari ni dah raya yang ke 20. tetapi openhouse masih lagi belum reda malah makin menjadi jadi.. hari ni jer ada 4 openhouse. esok, sambutan raya peringkat bahagian aku. makan jer aku minggu nii.. alhamdulillah, time time aku tengah sengkek nii.. banyak pulak rezeki makan masuk.
minggu lepas masa aku buat pemeriksaan kesihatan, berat aku turun pada 48 dengan tinggi 181. aku nyer BMI jatuh pada 14.9 dari para normal 18. aku perlu berat sekurang kurangnya 68. lemak aku hanya 5% dari 25% lemak perlu untuk individu lelaki. errrkk.. seksanya.. susah betul nak naik berat badan nii.. tapi ada satu ayat yang nurrse tu cakap yang aku rasa lega hati..
"dah kawin?"
"belum :D"
"ada peluang lagi nak naik berat badan"
ooo.. nasib baik aku kurus sebelum kawin.. nanti lepas kawin, normallah.. kesian yang normal sekarang.. lepaih kawin mesti boroi.. alhamdulillah.. syukur aku.. :D