<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

7.10.04

Minggu Mencabar

Minggu nii penuh mencabar.. dari cabar proses cabar mencabar kepada kata pemutus.. semuanya mungkin berpunca dari harga minyak naik menyebabkan banyak yang dah naik minyak. mungkin selepas ini harga langganan internet pulak yang naik?
"Ada logiknya harga langganan internet naik sebab harga petrol naik. Memang tersangat logik. Sesungguhnya tidak ada satu barang/produk yg tidak patut naik bila harga petrol naik, kecuali gaji" MBA
hahaha.. yer.. gaji memang tak naik.. bonus aku tahun nii pun.. RM250 jer.. yerlah.. dah baru kerja :D..
minggu nii seingat aku ada beberapa perkara, satu pasal harga minyak naiklah.. Pak Lah dlm perhimpunan bulanan mintak EPU buat report. EPU kata.. kalau nak tahap perkembangan ok.. memang betullah yang dibuat tu.. kata epu..
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu mengurangkan beban kewangan itu supaya projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diteruskan.
``Sekiranya subsidi terlalu besar, ia mungkin terpaksa mengurangkan perbelanjaan dalam sektor-sektor yang penting untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat,'' jelasnya.
bagi aku.. dapat bina sekolah banyak banyak pun.. kalau mak bapak nak beli buku, baju sekolah dan pensel pun dah tak cukup atau tak boleh langsung sbb semua naik harga.. tarak guna jugak.. kenapa? penting sangatkah peningkatan ekonomi sebanyak 5% tu.. adakah kerana ia adalah harapan Pak Lah.. ia menjadi terlalu penting.. bagaimana jika inflasi pula nanti akan memberi kesan pulak kepada ekonomi nanti.. tidakkah cacat..? takyah cakaplah.. gena gena pun.. bila minyak naik harga.. barang lain pun semua akan naik harga.. apa? ingat angkut ayam dari seremban pi KL tu.. pakai kereta lembu?? angkut sayur dari cameron tu.. pakai tali..?? nak salahkan peniaga pun tak boleh.. memang betul pun.. lepaih nii.. tak taulah.. tol pulak kot nak naik.. nak masuk tahun baru nii.. nasib baiklah aku takdak keta.. tapi.. gena gena pun.. nanti tambang bas ekspress pun naik jugak.. dah tol naik.. minyak naik.. apa cerita nii mamak??
alamak.. sebut pasal bas nii.. tiket bas aku dengar dah nak abis.. aku nak balik 10hb.. transnasional dengar kata dah habis.. aku kena cari nii.. minggu depan balik kampung start posa kat kampung.. sambil tu boleh beli tiket bila habis raya nanti nak balik kerja.. kang.. tak dapat tiket pulak.. mampus aku.. kena bambu..