<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

26.7.05

Audio Baru - Taaruf

http://www.acidplanet.com/artist.asp?songs=399957&T=8777
INI ADALAH RAKAMAN PERIBADI SEMASA DIABLOG 3
sila ke sana.. daftarlah.. free jer.. aku kena promosi sikit..
dia dah tolong aku untuk kasi korang dengar..
ada beberapa yang menarik arini.
1. kenyataan Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik berkenaan DEB. menarik sebenarnya apa yang dia katakan dalam 2 3 ketika ni. Dia semakin berbisa. OMNO menghasratkan DEB baru. manakala kaum cina khususnya. dilihat seperti menentang. tapi bila dilihat juga, aku seperti termakan kata kata Dato' Seri. Benar juga katanya, kenapa 30% ekuiti bumiputra sukar dicapai dan asyik turun naik sahaja. Alasan seperti yang diberi seorang menteri bahawa ia disebabkan kaum lain tidak membantu adalah tidak begitu bagus bagi aku.. ia seperti cuma melepaskan tanggungjawap. kontrak bukan main banyak. sana kouta sini kouta. tapi kenapa masih belum mampu bersaing. mungkin aku boleh letakkan kesalahan itu pada Ali dan Baba. Mungkin juga aku boleh letak kesalahan itu pada pemimpin yang dibekalkan wang oleh pengurus swasta masa pengundian untuk digunakan menarik undi. Perjuang melayu ada 2, (1) mengunakan nama pejuang melayu dan isu melayu untuk menjadi juara dan (2) pejuang melayu yang sejati.
2. Isu AP. isu AP masa perhimpunan UMNO telah disalah erti. Semua salahkan Dato' Seri Ra*idah berkenaan isu tersebut. Aku sependapat dengan beberapa pendapat dalam utusan hari ini. tak kisahlah diorang dapat berapa banyak AP. ribu ribu pun. sbb diorang usaha dapatkan kontrak untuk mengedarkan tu. isunya adalah, kenapa proton tak mampu bersaing dan kenapa Naza Ria diiktiraf sbg kereta Nasional sedangkan kompenan tempatan dia berapa peratus sangat dan tak sampai 50% pun. Naza ria setahu aku sblm tu adalah kia karnival. dan juga, isu mendesak kerajaan melalui pihak kastam supaya lebih berwaspada dengan kegiatan mengiisytiharkan kereta yang dibawa masuk dengan harga yang murah.

3. yang ketiga adalah isu mengkorporatkan GJ. isu antara sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan menuju ke pertubuhan yang berasaskan keuntungan. isunya mudah.
(a) terdapat beberapa individu dalam Gj yang menggunakan Gj untuk mendapatkan pendapatan. saya fikir tidak salah. tetapi yang agak membimbangkan individu2 ini, selalunya pada perinkat akhir akan mengatakan tak cukup budjetlah, kos tinggi lah. kena naik yuranlah. dan akhirnya, bukan GJ yang dpt untung tapi Gj kena tambah duit.
(b) aktiviti penting seperti gathering tahunan yang objektif utamanya adalah Kehadiran seramai mungkin ahli adalah perlu untuk memastikan jumlah kehadiran ahli adalah semaksimum mungkin. Fahaman "siapa ada duit, dia datang, siapa takdak, sorilah" tidak boleh digunakan.
(c) aktiviti aktiviti sampingan seperti kamping, baju dan sebagainya boleh dijalankan kerana ia bukan satu aktiviti yang utama bagi gengjurnal.
(d) bagi individu yang ingin menjalankan perniagaan menggunakan ahli geng jurnal. bagi aku takdak masalah dengan mengadakan atas nama geng lain.