<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

27.7.05

Sekian

Saudara Pengarang,
SAYA merujuk pada tulisan Azhan Jusoh dari Sri Damansara, Selangor yang bertajuk “Rimas gelagat masyarakat minat persoal isu picisan” yang disiarkan dalam forum Utusan Malaysia ini pada 27 Julai 2005 yang menyentuh soal kewujudan begitu banyak blog-blog berkenaan isu pecisan terutamanya Akademi Fantasia dari kalangan penulis melayu.
Saya selaku Ahli Jawatankuasa sebuah komuniti blog yang majoritinya melayu merasa agak terkilan dengan kenyataan tersebut. Dari lebih 5000 blog yang wujud di Malaysia dan separuh darinya menjadi ahli komuniti kami, tidak sampai 5% darinya menulis soal isu isu pecisan seperti Akademi Fantasia dan realiti TV yang lain. Kebanyakan dari penulis-penulis blog lebih gemar menceritakan soal masalah, pengalaman dan pandangan mereka untuk dikongsi bersama rakan lain yang juga boleh menjadi sebuah bentuk terapi dan kepuasan kepada penulis tersebut. Terdapat juga blog blog yang mengupas soal isu semasa berasaskan fakta sebenar yang diperolehi dari akhbar pilihan utama seperti Utusan Malaysia dan laporan-laporan dari laman rasmi kerajaan. Malah, idea-idea yang dilontarkan oleh mereka berkenaan isu tersebut amatlah menarik jika mampu diperkembangkan lagi.
Dunia Blog di Malaysia telah meluas, malah turut dijadikan satu bentuk pengajaran oleh beberapa pensyarah universiti kepada para pelajar mereka.
Jika Encik Azhan Jusoh hanya melawat laman laman peminat Akademi Fantasia ini, maka isu isu berkaitan sahajalah yang dapat dibaca. Perumpamaan yang mudah seperti pernah diungkap di dalam sebuah blog, 'kalau ingin mencari teman yang suka membaca, pergilah ke perpustakaan, kalau ingin yang beriman, pergilah ke masjid. Bukannya ingin mencari yang suka memancing, pergi ke Disko". NESTUM AIS, Putrajaya