Sekian
Saudara Pengarang,
SAYA merujuk pada tulisan Azhan Jusoh dari Sri Damansara, Selangor yang bertajuk “Rimas gelagat masyarakat minat persoal isu picisan” yang disiarkan dalam forum Utusan Malaysia ini pada 27 Julai 2005 yang menyentuh soal kewujudan begitu banyak blog-blog berkenaan isu pecisan terutamanya Akademi Fantasia dari kalangan penulis melayu.
Saya selaku Ahli Jawatankuasa sebuah komuniti blog yang majoritinya melayu merasa agak terkilan dengan kenyataan tersebut. Dari lebih 5000 blog yang wujud di Malaysia dan separuh darinya menjadi ahli komuniti kami, tidak sampai 5% darinya menulis soal isu isu pecisan seperti Akademi Fantasia dan realiti TV yang lain. Kebanyakan dari penulis-penulis blog lebih gemar menceritakan soal masalah, pengalaman dan pandangan mereka untuk dikongsi bersama rakan lain yang juga boleh menjadi sebuah bentuk terapi dan kepuasan kepada penulis tersebut. Terdapat juga blog blog yang mengupas soal isu semasa berasaskan fakta sebenar yang diperolehi dari akhbar pilihan utama seperti Utusan Malaysia dan laporan-laporan dari laman rasmi kerajaan. Malah, idea-idea yang dilontarkan oleh mereka berkenaan isu tersebut amatlah menarik jika mampu diperkembangkan lagi.
Dunia Blog di Malaysia telah meluas, malah turut dijadikan satu bentuk pengajaran oleh beberapa pensyarah universiti kepada para pelajar mereka.
Jika Encik Azhan Jusoh hanya melawat laman laman peminat Akademi Fantasia ini, maka isu isu berkaitan sahajalah yang dapat dibaca. Perumpamaan yang mudah seperti pernah diungkap di dalam sebuah blog, 'kalau ingin mencari teman yang suka membaca, pergilah ke perpustakaan, kalau ingin yang beriman, pergilah ke masjid. Bukannya ingin mencari yang suka memancing, pergi ke Disko". NESTUM AIS, Putrajaya
Audio Baru - Taaruf
INI ADALAH RAKAMAN PERIBADI SEMASA DIABLOG 3
sila ke sana.. daftarlah.. free jer.. aku kena promosi sikit..
dia dah tolong aku untuk kasi korang dengar..
ada beberapa yang menarik arini.
1. kenyataan Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik berkenaan DEB. menarik sebenarnya apa yang dia katakan dalam 2 3 ketika ni. Dia semakin berbisa. OMNO menghasratkan DEB baru. manakala kaum cina khususnya. dilihat seperti menentang. tapi bila dilihat juga, aku seperti termakan kata kata Dato' Seri. Benar juga katanya, kenapa 30% ekuiti bumiputra sukar dicapai dan asyik turun naik sahaja. Alasan seperti yang diberi seorang menteri bahawa ia disebabkan kaum lain tidak membantu adalah tidak begitu bagus bagi aku.. ia seperti cuma melepaskan tanggungjawap. kontrak bukan main banyak. sana kouta sini kouta. tapi kenapa masih belum mampu bersaing. mungkin aku boleh letakkan kesalahan itu pada Ali dan Baba. Mungkin juga aku boleh letak kesalahan itu pada pemimpin yang dibekalkan wang oleh pengurus swasta masa pengundian untuk digunakan menarik undi. Perjuang melayu ada 2, (1) mengunakan nama pejuang melayu dan isu melayu untuk menjadi juara dan (2) pejuang melayu yang sejati.
2. Isu AP. isu AP masa perhimpunan UMNO telah disalah erti. Semua salahkan Dato' Seri Ra*idah berkenaan isu tersebut. Aku sependapat dengan beberapa pendapat dalam utusan hari ini. tak kisahlah diorang dapat berapa banyak AP. ribu ribu pun. sbb diorang usaha dapatkan kontrak untuk mengedarkan tu. isunya adalah, kenapa proton tak mampu bersaing dan kenapa Naza Ria diiktiraf sbg kereta Nasional sedangkan kompenan tempatan dia berapa peratus sangat dan tak sampai 50% pun. Naza ria setahu aku sblm tu adalah kia karnival. dan juga, isu mendesak kerajaan melalui pihak kastam supaya lebih berwaspada dengan kegiatan mengiisytiharkan kereta yang dibawa masuk dengan harga yang murah.
3. yang ketiga adalah isu mengkorporatkan GJ. isu antara sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan menuju ke pertubuhan yang berasaskan keuntungan. isunya mudah.
(a) terdapat beberapa individu dalam Gj yang menggunakan Gj untuk mendapatkan pendapatan. saya fikir tidak salah. tetapi yang agak membimbangkan individu2 ini, selalunya pada perinkat akhir akan mengatakan tak cukup budjetlah, kos tinggi lah. kena naik yuranlah. dan akhirnya, bukan GJ yang dpt untung tapi Gj kena tambah duit.
(b) aktiviti penting seperti gathering tahunan yang objektif utamanya adalah Kehadiran seramai mungkin ahli adalah perlu untuk memastikan jumlah kehadiran ahli adalah semaksimum mungkin. Fahaman "siapa ada duit, dia datang, siapa takdak, sorilah" tidak boleh digunakan.
(c) aktiviti aktiviti sampingan seperti kamping, baju dan sebagainya boleh dijalankan kerana ia bukan satu aktiviti yang utama bagi gengjurnal.
(d) bagi individu yang ingin menjalankan perniagaan menggunakan ahli geng jurnal. bagi aku takdak masalah dengan mengadakan atas nama geng lain.
Arkib 13 Julai 2005 - Kurekure - Yadziz
yadziz : bab tercicir tu?
yadziz : hmm.. bagi aku mudah jer.
kurekuresakti : yup
kurekuresakti : mudah?
yadziz : U masih banyak tu..
yadziz : bagitau aku.. berapa ramai dapat 10A?
kurekuresakti : erkk
kurekuresakti : aku tak pasti
kurekuresakti : tapi cam ramai je
yadziz : yang dapat A dalam satu saja subjek saja pun.. dah sama dengan jumlah kemasukkan ke Universiti
yadziz : ini pulak dengan cukup syarat (kredit beberapa subjek
yadziz : kredit C kan?
kurekuresakti : then penyelesaian ko camne?
kurekuresakti : isk mane aku tau sistem skarang
yadziz : mereka terpaksa ke IPTS
kurekuresakti : zaman aku pakai aggregat lagi
yadziz : zaman aku pakai agregat
yadziz : masalahnya skrg..
yadziz : konflik amat besar.
yadziz : PTPTN hanya memberi pinjaman pada subjek kritikal..
yadziz : jangan dikisah yang tak dpt masuk U tu..
yadziz : yang dpt masuk U pun belum tentu boleh abis siap ijazah
kurekuresakti : tu aaa
kurekuresakti : ptptn dah kurang
kurekuresakti : pinjaman dah kurang
kurekuresakti : as if dorongan dah kurang
kurekuresakti : aku risau bangse sendri je skarang
yadziz : nothing we can do.
yadziz : selagi dasar kerajaan begitu.
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : ade pihak nak lawan kan
yadziz : kita mungkin boleh selamatkan anak anak kita.
kurekuresakti : cam umno johor
yadziz : dengan skim pendidikan. simpan dari anak kecik lagi.
yadziz : tapi itu 10 tahun lagi, baru ok
kurekuresakti : takkan suara derang tak nak dengar kot
yadziz : skarang tak..
kurekuresakti : tu laa
kurekuresakti : sementara ni
kurekuresakti : UMNO kene tolong melayu
yadziz : masalahnya umno johor pertikai mirotokrasi
kurekuresakti : tu sebab wujud nye UMNO
yadziz : masalahnya..
kurekuresakti : tok orang melayu
yadziz : mitokrasi is OK.
yadziz : for me.
yadziz : macam shafie kata..
yadziz : kita mesti level up kan standard student kita..
yadziz : masalahnya..
yadziz : bab duit..
yadziz : bangsa kita masih lagi kelas pertengaha..
yadziz : tak mampu lagi nak bayar yuran mahal mahal
yadziz : bab masuk kolej ker U.
yadziz : itu takdak masalah.. kolej banyak.
yadziz : the point at here. is MONEY
kurekuresakti : so maksod ko
kurekuresakti : kite maintain meritokrasi
kurekuresakti : tapi naik kan bantuan?
yadziz : yes..
yadziz : meritokrasi is ok
yadziz : but..
yadziz : bab pinjaman..
yadziz : PTPTN tak boleh main lepas tangan
kurekuresakti : hmmm
yadziz : MARA tak boleh lepas tangan
kurekuresakti : bagus gak point ko
yadziz : peruntukan 300juta yang dipohon untuk bantuan pada pelajar IPTS tu..
yadziz : patut lulus
kurekuresakti : dasar meritokrasi untuk semua orang
kurekuresakti : tapi untuk melayu pinjaman lebih
kurekuresakti : same cam MIC ngan MCA bagi pinjaman kat bangse derang
kurekuresakti : yup yup
kurekuresakti : good idea
yadziz : aku tak setuju, kita nak manja bangsa untuk mudah masuk U..
yadziz : itu yang buat banyak yang lemak bila dah masuk U
yadziz : yang penting.. MAK BAPAK penoreh getah, peneroka..
yadziz : tidak dibeban lagi untuk membesarkan anak anak
yadziz : penubuhan Bank Pendidikan satu idea yang bagus..
kurekuresakti : hmmm
kurekuresakti : yup
kurekuresakti : maybe
kurekuresakti : tapi tu laa
kurekuresakti : camne nak bentuk satu bangse yang ok
kurekuresakti : i mean
kurekuresakti : yang leh come better off dari bangsa lain
kurekuresakti : tanah melayu tanah kita
yadziz : hmm..
yadziz : masalah tu.. asalnya dari rumah.
yadziz : bagi aku sistem pendidikan malaysia perlu diubah
yadziz : bangsa kita lemah cuma kerana..
yadziz : malas berfikir..
yadziz : itu saja sbb bangsa kita lemah
yadziz : kita kita mampu untuk mengerakkan bangsa kita berfikir
yadziz : itu sudah bagus.
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : yup yup
yadziz : aku pernah kuarkan statment.. siapa yang tak membuang sampah merata rata tempat lagi.. baru layak untuk kawin dan menanggung tanggungjawap sbg suami
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : camne ek nak cakap
kurekuresakti : aku kengkadang risau
kurekuresakti : bagi aku
kurekuresakti : walaupon orang dok kate UMNO corrupt and sume
kurekuresakti : and aku tau mmg ade mende camtu dalam UMNO
kurekuresakti : bagi aku UMNO mmg jalankan tugas yang bagus tok negara
kurekuresakti : just aku risau
kurekuresakti : pada negara mungkin bagus
kurekuresakti : tapi asas menubuhan UMNO
kurekuresakti : menegakkan bangsa melayu tu
kurekuresakti : cam kurang usaha nya
yadziz : UMNO memang corrup
yadziz : tapi takpa umno dan mahathir.
yadziz : kita masih belum ada bangunan lebih dari 6 tingkat
yadziz : cuma masalahnya,
yadziz : masa pembangunan yang rancak..
yadziz : kita telah terlupa..
yadziz : selected people mampu untuk mengikut rentak
yadziz : dan yang tak mampu..
yadziz : terus tetinggal
kurekuresakti : tu pasal aku cakap
kurekuresakti : tok negara mmg bagus
yadziz : masalahnya..
kurekuresakti : tok bangsa masih kurang
yadziz : bangsa lain..
yadziz : pemikiran mereka telah kukuh sebelum mereka meningkat n aik
yadziz : kita punya pemikiran.. masih lemah.
yadziz : orang melayu tak malas buat kerja..
yadziz : orang melayu malas berfikir..
yadziz : puncanya..
yadziz : sistem pendidikan
yadziz : sistem suapan
yadziz : suap suap suap dan suap
yadziz : itu puncanya
yadziz : kita punya sistem pendidikan tidak disesuaikan dengan bangsa kita..
yadziz : ia disesuaikan hanya pada teori barat
kurekuresakti : yup yup
kurekuresakti : tu yang kene ubah
yadziz : tapi masalahnya..
yadziz : kerajaan hanya tau berkata.. sistem kita terbaik..
yadziz : diiktiraf dunia
yadziz : lihatlah ada ramai 17A
yadziz : 10A
yadziz : A A A A
yadziz : bagi aku..
yadziz : jika ada ramai boleh dapat A
yadziz : itu tandanya.. sistem kita lemah..
yadziz : sbb banyak yang boleh menang
yadziz : jika hang buat permainan..
yadziz : permainan tu terbaik jika tak ramai yang boleh sampai ke akhir..
yadziz : atau bagaimana?
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : yup betol kate ko
kurekuresakti : but then again
kurekuresakti : bukan mudah nak tukar the whole system
kurekuresakti : timbul plak masalah lain
kurekuresakti : kire nye kemasokan dalam uni makin susah
yadziz : dan jadilah macam tikus baiki labu.. baiki sana baiki sini..
kurekuresakti : atau just memerlukan level yang rendah
yadziz : masalahnya.. kemasukan ke U ok..
yadziz : macam aku kata tadi..
yadziz : masuk U.. 5 kredit
yadziz : hampir 3/4 ada sekurang kurangnya 3 kredit
yadziz : tapi kita ada 1/4 yang ada 5 A
yadziz : mcm mana tu..
yadziz : adil atau tak pada yang dpt 5 kredit
yadziz : sistem pendidikan jika benar pelajar sekarang telah pandai..
yadziz : ok fine..
yadziz : budak darjah 1 dan 2 berlajar mengira dan kenal A B C
yadziz : sedangkan masa tadika diorang dah belajar
yadziz : jadi buat apa lagi nak belajar
yadziz : kalau betul semua dah pandai..
yadziz : benda yang budak STP berlajar tu.. suh budak SPM belajar.
yadziz : kita menaikkan taraf SPM tu sendiri
kurekuresakti : hmmm
yadziz : skrgSPM pun takleh ari makan..
yadziz : paling kurang STP
kurekuresakti : yup
kurekuresakti : tapi basically level stpm
kurekuresakti : lagi lagi sains
kurekuresakti : terlampau tinggi
yadziz : dah tu orang luar siap boleh belajar calculus lagi masa diorang umur 16tahun..
yadziz : aku pernah jumpa exchage student dari jerman
yadziz : diorang berlajar 15 subjek..
yadziz : sedangkan umur 16 tahun baru
yadziz : dah berlajar sama taraf ngan diploma kita kat sini
yadziz : bagi aku.. kita harus pertingkatkan tahap sistem pendidikan kita..
yadziz : aku tak suka bila baca ramai yang dapat semua A dlm exam..
yadziz : sbb berita ramai yang takkan dpt masuk U akan muncul
yadziz : atau.. jika tak mahu laksanakan semuanya..
yadziz : laksana spt Kolej Yayasan Saad
yadziz : asingkan pelajar yang terlebih pandai ni..
yadziz : di satu sekolah..
yadziz : masa PMR diorang belajar SPM..
yadziz : masa SPM diorang belajar Diploma
yadziz : pahtu export ke luar untuk study
yadziz : hahaa..
kurekuresakti : huhu
yadziz : kan aku dah start dah..
kurekuresakti : betol betol
kurekuresakti : takpe
yadziz :
kurekuresakti : bagus gak
kurekuresakti : banyak dapat idea
kurekuresakti : anyway thanks
kurekuresakti : banyak lagi info aku nak carik ni
kurekuresakti : idea idea orang
yadziz : aku bab memaban nii memang pakar..