<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

24.8.05

hmm..

Senjata RM2.8 bilion dijual ke Singapura

WASHINGTON 22 Ogos - Pentagon memaklumkan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam mengenai kemungkinan penjualan senjata, kemudahan logistik dan latihan kepada Singapura yang bernilai AS$741 juta (RM2.8 bilion).

Penjualan tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian penjualan pesawat pejuang F-15 di antara kedua-dua negara terbabit.

Agensi Kerjasama dan Pertahanan Keselamatan dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa cadangan penjualan AS itu merangkumi peluru berpandu supersonik udara dan bom kawalan satelit.

Selain itu, ia juga merangkumi penjualan 200 peluru berpandu jarak sederhana model 120 C (AMRAAM), 50 senjata jenis Joint Direct Attack Munitions (JDAMs) dan 30 AGM 154A-1 Joint Standoff Weapons masing-masing dengan keberatan 500 paun (227 kilogram peledak), 30 AGM 154C Joint Standoff Weapons serta 200 AIM 9X Peluru Sidewinder.

``Cadangan AS untuk menjual senjata sedemikian bukan sahaja akan mempersiapkan Singapura dengan keupayaan mempertahankan diri dari musuh bahkan juga menjamin kerjasama yang erat dalam operasi ketenteraan di antara tentera AS dan Singapura pada masa akan datang.

``Ia juga mampu meningkatkan keupayaan ketenteraan Singapura khususnya dalam pesawat antipejuang jarak sederhana,'' katanya. - AFP