<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

13.4.05

Ucapan Dasar MT no 5


Pada mulanya aku taknak terima jawatan MT ini. bukan sebab seperti orang lain yang mempunyai alasan tanggungjawap. aku tak terima kerana aku takleh terima kenyataan bahawa apa yang aku percaya sebelum ini, sebenarnya tidak berlaku. Aku telah menarik diri sebulan sebelum pilihanraya diumumkan. dan Mie setuju. dan kerana itu aku dilantik sebagai pengira undi. dan selepas aku tak jadi lagi pengira undi, aku mintak untuk dikecualikan dari menjadi MT. dan dipersetujui. namun tertiba apabila keputusan keluar, nama aku ada. itulah sebab utama kenapa aku agak kepanasan pada awal awal tu.

Sekarang setelah amarah aku agak reda. aku telah memaksa diri aku untuk menerima keputusan ini untuk mengelak sebarang kontroversi atau konfrantasi. Biarlah walaupun membuat kerja sebagai bukan MT lebih enjoy, namun amanat 43 orang yang mengundi aku tu, aku tak boleh letak tepi gitu jer.

Adalah menjadi harapan aku untuk melihat gj terus cemerlang dalam setiap usahanya. Aktiviti yang aku akan jalankan bukan atas dasar aku sebagai seorang MT tetapi sebagai seorang HangBuah, ahli biasa GJ yang gila bersosial sesama ahli gj. Aktiviti aku masih lagi seperti dulu atau mempunyai kelainan dalam menjadi lebih baik.

JADI, apakah peranan Yadziz sebagai MT?
Yadziz akan menjalankan tugas tugas MT mengikut bidang kuasa yang diberikan kepadanya dan juga arahan arahan yang akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
Yadziz akan terus mengalakkan individu individu dalam Gj untuk menggunakan sepenuhnya kuasa dalam sistem anarki terpimpin ini bagi menjalankan aktiviti yang berguna kepada Gj dan ahli ahlinya. semoga dengan pengalaman yang tidak seberapa akan memudahkan Yadziz untuk memberi pandangan kepada setiap masalah yang dihadapi.

Seterusnya Yadziz akan cuba mengurangkan proses provokasi yang tidak berguna kepada Gj dan menumpukan kepada proses penyemarakan penyampaian maklumat dan pembincangan sihat secara positif.

seterusnya dalam menjadikan usia setahun sebagai MT akan dapat dibanggakan, Yadziz akan cuba merangka bersama MT MT yang lain bagi menyumbang sesuatu kepada pihak GJ dalam terus membesar bak johan.

Adalah akan menjadi kesukaran penulis untuk mengasingkan antara Yadziz dan Hangbuah, namun itulah pilihan yang penulis ada dan akan diusahakan agar segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Yadziz juga akan cuba bertindak sebagai penyampai sebarang masalah atau pandangan untuk perhatian pihak GJ. walaupun ia bukan sebuah tugas hakiki tetapi ia demi mengeratkan lagi ahli dengan gj. Ia juga demi menghargai pandangan dan maklumbalas para ahli kepada sesuatu perkara.

adalah menjadi harapan penulis agar Yadziz dapat menjalankan tugasnya dengan sebaiknya.