<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

7.4.05

Kenapa?

"Know something about everything , know everything about something"
Aku dapat kata kata ni kat mana ntah dulu, dan aku jadikan title untuk sebuah guestbook aku dulu. Ia kata kata terbaik dalam konsep pembelajaran sepanjang hayat.

'Seorang driver bas Nadi Putra. Jika dilihat, beliau hanyalah seorang driver bas. tugas bawak bas saja dalam destinasi yang dikehendaki. Tapi bila kita berbual dengan beliau, kita baru tau, dia bukan sahaja hanya memandu bas mengikut laluan dia saja. Dialah juga yang buat proposal untuk membeli bas baru dan juga test drive bas baru. Ini kerana beliau tahu tentang serba serbi bas. Ini bermaksud, dia bukan sahaja tahu bawa bas, tapi tahu pasal bas yg dia bawa tu. '

cita-cita aku
'Seorang blogger bukan sahaja suka blog, tapi tahu tentang blog. Contohnya, kalau dia pakai blogdrive, dia tau semua menda yang ada dlm blogdrive tu yang dia boleh guna. Dan dia tau juga basic html untuk ubah mengubah dia punya template; dan kalau dia pakai blogspot, dia tau semua kelebihan yang blogspot kasi kat dia.'

________________________________________//

Aku jarang menulis tentang tak puas hati sebenarnya, walaupun aku tau, entry takpuas hati adalah antara pilihan ramai pembaca blog. Namun, itu tidak penting bagi sebuah blog syok sendiri. Aku lebih suka menulis tentang sesuatu yang hebat dan mengembirakan dan juga meningkatkan daya fikir. Walaupun seperti aku sedang mengarang sekarang, aku dikelilingi oleh mereka yang bermuka muka dan juga sorang yang hasat dengki serta masalah yang tak sudah sudah (yang kalau aku nak buat entry boleh lagi panjang dan bersambung sambung dari entry aku yang lepas), tapi bagi aku, semua itu tidak perlu dirungkapkan kerana ia akan menambahkan jumlah sakit hati sahaja. biarlah aku menulis dengan kadar yang lebih aku suka, kadar sederhana yang lebih syok sendiri. kita baca balik pun rasa seronok, tak sakit hati. Tapi terpulanglah pada setiap individu mereka menulis kerana apa. yang penting kita tau, kita menulis kerana apa.