<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

4.4.05

Blog Blog Blog Jilid II

Image hosted by Photobucket.com
Tips : Untuk tahu apple masak atau tak, letak dlm air, kalau tenggelam, itu tanda belum masak, kalau timbul itu tandanya dah masak. cubalah, hehehe

Seminggu telah berlalu, isu diablog 2 sudah basi, aku pula baru nak berkisah kisahan. Tak apalah. Sebenarnya, aku tak dapat untuk ikuti keseluruhan diablog kerana aku kena pi cari air botol untuk buat air. bila aku dah ikut pun dah nak masuk sesi soal jawap penonton dah. Apapon, aku ulas jerlah apa yang nak aku ulas.

Menjadi blogger super. Satu perkataan melayu, satu perkataan inggeris, satu lagi perkataan inggeris dimelayukan. Jika dilihat dari kontek timbulnya istilah tu (Guru Super) penulis blog super mungkin dimaksudkan sebagai mereka yang pakar dalam bab bab blog ni. Tapi jika diteliti secara mendalam dalam skop gengjurnal untuk lebih kecil dan mudah, kita ada macam macam super, super dalam menulis yang terbahagi pulak dalam super lawak, super sedih, super melankolik, super psiko, super ilmiah, super dengki, super panas dan super analogi. Kemudian faktor lain yang turut membantu adalah super cantik, super hensem dan super itam dari segi individu penulis sendiri, super lawa, super intraktif, super userfriendly untuk weblog itu sendiri, dan akhirnya super pengebom tag, komen dan buku tamu. Baru baru ini, satu lagi super telah diakui mempengaruhi kesuperiannya, iaitu super kelentong.

Antara penulis blog dan blog itu sendiri, Kadang kadang saja blog dan penulis blog adalah super. sikit sikit ja yang blog super dan penulis tak super dan banyak banyak la sungguh, blogger lagi super dari blognya. Perkara ini semakin jelas kepada kita apabila bilangan blog di Malaysia semakin bertambah.

Sebelum kita terus membicarakan tentang perkara super ini, ingin saya tekankan bahawa, jika anda menulis bukan kerana inginn menjadi super, saya ucapkan tahniah kepada anda. dan seharusnya anda hanya membaca entry ini hanyalah untuk mengubati penyakit susah tidur anda sahaja. Jika dilihat pada realiti yang terbentang dihadapan kita, pemulaan bagi semua blogger super bukan dengan niat untuk menjadi super. mereka hanya memulakannya sebagai satu platform untuk meluahkan rasa dalam diri. tak kiralah rasa apa, sedih, gembira, dengki, marah dan juga riak. Kemudian mereka mereka ini telah mendapat perhatian ramai, kerana bakat dalam penulisan mereka. adalah ditekankan bakat penulisan tidak tertumpu pada penulisan kreatif berseni sahaja. penulisan kreatif cukup luas skopnya. Contoh yg boleh diberi, En. Khairul dengan penulisan analogi, Matjan dengan penulisan kelakar dan sindiran, tokR dengan penulisan ilmiah ringan, sinaganaga dengan penulisan bersahaja, mr. x* dengan penulisan x*x, sm dengan penulisan minat dan mcm mcm lagi penulisan. dan tak kurangnya yang mempunyai bakat dalam penulisan ubat penyakit susah tidur seperti utusan.

dah dah dah.. masuk point, untuk menjadi super, anda mesti seorang yang hensem macam tokR, abis abis teruk mcm Matjan atau Nazmi atau lawa macam tipah atau salina atau abis abis kurang macam siti sifir. Jika ya, anda seharusnya meletakkan gambar anda di halaman depan weblog anda. jikapun segan untuk meletak gambar sendiri, anda boleh karikaturkan gambar anda. (perkhidmatan ini disediakan dengan bayaran tertentu, sila hubungi saya, hehehe) Tetapi jika anda tidak mempunyai kelayakan ini, maknanya anda perlu berusaha dengan lebih gigih, gunakan nama nama blog seperti AkuKiut, MakAkuLawa atau HensemnyaAku.

perkara kedua harus diteliti adalah dari segi konsep blog anda. blog anda tidak harus menjadi jenama adibas, abibas ataupun abidas. anda harus mencari konsep baru yang masih belum ada lagi. paling cepat anda mendapat idea dan mengembangkannya, lagi cerah masa depan anda. ini adalah disebabkan, jika anda tak buat dulu, org lain akan buat. Konsep pula hendaklah pula jangan konsep syok sendiri. buat konsep yang semua org boleh terima. Saya bagi contoh mudah, MJ buat konsep blog kelakar menyentuh bab isu semasa, manakala en. Osman pulak buat konsep blog kelakar tetapi menyentuh bab pengalaman beliau semasa di jepun. konsep asas memang sama, kelakar, tetapi sudutnya berbeza. jadi org takkan kata, 'alah, baik aku masuk blog sana, sama ja, org dia pun lagi lawa' sepa rugi? hang jugak.. Beberapa konsep yang dapat dilihat sekarang menjadi agak popular dan menjadi tuntutan ramai adalah blog kelakar, blog tak puas hati dan blog ikut hobi(blog cerita pasal AF, aku kira sbg hobi jugak tu.).

Pernah tak terfikir, kalau macam mana hebat pun hang tulis, sepa yang nak baca kalau hang taknak bagitau blog hang pada org. mcm mana nak super? Dan kerana itu anda haruslah menjadi seramah OP. seranglah blog org lain. paling mudah, ambik 10 blog sehari. pergilah blog ikut link link yang ada disediakan oleh blog org lain. lompat lompat dan lompat. dan bacalah blog dia kemudian respon pada ntry dia dengan bijaksana. Kalau dicerita pasal gosok gigi, awak jgn pulak duk menyampuk cerita bab pergi F1. saya paling menyampah, kalau ada blogger hanya kopipaste ayat kat komen, 'nice blog, lawatlah blog saya' atau 'salam perkenalan'. seperti kata matjan, tunjuklah daya pemikiran anda supaya org tertarik pada pandangan anda dan mengunjungi blog anda. dan jangan pula, kunjungi sekali jer.. kunjung kunjung lah selalu.

Mesra tetamu, bagi setiap repon yang diberi oleh tetamu, responlah segera. paling mudah, pagi pagi masa check blog anda, responlah. komunikasi itu haruslah berterusan. dan updatelah setiap 3 hari paling susah pun. jangan biar sebulan sekali atau 2 bulan sekali baru nak update, anda belum super lagi, kalau dah super takpalah, tetap ada 200 atau 300 org masuk. time dah update 500 600 org masuk. kadang kadang sampai beribu.

Penulisan entry pulak haruslah ditingkatkan dari semasa ke semasa. lihat kecenderungan pengunjung. jangan pulak bila anda update, tiada yang respon, anda tak update lagi. mungkin kerana entry tersebut kurang menarik. gunakanlah stat generator, boleh tahu kemasukan pengunjung. cuba lihat juga dari mana datang paling byk pengunjung dan selalulah lawat laman tu.

Dari segi antaramuka, hendaklah ringkas, dan mesra. jangan terlalu serabut, byk warna dan berat sehingga berminit minit menunggu untuk load. text pulak jgn terlalu kecik dan tulisannya hendaklah boleh dibaca dengan mudah. perenggankan dan jaga tandabaca.

Kepentingan anda mendedahkan identiti anda. jika takdak sepa kenal anda, anda kenalkan gena pun, diorang bukan kenal awak. tapi kemungkinan untuk anda berjumpa dengan org yg anda kenal melalui blog anda, adalah amat tinggi. Pada pandangan saya, anda cuma perlu mendedahkan profesen anda sahaja, kerana ia akan memudahkan anda untuk membina network. status anda juga hendaklah dijelaskan supaya tiada berlaku drama kuali pun boleh jadi piring terbang. hehehe. Seperkara lagi, jika anda lawa mcm matjan dan hensem macam nett, anda haruslah meletakkan gambar anda. ia adalah suntikan heroin yang bagus untuk stat blog anda untuk melonjak tinggi.

Kepentingan anda join xtvt Komuniti Weblog anda, ia sebenarnya satu cara untuk mempromosi diri anda sekaligus blog anda. semestinya kengkadang anda tidak mampu menjumpai semua blog. dalam perjumpaan begini, anda akan berjumpa dan dapat lebih mesra lagi, dan ia akan mengakibatkan anda dan yang lain akan menjadi pengunjung kerap blog anda, sehari 4 5 kali dia masuk. Namun adalah ditegaskan disini, seperti dimaklumkan dalam Jilid I, bertunang secara tak rasmi antara komuniti weblog ini, tidak bertahan lama malah tidak mampu untuk sampai ke tunang secara rasmi pun. setakat dlm rekod saya, cuma ada satu kes yang berjaya dan beerpuluh kes lagi, kecundang dan menutup blog akhirnya.

Bermula setahun yang lalu, medium Yahoo Mesenger menjadi satu medium untuk mempromosi blog dengan aktifnya. ia tidak terhad dengan hanya meletakkan link pada status dan juga send mesenge pada semua list kita tetapi terdapat juga kelompok kelompok yang menjadi YM ini medium berbual sambil ponteng kerja. dan penganggur akan suka kerana bila ada yg dipecat nanti, mudahlah dia dpt kerja.

Begitulah tips dari aku yang tak pernah menjadi super kerana aku menulis bukan untuk super, aku menulis apa yang aku suka dan aku boleh baca balik dan aku suka lagi. dan blog aku adalah blog tanpa konsep, ikut tahap emosi aku. blog ini lebih teruk dari blog rojak kerana blog ini dah tahap serabut gila gila. aku campakkan apa yang terlintas di otak aku dan aku publish. semoga bila setahun dua lagi aku baca balik, aku akan rasa kagum dan riak dengan diri sendiri. Inilah dinamakan Blog Syok Sendiri. Terapi Blog.

Kepayahan menjadi super adalah, kebanyakan respon yang anda terima adalah berkenaan peribadi anda kerana ramai yang ingin mengenali anda. anda akan sibuk mengangkat hp setiap masa. berbalas msg dan menghabiskan kredit. Anda juga sering menerima ancaman pengebom berani mati bila anda lama tak update. Dan yang penting, anda akan menjadi popular macam blogger super yang lain. anda akan digilai dan membuatkan isteri anda naik gila.

Kesimpulan yang ingin saya berikan adalah, tulislah apa yang pembaca mahu jika anda ingin super, dan tulislah apa yang anda mahu jika anda ingin kepuasan.


________________________________//

Aku menulis entry kali ini adalah di rumah aku di kampung, baru pagi tadi tiba, naik kereta api semalam. dengan hanya sehelai baju yang dipakai dan sehelai lagi diselit di dalam beg laptop. Ini menjadikan aku hanya pulang dengan sehelai baju, laptop, buku 1511, kamera civica (kamera poket aku tu) dan jaket. hmm.. memang simple gila, tapi sampai sampai jer di arau setelah 13 jam di dalam ketapi, terus bergegas ke kangar. sekali shoping, tak cukup tangan, beg duit jer yang semakin kosong. takpalah, sekali sekala bukan selalu. last last sbb dah penuh tangan dengan galas beg laptop yang berat mcm bewak dugong ni, macam Lau baru balik dari menebang tebu pun ada... hahaha.. Lau ni sebenarnya dalam 10 tahun yang lepas, byk pendatang asing (tak pasti dengan izin atau tak) datang dari Laos, tapi org Kg aku panggil Orang Lau jer. diorang akan berkerja start dari ladang tebu dibakar sehingga salji hitam (rujuk utusan sebulan dua yang lepas). diorang punya kerja cuma menebang tebu. kuar pukul 7 pagi dan pulang dalam kul 6 petang. setiap kelompok orang Lau terdiri hampir 40 org dengan seorang penyelia dari kalangan org tempatan. penyelia nilah kena sedia tempat tinggal dan gaji diorang. tapi diorang ni tak kisah sangat. stingan jer. diorang buat rumah panjang dengan papan lama lama kat dalam kebun getah. dah ok. makan pulak sardin jer. kalau rajin diorang pi terbe (lastik) bewak (biawak) mengkaung dan binatang lain yang seangkatan yang tidak punya tuan. diorang ni akan bawak beg yang dibuat dari karung baja dikerap separuh dan dibuat penyakut dibahu. semua mender ada dlm beg tu. memang berat gila. Sekarang org Lau takdak dah bila dah pakai jentera dah. Mungkin diorang dah tukar profesen dah sbb tak dak kerja. jual dadah pulak kot. hehehe, takpun jual hosting pula ker, lagi untung.


_________________________________//

Yang aku tau, tambang pengangkutan awam cuma akan naik pada 1 Mei, tapi setakat aku balik semalam, tambang ketapi dah naik dari RM31 kepada RM38. Bas pun naik dari RM28 kepada RM30. kereta sewa jer yang tak naik lagi. cepatnya diorang kalau bab naik harga ni. ketapi tu, byk sgt harga dinaikkan. Bukan apa aku suka naik ketapi ni, selamatlah sikit, taklahh mcm india sangat, selalu nahas ketapi, kat malaysia kalau ada pun, ketapi tarak apa, yang langgar ketapi tu yang sakit. cuma ketapi ni lambat sikitlah, perjalanan yang hanya 8 jam dengan bas, akan mengambil masa 13 jam dengan ketapi. tapi tak kisahlah, sampai dah pagi pukul 9, senang sikit aku nak cari bas. kalau naik bas, sampai pukul 4 5 pagi, mati akal sebentar aku. satu lagi kelebihan ketapi ni. kalau hang lapar gila gila, hang boleh pi makan, memang mahal sikit, standard la tu. kendian kalau hang nak buang air sangat sangat, bilik air byk. kalau hang sanggup bayar lebih, hang boleh ambik yang ada bilik siap katil lagi. Masa Perlis masuk final aritu, kerajaan perlis taja pergi menonton dengan ketapi. aku setuju sangat, risau aku kalau konvoi dengan bas atau keta, memang bahaya, dah byk dah kes dari dulu lagi. walaupun aku tau tujuan shahidan sebenarnya nak jimat kos, naik ketapi cuma 18 inggit berbanding bas 28 ingit. takpalah, janji semua dah selamat. seperkara lagi, ketapi ni mungkin bising sikitlah, pintu automatik bukak tutup terutama ada org duk main lalu lalu kat pintu tu, kendian, lampu tak tutup. jadi kalau hang takleh tidur, hang bolehlah membaca.


_________________________________//

Pilihanraya GJ telah tiba untuk pengiraan undi, kehangatannya telah menurun walaupun perang aku dengan matjan belum reda. Apa yang diharapkan adalah cabaran tokR bahawa MT 2004 lebih baik dari 2005 dapat diidakkan. aku sendiri ingin mencabar seperti cabaran tokR tersebut. GJ semakin meningkat maju dan bertambah besar, dah ada anak daan cucu lagi dah. dalam usia menjangkau 4 tahun, GJ terus kukuh walaupun komuniti internet yang seangkatan dengannya mengalami masalah demi masalah. Inilah kekuatan GJ sebenarnya, kekuatannya bukan terletak pada MT yang komited tetapi kesetiaan dan ketaatan ahlinya kepada GJ menjadi GJ akan terus bertahan dan bertambah keahliannya. Bercakap soal keahlian, dulu semasa keahlian GJ masih kecil, kita senang mantau ahlinya, sekarang GJ sudah semakin besar, maka semestinya bebanan dan skop GJ sudah semakin meluas. Apapun, aku ingin menunggu Diablog III atau IV yang akan membincangkan halatuju GJ selepas ini bersama dengan pimpinan baru. Aku sendiri tidak mahu mengulas apa apa sehingga kita telah melihat secara jelas jalan yang akan dibentang kepada kita. Aku mungkin akan sendiri kecewa kerana kemungkinan besar tidak mampu untuk mengikuti secara lebih dekat kerana bebanan tugas yang semakin mendesak. untuk bulan Mie sahaja, jadual aku sudah penuh dan melangkau ke bulan jun. MT GJ 05 tidak akan mwnghadapi byk masalah jika mereka mesra ahli. aku sendiri tidak dpt bayangan lagi siapa yg akan menjadi MT. ada bbrp individu yg aku harapkan untuk berada dlm list MT.


_________________________________//

Dulu, dulu dulu la, masa seseorang yang baru merantau, dan kemudian beliau menjumpai satu tanah baru yang agak sesuai. Beliau mula menebas dan membersihkan tanah tersebut. dan bermulalah satu evolusi di tempat tersebut. bermula dengan danau kecil, kendian rumah kecil, kemudian kebun kecil dan terus membesar. maka datanglah pengembara lain bersama menolong beliau. tolong menebas sama, tolong berkebun. mereka mereka ini ada yang ada tali persaudaraan dan ada juga yang langsung tidak dikenali. namun atas semangat kemanusiaan dan kemelayuan. Dan sebagai balasan, beliau akan memberi tanah kepada mereka ini untuk diusahakan sebagai tapak rumah dan kebun bercucuk tanam serelong dua. dan begitulah seterusnya. tanah diwariskan dengan mak bapak memberi tanah kepada anak anaknya untuk diusaha sebelum mereka mati lagi. namun zaman berubah dari semasa ke semasa. kini tanah menjadi rebutan sehingga mak bapak tak sanggup nak bahagikan tanah sebelum mereka meninggal kerana takut ada anak yang terasa hati. Namun ia tidak selesai sebenarnya, soal perkara beginilah yang sampai bawak pejabat tanah dan makhamah. Bukan setakat di bandar, di kampung pun sekarang dah banyak gaduh pasal tanah, sesama jiran pun gaduh, kadang kadang hanya pasal ayam jiran ni datang makan kat halaman rumah pun boleh nak gaduh. aku tak taulah betapa teruknya orang gini. ginilah nasibnya bila ada jiran yang kedekut nak mampus. Kerana tanah, tali persaudaraan terputus, kerana tanah, pagar tinggi tinggi, kerana tanah, ada yang berperang sehingga ke dalam kubur. Dan kerana tanah juga, MatJan ada alasan abis lambat degree. hahaha


_________________________________//

Ramai yang tertanya tanya tentang bagaimana aku boleh jadi orang aktif gila gila dalam xtvt sosial. suka sangat jadi ajk bukan bukan. tapi tak suka jadi presiden bukan bukan. sebenarnya, segalanya datang dari keluarga belah ayah aku. Ayah aku dan adik beradik dia memang jenis aktif. Sorang bukak kompeni MLM herba yang besar. Sorang jadi Tokei Trakter besar dan Imam besar, sorang jadi Tokei Lembu Besar (banyak gila lembu) sorang jadi Pegawai Besar Polis dan sorang jadi tokei tanah yang besar(luas). cuma satu jer yang tak besar, aku dan ayah aku, kurus. hehehe. Ayah aku dulu cukup aktif dalam sosial. macam macam dia buat. sehinggalah satu malam tu, aku tak pasti macam mana aku boleh ingat, tapi itu antara 7 memori masa aku kecil yang aku boleh ingat. Memori tu jadi masa aku umur 2 atau 3 tahun, malam tu lepas maghrib, mak dan ayah aku kalut kalut bersiap. akupun mak aku tolong siapkan jugak. Malam tu kami naik motor saja, jadi aku rasa tak jauhlah aku akan pi, rupanya pergi surau dan dewan serbaguna kampung aku jer. tgk ramai org dah dtg walaupun kami antara org terawal. aku ikut mak aku dan ayah aku terus pergi mana, mungkin masuk dlm dewan. aku dan mak aku pergi belah org siapkan jamuan, mak aku kasi beehun goreng terus aku duk diam diam makan. kendian yg aku ingat dewan kecoh, mak aku capai aku dengan cepat dan terus balik kampung. kendian seingat aku, bapak aku dah tak sertai apa apa dah xtvt kampung dan apa apa xtvt negeri yang diadakan. ngan ajk kampung memang dia dah tak cakap. baru baru ni aku try tanya pasal apa, rupanya pasal ketua kampung nak ikut cakap MB suh tanam pokok mempelam banyak banyak. jadi diorang nak ambik semua tanah termasuk tanah kami untuk tanah dengan mempelam. masa tu bapak aku dah tanam pokok getah kat tanah kami. nak besar dah. Bapak aku tak setuju sebab tak nampak apa keuntungan dan cara untuk pasarkan. tambah pulak, nak tanam dah lama, kendian nak berbuah pulak ikut musim. bapak aku cakap "cuba nak masuk tanah aku kalau nak makan parang". hmm.. pasal tanah lagi. Apapun, aku setuju jugak ngan tindakan bapak aku, sbb setahun dua lepas tu, kedai kami kena masuk perompak, abis kedai kami, bankrap terus. nasib baik ada kebun getah tu. dan sampai sekarang, getah skrap tu masih berbau duit. Sekarang, aku pulak yang aktif, aku tak pasti sampai bila aku akan aktif. ia memang kepuasan yang tiada tolok bandingnya dalam handle program ni. hmm.. tapi tak semua org yang boleh aktif gila macam aku, ada yang aktif stail lain, mungkin bersukan, mungkin merayau, dan mungkin juga mengarah. tapi semua itu terpulanglah pada semua, asalkan kamu suka.


__________________________________//