<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

25.4.05

Antara Kehendak, Keperluan dan Kesesuaian

Menonton Misi Suara Hati membuatkan aku geram untuk aktif semula dalam gerakan pelajar pelajar buat aktiviti. Aku tak pasti bagaimana mereka dipilih tapi bagi aku, mereka terlalu lemah untuk mengetuai satu kelompok dikalangan mereka untuk menyeru pada rakyat malaysia.

Kalau aku boleh menggunakan istilah America Idol, Misi Suara Hati Satu adalah dalam kelas "Terible Terible Terible". Mereka menyalahkan semua orang atas masalah yang mereka hadapi.
1. Mereka tidak dapat menjual meja, mereka salahkan korporat kerana tidak prihatin. Bagi aku, kalau aku ada syarikat pun, aku tak nak, 2000/table, dan aku tak dapat apa apa. Dalam dunia tandas kena bayar sekarang, mana ada syarikat nak keluarkan duit saja saja. pakej penajaan harus nampak gah dan menarik untuk badan korporat. Menteri dan orang kenamaan adalah orang penting dalam mempengaruhi korporat, kena gunakan sebaiknya. Mungkin menteri tak boleh datang, maka cuba cari alternatif agar nama setiap syarikat tersebut ada di atas meja menteri. contohnya membuat buku dokumentasi tentang penyakit Luekimia di kalangan kanak kanak yang perlu perbelaan katakan. Dan buku tersebut dihantar pada semua menteri. Maka, adalah minat sikit. Ini, dinner yang hadir kanak kanak saja, manalah diorang nak minat nak taja.

2. Kes yang aku tengok aritu, kes futsal, diorang ubah format tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pemain. mereka cakap "saya ingat mereka datang main dengan niat ikhlas nak menderma dan bukan kerana hadiah. Kita buat semua ni sbb nak membantu mendapatkan dana" (something like that la.) For me, soal menderma soal lain, soal peraturan soal lain. Bagi aku, anda buat program tersebut harus sebagai sebuah program. bukan untuk mendapatkan derma. kalau nak buat derma saja, jangan buat hadiah.

Bagi aku, jika kita ingin mendapatkan sumbangan, kita harus ada dibawah, bukan di atas. kita harus mendengar kata kata orang yang ingin menderma. Jika diorang mahu logo diorang ditayangkan masa dinner, diskuslah. Tak pernah lagi aku jumpa pengemis yang meminta sedekah duduk atas bumbung pejalan kaki. Kalau dilihat pada hari yang aku tengok tu, kad jemputan untuk menderma tu adalah 1/3 dari kertas A4. jika benar itu jer kad jemputan dia. memang aku tak terkejut diorang tak berjaya dapat tajaan table. Aku dulu nak mintak derma 50 pun, abis abis 4 lai.

Nasib baiklah ditayangkan di Astro, ada jugaklah publisiti di waktu tayangan perdana (8-10 malam). semoga kutipan 50,000 berjaya dicapai.

_________________________________//

Aku setuju dengan seorang tu, Ada sesetengah orang, dia minta orang lain berfikiran terbuka menerima sesuatu. Tapi dia tidak dapat menerima jika orang menegur sesuatu tersebut. Terbukakah itu?

terbuka bukan hanya bermaksud memberikan sesuatu yang baru dan segar kepada sesuatu kelompok, tetapi juga mampu menerima apa sahaja yang berkaitan dengan ide tersebut tidak kira negatif atau positif.

Meminta untuk orang lain berfikiran terbuka itu mudah, tetapi untuk diri sendiri berfikiran terbuka, perlukan penilaian dalam diri sedalam dalamnya.

________________________________//

demokrasi? adakah demokrasi sebenar dalam dunia ni? demokrasi adalah ciptaan manusia, mampukah ciptaan manusia itu sempurna sepenuhnya?

________________________________//

Antara kehendak dan keperluan
Ini adalah cara kita untuk membuat pilihan dengan menimbangkan dua aspek ini. Namun aku ingin tambah sedikit,
Antara Kehendak, Keperluan dan Kesesuaian