<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

22.3.05

Sang Semut

pada satu hari, sang semut berasa terlalu sedih kerana katak yang selalu menemannya setiap hari telah menghilangkan diri ntah kemana. Sang semut mengambil keputusan untuk pergi bersiar siar seorang diri. Mana tahu di dalam perjalanan nya nanti, dia bertemu sesiapa yang boleh dibawa berbual. jika dia hanya menunggu disitu, belum tentu dia bertemu sesiapapun. Sang semut menghalakan dirinya ke arah sungai, beliau yakin di sana beliau akan bertemu ramai kawan kerana pada musim panas begini, mestilah ramai yang pergi untuk menyejukkan badan.

Pada pertengahan perjalanan, beliau telah bertemu dengan sang labah labah yang sibuk membaiki sarangnya. "hai sang labah labah, sibuk nampak.." tegur sang semut. Sang labah labah yang kurang senang dengan kehadiran sang semut menjawap, "taklah, tak sibuk pun, aku tengah bersenang lenang lagi berpoya poya ni.." Sang semut menyoal lagi, "masakan kamu berpoya poya sambil membaiki sarang?". sang labah labah yang merasa semakin kurang senang dengan kehadiran sang semut itu mula mencari helah untuk menghalau sang semut dari tempat itu. "sang semut, saya nampak sang katak berjalan ke arah sana" sambil sang labah labah menunjukkan arah gunung sekaki. "iya kah? wah, sungguh lama saya tidak bertemu beliau. bila kamu nampak dia?", "Baru saja, sebentar tadi," jawap sang labah labah. "iyalah, sebentar tadi itu tu, bila? selepas subuh, sebelum subuh, selepas sarapan atau sebelum kamu membaiki sarang?"tanya sang semut lagi. sang labah labah menjawap dengan malas, "selepas saya sarapan tadi". "oh iyakah? sesudah sarapan ya" "iya" "sarapan itu dengan apa?" "dengan roti sandwith" "roti sandwith gardinea atau hi5?" "tidak, saya buat sendiri" "oo iyakah? kamu buat sendiri? dapur siapa kamu pakai?" "dapur si lebah" "ooo, sang lebah sihat?" sang labah labah yang sudah malaih nak menjawap dan sudah angin satu badan mula merasa marah yang amat sangat. beliau melompat ke arah sang semut, sang semut mengelak ke arah pokok semalu, "aduh!" jerit sang semut...


bersambung