<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

17.3.05

Apa cerita nii?

Pembenihan awan di Bayan Lepas hari ini - UTUSAN 17/03/2005

PUTRAJAYA 16 Mac - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini memutuskan untuk membantu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membuat hujan tiruan ekoran masalah kemarau di utara Semenanjung yang kian meruncing.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, operasi pertama pembenihan awan akan bermula esok, di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

``Kabinet hari ini bersetuju untuk membantu kementerian itu dan arahan kepada Jabatan Kaji Cuaca supaya mula menjalankan operasi telah dibuat. Timbalan saya (Datuk Kong Cho Ha) akan ke Bayan Lepas untuk melihat operasi ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya, di sini hari ini.

Jamaludin berkata, untuk memastikan perkara tersebut berjaya, kementeriannya akan mengadakan kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang terancam teruk akibat kemarau.

Pada 8 Mac lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, kementeriannya akan merujuk kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi mengatasi masalah kemarau di Perlis.

Kira-kira 6,000 penanam padi di negeri itu tidak dapat melaksanakan tanaman padi luar musim berikutan paras air di Empangan Timah Tasoh yang membekalkan air untuk kegunaan pertanian susut ke paras yang paling rendah iaitu 27.02 meter.

Kebanyakan daripada mereka sepatutnya memulakan tanaman padi mulai pertengahan bulan ini tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana air untuk kegunaan pertanian dari empangan itu tidak dapat disalurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamaludin berkata, kementeriannya akan menambah peruntukan untuk melaksanakan pembenihan awan sekiranya ia tidak mencukupi.

``Kita akan memperuntukkan RM1.8 juta untuk membuat pembenihan awan dan jika kita lihat jumlah ini tidak mencukupi, kita akan tambah.

``Kabinet juga telah meluluskan penggunaan sebuah kapal terbang khas untuk tujuan itu dan untuk sementara akan beroperasi di Bayan Lepas dan jika kawasan lain turut memerlukan, kita akan hantar,'' tambah beliau.


masalah kat perlis, selesai kan penang? berlajar mana tu?