<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

7.9.04

Sepi..

Hijjaz - Dunia Yang Sepi

Album : Pelita Hidup II
Alangkah susah mendapat kawan

bukan kenalan di zaman ini
berpunca dari hati yang rosak
kerana dunia memautnya

alangkah susah mencari kawan
kebaikan kita disoroknya
bahkan didengkinya pula
kejahatan dicanang merata

salah yang sikit dibesarkan
yang besar apatah lagi
alangkah sepinya dunia ini
walaupun hidup di tengah ramai

kerana kawan tiada lagi
yang ada hanyalah di jalanan


ia umpama mencari satu aun emas, kita terpaksa mengali dan menapis, mendulang berapa puluh tan tanah dan kotoran.. begitulah susahnya. sehingga sekarang.. aku masih lagi mencari..
aku mungkin sukar mencari kawan kerana aku sudah hilang rasa percaya.. terlalu susah sekarang untuk aku menaruh kepercayaan aku kepada orang lain..
kengkadang.. kita rindukan zaman sekolah dulu.. kita ada banyak kawan yang kita boleh percaya dan sekepala.. tapi bila semua dah besar dan makin pandai.. maka.. makin pandai lah sesetengah untuk untuk mengkhianati kita..

Hari ni, aku ikuti kursus, kursus rakan pembimbing.. salah satu point yang aku dapat adalah.. pekataan 'empati' perkataan yang membawa maksud.. dapat memahami perasaan orang lain.. dapat mengesan dan merasainya.. terlalu sukar.. kenapa.. kenapa aku dapat merasainya.. tetapi rakan rakanku tidak.. mereka dalam dunia mereka.. aku tahulah dunia sekarang, dunia yang mengejar masa.. tetapi takkan 'nilai' sesuatu persahabatan itu perlu diabaikan.. kuantiti diperolehi.. tetapi semuanya kosong.. tiada ertilah..
kebanyakan jiwa yang dibina sekarang.. yang dilahirkan kini.. dibesarkan.. kosong.. mereka pelajar pelajar genius.. tetapi jiwanya kosong.. kita hanya melahirkan robot robot masa depan..

kenapakah?