<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

15.9.04

Putrajaya jugak tidak terkecuali..

- Mukadepan BERITA HARIAN 15/09/2004 -

Budak mangsa dera selamat
Oleh Fazli Abdullah




PUTRAJAYA: Polis menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun di sini, yang cedera kerana disiram minyak panas dan dipukul, daripada terus menjadi mangsa dera, dipercayai oleh keluarga terdekatnya.

Kanak-kanak berketurunan Bajau Sulu, yang tidak bersekolah itu diselamatkan sepasukan polis di rumah pangsa Putra Harmoni, Presint 9 kira-kira jam 11.25 malam kelmarin selepas menerima aduan orang awam.

Ketika serbuan dilakukan, ibu saudara mangsa mendakwa tiada kanak-kanak berusia 12 tahun di rumah berkenaan, tetapi polis yang memasuki rumah itu, menemui mangsa dalam ketakutan.

Polis yang membawa budak itu ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan percaya kejadian menyiram minyak panas berlaku akhir bulan lalu berdasarkan keadaan lukanya hampir sembuh.

Mangsa juga mengalami bengkak di belakang kepala, dipercayai dipukul, calar di telinga dan badan, selain perkataan lucah tertulis di pinggang dan punggung mangsa menggunakan inai.

Berikutan itu, polis menahan ibu saudara mangsa berumur 41 tahun, anak perempuannya berusia 19 tahun dan menantu perempuan berusia 20 tahun. Mangsa serta keluarganya berasal dari Sabah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Khalil Kader Mohd, berkata berdasarkan siasatan awal dan kecederaan mangsa, pihaknya percaya budak itu didera.

“Polis akan mendapatkan keterangan jiran bagi membantu siasatan, selain memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut, termasuk urusan penjagaan budak itu.

“Kami sudah mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Sepang ke atas ketiga-tiga wanita itu selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Ketiga-tiga wanita itu yang kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah, akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Difahamkan, budak perempuan itu, yang berasal dari Kudat, Sabah, hanya bersekolah sehingga Tahun Satu.

Malah, mangsa yang mempunyai beberapa adik-beradik, dikatakan pernah ‘dijual’ oleh ibunya di Sabah, dipercayai untuk mendapatkan wang.

Bapa kanak-kanak itu yang ‘menebusnya’ semula, dikatakan menyerahkan mangsa kepada adik perempuannya yang kemudian membawanya tinggal bersama di sini, sejak bulan lalu.

Ibu saudara mangsa yang menyewa di rumah pangsa itu, berniaga kuih muih bagi menyara hidup mereka sekeluarga. Mangsa dikatakan pernah mengadu kepada peniaga di Putra Harmoni tetapi tindakan itu menyebabkannya didera lebih teruk.

Mohd Khalil yang kesal dengan kejadian itu, berterima kasih kepada orang awam kerana memaklumkan kepada polis apabila mengetahui kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kejadian itu adalah kes penderaan pertama berlaku di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

--kes pertama yg dilaporkan di apartment aku..--