<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8049081\x26blogName\x3dRon97\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ron97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ron97.blogspot.com/\x26vt\x3d341491511223301082', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

10.9.04

BUDJET 2005

teks Penuh Budjet


RINGKASAN:


* Bonus satu tengah bulan gaji untuk kakitangan awam berpendapatan sehingga RM1,000 sebulan dan bonus sebulan gaji atau maksimum RM1,500 untuk kakitangan berpendapatan lebih RM1,000 sebulan, yang dibayar dalam dua ansuran pada Oktober dan Disember 2004.

* 20 set statut dan peraturan akan dipinda untuk mengemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.

* 104 sistem dan proses kerja di 16 kementerian akan dikemaskini untuk mengemaskan sistem perkhidmatan sektor awam.

* Pengunaan ICT diperluaskan untuk mempercepatkan bayaran dan menjamin ketepatan maklumat kewangan, sistem e-Treasury.

* Peruntukan RM500 juta untuk program 'outsourcing' kontraktor Kelas F selenggara kemudahan
awam seperti hospital, sekolah dan kuarters kakitangan kerajaan di daerah.

* Bajet 2005 beri tumpuan mencorak semula sektor pertanian sebagai jentera ketiga pertumbuhan ekonomi selepas pembuatan dan perkhidmatan.

* Kerajaan mahu menjadikan Malaysia pengeluar global yang kompetitif bagi produk pertanian bbermutu tinggi dan memenuhi piawaian antarabangsa.

* Kerajaan sedia dana RM300 juta sebagai bantuan modal untuk swasta, khususnya syarikat berkaitan kerajaan, mengkomersilkan pertanian.

* Dana khas RM10 juta untuk pembangunan dan promosi produk halal.

* Pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan kebudayaan dan kesenian oleh
pengiat seni tempatan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diluluskan Kementerian
Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan.

* Peruntukan RM16.3 billion untuk Kementerian Pelajaran dan RM5.2 billion untuk Kementerian
Pengajian Tinggi dalam Bajet 2005 untuk membangunkan masyarakat berpengetahuan dan
menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

* Dua belas jawatan Guru Cemerlang Gred Khas C dan lima jawatan Pengetua Cemerlang JUSA C diwujudkan tanpa meninggalkan tugas mendidik di sekolah.

* Royalti, pegangan ekuiti dalam syarikat dan melanjutkan tempoh perkhidmatan selepas
bersara sebagai galakan kepada penyelidik dan pereka cipta sektor awam.

* Sejumlah RM94.2 juta untuk program bantuan perumahan, meningatkan pendapatan, tambahan makanan seimbang, pembangunan minda insan, latihan dan pendidikan untuk golongan miskin
tegar.

* Sejumlah RM205 juta untuk skim baucar tuisyen anak-anak golongan berpendapatan rendah.

* Sejumlah RM77.3 juta untuk menaik taraf kehidupan 147,500 Orang Asli di seluruh negara.

* Kerajaan akan tambah kemudahan mesra orang kurang upaya dan jurubahasa isyarat untuk
golongan bermasalah pendengaran dan pertuturan.

* Sebanyak RM130 juta untuk bekalan elektrik dan RM95 juta untuk bekalan air bagi
mengimbangi pembangunan bandar dan luar bandar.

* Sejumlah RM174 juta untuk membina jalan kampung dan RM50 juta untuk menyiap dan membina
jalan luar bandar.

* Tahap kesihatan luar bandar diberi tumpuan dalam Bajet 2005, sejumlah RM18.7 juta untuk
meningkatkan taraf kesihatan penduduk.

* Jabatan Perpustakaan Negara terima RM30 juta untuk beli bahan bacaan.

* Kerajaan mahu bina 100,000 rumah mampu milik di bawah kaedah ’Industrialised Building
System’ yang menjimatkan kos, persekitaran kerja lebih selamat dan mengurangkan guna tenaga
pekerja asing.

* Kerajaan sediakan RM778 juta untuk bina 21,000 unit rumah kos rendah di bawah Program
Perumahan Rakyat untuk setinggan di Kuala Lumpur dan bandar utama.

* Sebanyak RM177 juta untuk pinjaman kerajaan negeri bagi pembinaan 3,000 rumah di bawah
Projek Perumahan Awam Kos Rendah.

* Tambahan RM100 juta untuk Projek Perumahan Mesra Rakyat.

* Lima hospital, 13 klinik kesihatan dan satu makmal kesihatan baru akan dibuka, sementara
dua hospital dinaik taraf.

* Sejumlah RM48.3 juta diperuntukan bagi meningkatkan kemudahan rawatan di unit rawatan rapi, unit hemodialisis dan rawatan kanser.

* Sebanyak RM19.2 juta untuk program kesihatan awam.

* Tambahan 1,000 pelajar paramedik di Institut Latihan Kesihatan.

* Sejumlah RM37.8 juta untuk program pembangunan wanita dan RM129.5 juta untuk program
pembangunan keluarga termasuk pemulihan akhlak dan pusat harian warga emas.

* RM141.6 juta untuk pelbagai akviti NGO.

* RM194 juta untuk belanja mengurus dan pembangunan program alam sekitar.

* Sebanyak RM107 juta untuk pelarasan gaji polis.

* Mulai 1 Jan 2005, polis berkhidmat satu hingga 10 tahun terima bayaran insentif RM600
sebulan, 11 hingga 15 tahun RM750 sebulan, lebih 16 tahun RM900 sebulan.

* Bayaran imbuhan RM450 sebulan untuk semua imam masjid mulai Januari 2005.