Saga BLM

 HARI PERTAMA 2024 - 490,000km,

HARI KEDUA DIA MEROKET - RADIATOR PECAH
HARI KETIGA DIA PANCIT
HARI TERAKHIR JANUARI DIA PANCIT LAGI
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman, kereta kami yang mula dulu adalah Myvi 1.0 manual, sedap bawa, jimat minyak dan memang layan atas jalan timur barat. Kami pakai dalam 5-6 tahun begitu, hampir 190,000km jika tidak salah ingatnya. Kadang tu, hampir setiap bulan balik kelantan.
3. Namun demikian, bila anak dah dua, barang dah penuh, nak letak troli pun dah tak lepas, sblm ni, sorang kat belakang, sorang pangku, bila dah besar dua dua, dah tak boleh pangku dah. Masa tu memang pertimbang antara beli treler ikat belakang atau beli kereta.
4. Oleh yang demikian, setelah mengambil kira pandangan yang diterima, kami ambiklah Saga BLM auto. Lamalah juga nak lepas boleh jual Myvi tu. Kilometer tinggi. Tapi kereta takdak masalah. Aku memang jaga betul. Tayar pun michelin. Servis semua perodua. Tapi kilometer kat 200k.
5. Dukacita dimaklumkan, 6 bulan lepas ambik, keluarlah Saga FL. Punyalah geram. Sbb spec FL lagi bagus. Salesman tu tak bagitau pun nak keluar model baharu. Aku tak ingat blog paultan ada lagi tak. Cumanya aku tak tau langsung.
6. Antara spek yang ada kat FL adalah power window semua pintu. Walaupun power window proton masa tu terkenal dengan kerosakannya, Saga BLM dengan 2 power window tu semak jugaklah. Belakang nak kena pulas tangan.
7. Namun demikian, kemudian bila banyak keluar berita budak terkurung dalam kereta apa semua. Syukur jugalah ada tingkap yg boleh pulas sahaja. Tiadalah masalah tu. Cuma tak pernah lagi tertinggal budak.
8. Walaupun kereta ni sentiasa membuatkan aku sakit jiwa bila lalu timur barat, dia punya pickup mmg teruk, dengan auto pulak tu. Dan mungkin juga aku pakai myvi sebelum tu, perubahan tu mmg nampak sangat. Tapi kereta ni dah jadi rumah kedua kami. Dalam 12 tahun, hampir setengah juta kilometer kami bergerak.
9. Kereta inilah yang bawa kami merayau merata. Kadang tengah hari, rasa bahang panas dalam rumah (biasalah rumah takdak aircond), masuk kereta, kena aircond, konon cari teh ais atau goreng pisang.
10. Bergeraklah, beli teh ais kat simpang empat perlis, goreng pisang kat gunung keriang, pulut undang kat pendang, jagung rebus kat kaki gunung jerai, pahtu tiba tiba ada kat penang.
11. Macam biasa, hanya dengan treksuit anak beranak.
12. Tapi tulah, makin tua ni, merap sungguh dia. Macam macam minta. Be’at.
Segala perhatian tuan/puan dalam hal ini didahului dengan penghargaan terima kasih.
Sekian
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK FACEBOOK”