Tahniah

on 4.1.06

Tahniah kepada gengjurnal kerana telah berjaya mengadakan satu perjumpaan yang walaupun tidak ramai tetapi menghidangkan sesuatu yang menyegarkan kecuali makanan.

Message Delivered to you by Maxis

on 11.11.05

Bulan november ni, bulan muflis dan penat utk aku. Malam ni, malam ketiga aku tpaksa tidur atas kerusi bas saja. Letihla

Message Delivered to you by Maxis

on 7.11.05

Terima kasih semua
Aku join gengjurnal dari mula lg. Sampai skrg aku masih setia dan komited dgn Gj. Sbb dlm Gj aku ada ramai abang-abang dan kakak-kakak yg membuatkan aku tak pernah sunyi.

Message Delivered to you by Maxis

Raya ni special utk aku. Mmg special.

Message Delivered to you by Maxis

on 4.11.05

Raya kedua punya cerita susah mau celita. Lain plan lain yg jadi. Takpalah, takdak rezki
Taun ni. Again. Tapi taunni, beza dari taun2 yg lps, aku lebih feel apa itu hari raya sbg dewasa dan sbg satu cara aku mengembali memori dulu2. Aku taktau apa keseronokan bebudak zaman skrg masa time raya. Duit raya? Takdak pulak aku jumpa gerombolan budak2 ulang alik raya pertama dari satu rumah ke satu rumah. Mercun? Hmm, maybe, walaupun rampasan demi rampasan, budak2 stay dpt main lg. Tapi tak semua dpt dan suka main. Hm, baju baru mungkin. Atau kebebasan drp buka buku, pergiskolah, pergi ngaji quran, pergi tuisyen dan buat homework. Hm, aku rasa ya.

Message Delivered to you by Maxis

Hari raya pertama, semua tunggu org datang umah. Dah tu sepa nak ziarah sepa?
Hari raya kedua, semua nak kuaq jalan-jalan ziarah. Dah tu, sepa nak ziarah sepa?

Ooi, apahal semua takdak kat umah ni?

Message Delivered to you by Maxis

on 3.11.05

dikesempatan ini juga, kanda nak buat ucapan pada rakan2 yg tak dpt siaran TV3 dan RTM, semoga terus setia dgn sidia dan jgnlah sedih sampai cicah ketupat segera ngan ajinomoto dan daging mentah ja. Haha. Selamat hari raya.

Message Delivered to you by Maxis

Ooi ooi, kuar nak pi mana tu. Khutbah belum lg, baru selesai sembahyang. Budak2 tak masuk shif lg lah.

Message Delivered to you by Maxis

Line masih problem,
mesej malam tadi, pg ni baru terima.
Byk surau kecikpun buat sembahyang subuh.
Ayam bising keriangan
Lembu boo-boo gembira
Kambing kebek-kebek suka gila.
Itu tanda
HARI NI RAYA!

Raya takyah sahur kan? Hahaha

Message Delivered to you by Maxis

Line tepon problem,
sms banyak masuk,
bunyi meriam dan mercun tak henti-henti
Itu tanda, esok raya!

Message Delivered to you by Maxis

on 1.11.05

Saman. Aku cadangkan jumlah saman adalah berpandukan jumlah cukai jalan kenderaan tu dgn nilai minimum 300. Contoh, tak pakai tali pinggang 1 kali ganda roadtax. Langgar lampu merah, 5 kali ganda roadtax kenderaan yg dibawa. Baru best utk yg pakai bmw. Hahaha.

Message Delivered to you by Maxis

hujan makin subur, anak padi makin pandai. Skrg masa utk meracun. Agar anasir buruk tak salahguna kepandaian anakpadi. Langsung dari jelapang padi utara

Selamat Hari Raya

on 27.10.05

public static void main(String[] kesalahan){
Connection con = DBConnection.getConnection();
Statement stmtA = con.createStatement();
Statement stmtB = con.createStatement();
ResultSet rs = stmt.executeQuery("SELECT kesalahan from DOSA a WHERE a.date > (rayaTahunLepas)")
while(rs.next()){
System.out.println("Saya mintak maaf atas kesalahan "+rs.getString("kesalahan")+" saya yg dulu");

boolean dimaafkan = stmtB.executeUpdate("DELETE from DOSA WHERE kesalahan = '"+rs.getString("kesalahan")+"'");

if(dimaafkan){
System.out.println("Terima Kasih");
}else{
System.out.println("Sempena bulan baik ni bermaaf-maafan la. Tanak maaf ko punya pasal la...");

Aku tak Boros

on 19.10.05

Aku boros semalam
Boros dalam dapur sendiri.
silap silap, bukan boros, tapi tamak.
Pulut Kuning, rendang Daging, Karipap, Ketayap, Root Beer A&W, Ayam goreng.
Aku boring, aku tak rasa puas untuk berbuka
Aku masak nasik untuk 2 orang makan
aku goreng ayam untuk 2 orang makan
aku goreng kentang
Aku guna nasik tadi, buat nasik goreng, Sbb takdak kuah (smlm dah makan dgn kicap, hari ni kena tukar)
Aku masukkan semua ayam dan kentang dalam nasik goreng.
Goreng Sekali.
Puas.


AKu tonton rancangan kegemaran aku. Buletin Utama, kurang menarik hari ini, tapi aku tonton sehingga abis. Pukul 9, alamak, lestary pulak, tukar channel, arrgghh semua tak best.
pejam mata. 5, 4, 3, 2, dan Padam.
aku jaga pukul 12, ada gusti kat TB. Padam. Padam sajalah Tb ni, buat aku risau tulang aku jer.


Pagi tadi, masa keluar bilik air, cuma tinggal nasik goreng untuk sorang makan.
Hm.. Aku tak boros, aku tak tamak. aku cuma melahap.

Kerja mana ada mudah

on 11.10.05


Menerima satu tugasan dari orang lama, memang sesuatu yang menyedihkan. Kita terpaksa mula balik dari awal. Tambah tambah, stor yang aku terima ni. bilangan dan memang lari teruk. ada yang lebih dan tak kurang jugak yang kurang. sakit otak aku mikir pasal stor ni. memang menyesallah aku terima stor ni untuk aku handle. aku risau satu jer. dan semestinya korang pun tau. Audit. tak lain tak bukan. semestinya. dan yang nak sakit. Aku jugak. orang yang dah lepas. boleh tunding pada aku. haih...

Raya? gila..

on 6.10.05

Image hosted by Photobucket.com

Baru sehari raya, hampir satu opis aku dah shopping untuk raya. sebelum posa pun dah ada yang shopping lagi.. katanya, malas nak shopping time posa. tak larat. nak pengsan. tapi tengok shoping tu.. macam nak raya depavali ngan tahun baru cina dan raya haji sekali jer.
Dan tak kurang jugak masjid masjid yang buat pengubahsuaian. yang aku herannya, masa posa ni lah dia nak buat. itu untuk persediaan raya tu. sepatutnya, buatlah sebelum posa. orang terawih mudah. kesian hayazi... huhuhu

Aku pulak.. macam tahun lepas. tak der rasa nak shopping lagi. sbb nak pi mengutip duit raya pun takdak orang nak kasi dah.. hahaha. tapi ada sikit rezeki lebih. Datin (isteri bos aku) kasi kain pasang untuk buat baju melayu.. hmm.. nak kena pi tempah jahit pulak. manalah kedai yang terima tempahan lagi waktu ni yer..


Harini takdak cerita makan. sbb hari ni aku nak pi beli tiket kat pudu. tak tau nak bukak posa mana lagi. tengok mood jerlah nanti.. hahaha

Makan?

on 5.10.05

Image hosted by Photobucket.com

Gila amat, baru posa, dah macam nak raya. semalam aku gi kaypor jab. nak cari koker oat. buat sahur (tak pernah makan, dan tak reti makan pun, saja nak cuba. Hari pertama, aku makan 4 sudu. lepas tu aku belek belek dalam peti ais. ada apple. aku sahur ngan apple sebiji jer. lagi mudah. huhuhuh)
Gila amat aku tengok orang shopping semalam. mentang mentanglah bonus 2 kali bayar jer.. bukan 6 kali bayar mcm orang duk sembang sebelum ni. siap sampai 2 troli lagi ada yg shopping nya. hmm. semoga makanan makanan yang lebih dia masak nanti, hantar hantarlah buat moreh kat putra harmoni ni.. hahaha.
aku tengah tinggal sorang sorang nii.. dua dua member umah dah balik kampung. tinggallah aku terkontang kanting sorang.

Habis cerita tu. hmm.. Untuk bulan posa ni, aku nak cerita masak jer. sbb itu yang paling menarik. hehehe
aku balik awal arini, beli ayam separuh, kendian cili boh. kendian, hmm.. apa lagi.. oo.. minyak masak dah takder. hmm.. hari ni masak ayam masak cili boh jerlah.. asam jawa sekalilah beli. hmm.. macam mana nak masak..? itu tak boleh bagitau untuk arini. tunggu aku masak dulu. hahaha.. tapi aku jamin. bomba boleh bersedia bukak posa dengan aman hari ni. hahaha

Sepa ada cadangan, macam mana nak makan koker oat??

hmm..

on 24.8.05

Senjata RM2.8 bilion dijual ke Singapura

WASHINGTON 22 Ogos - Pentagon memaklumkan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam mengenai kemungkinan penjualan senjata, kemudahan logistik dan latihan kepada Singapura yang bernilai AS$741 juta (RM2.8 bilion).

Penjualan tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian penjualan pesawat pejuang F-15 di antara kedua-dua negara terbabit.

Agensi Kerjasama dan Pertahanan Keselamatan dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa cadangan penjualan AS itu merangkumi peluru berpandu supersonik udara dan bom kawalan satelit.

Selain itu, ia juga merangkumi penjualan 200 peluru berpandu jarak sederhana model 120 C (AMRAAM), 50 senjata jenis Joint Direct Attack Munitions (JDAMs) dan 30 AGM 154A-1 Joint Standoff Weapons masing-masing dengan keberatan 500 paun (227 kilogram peledak), 30 AGM 154C Joint Standoff Weapons serta 200 AIM 9X Peluru Sidewinder.

``Cadangan AS untuk menjual senjata sedemikian bukan sahaja akan mempersiapkan Singapura dengan keupayaan mempertahankan diri dari musuh bahkan juga menjamin kerjasama yang erat dalam operasi ketenteraan di antara tentera AS dan Singapura pada masa akan datang.

``Ia juga mampu meningkatkan keupayaan ketenteraan Singapura khususnya dalam pesawat antipejuang jarak sederhana,'' katanya. - AFP