Senjata RM2.8 bilion dijual ke Singapura
WASHINGTON 22 Ogos - Pentagon memaklumkan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam mengenai kemungkinan penjualan senjata, kemudahan logistik dan latihan kepada Singapura yang bernilai AS$741 juta (RM2.8 bilion).
Penjualan tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian penjualan pesawat pejuang F-15 di antara kedua-dua negara terbabit.
Agensi Kerjasama dan Pertahanan Keselamatan dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa cadangan penjualan AS itu merangkumi peluru berpandu supersonik udara dan bom kawalan satelit.
Selain itu, ia juga merangkumi penjualan 200 peluru berpandu jarak sederhana model 120 C (AMRAAM), 50 senjata jenis Joint Direct Attack Munitions (JDAMs) dan 30 AGM 154A-1 Joint Standoff Weapons masing-masing dengan keberatan 500 paun (227 kilogram peledak), 30 AGM 154C Joint Standoff Weapons serta 200 AIM 9X Peluru Sidewinder.
``Cadangan AS untuk menjual senjata sedemikian bukan sahaja akan mempersiapkan Singapura dengan keupayaan mempertahankan diri dari musuh bahkan juga menjamin kerjasama yang erat dalam operasi ketenteraan di antara tentera AS dan Singapura pada masa akan datang.
``Ia juga mampu meningkatkan keupayaan ketenteraan Singapura khususnya dalam pesawat antipejuang jarak sederhana,'' katanya. - AFP
patriotik..
adakah kalau kita tau pasal sejarah, kita patriotik?
adakah kalau kita selalu nyanyi lagu patriotik dlm keta, kita patriotik?
adakah kalau kita naikkan bendera malaysia penuh rumah sampai rumah pun tak nampak, kita patriotik?
adakah kalau kita pergi konsert ambang merdeka, kita patriotik?
nota tambahan:
konsert ambang merdeka, aku lebih suka kalau konsert tu ramai artis popular dtg, dan semuanya nyanyi lagu lagu patriotik dari start konsert sampai abis konsert. itu baru konsert ambang merdeka. kalau tak, aku rasa, itu konsert Mambang merdeka.
hmm..
‘Nenek Besi’ tanggung sembilan anak, 12 cucu
TUMPAT: ‘Nenek Besi’. Mungkin itulah gelaran paling sesuai kepada Hasnah Yusuf, 50, yang mempunyai sembilan anak dan 12 cucu yang masih gigih mencari rezeki sesuap nasi melebihi lelaki.
Sekilas pandang, tiada siapa menyangka wanita bertubuh kecil itu bukan saja menjual ikan di Pasar Siti Khatijah dekat Kota Bharu, malah turun sendiri ke laut atau sungai mencari bahan jualannya.
Ketika wanita sebayanya sibuk melayan cucu atau berehat di rumah dengan anak-anak, Hasnah yang buta huruf sejak kecil terpaksa memerah keringat turun ke laut atau sungai untuk memukat ikan dan ketam.
Beliau yang sudah ke laut sejak 30 tahun lalu, mengendalikan sendiri bot ketika ke pasar dan laut kerana kedudukan rumahnya di Pulau Pantai Baru, Tumpat, hanya boleh dihubungkan dengan bot atau sampan.
“Mudah belaka,” katanya apabila ditanya mengenai pekerjaannya sebagai nelayan yang mungkin satu-satunya nelayan wanita di Kelantan.
Hasnah yang ditemui baru-baru ini di rumahnya, di Pulau Pantai Baru, di sini, berkata kesempitan hidup memaksanya turun ke laut mencari rezeki.
“Saya terpaksa ke laut atau sungai untuk membesarkan anak. Kerja ini saya lakukan sejak belum berumahtangga. Kalau saya tidak bekerja menggunakan sepuluh jari ini... nak makan apa?.
“Nak kira cakap-cakap orang, kami nanti kebuluran. Saya tidak kisah apa orang lain cakap walaupun bagi mereka tidak manis wanita turun sendiri ke laut mencari rezeki,” katanya.
Kadang kala, suaminya, Mamat Mat Amin, 57, menemaninya tetapi kebanyakan masa beliau ke laut atau sungai bersendirian.
Hasnah keluar menangkap ikan atau ketam tiga kali seminggu mulai petang sehingga keesokan harinya sambil membawa nasi dan kopi sebagai bekalan meng alas perut.
“Lazimnya, selepas semalaman di sungai atau laut, saya akan pulang ke rumah sebelum subuh kerana kira-kira jam 7 pagi, terpaksa pula ke Pasar Siti Khatijah untuk menjual hasil tangkapan,” katanya yang memperoleh antara RM20 hingga RM30 sehari.
Ditanya mengenai anaknya, Hasnah berkata, beliau tidak begitu mengharapkan bantuan mereka kerana mereka juga hidup sebagai nelayan dan sudah berkeluarga.
Sementara itu, peniaga ikan di Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu, Mohamad Zin Ismail, 40, menyifatkan Hasnah sebagai seorang wanita yang melawan arus serta cekal dan bersemangat melebihi lelaki.
“Saya mengenalinya lebih 20 tahun, orang lelaki pun tidak mampu buat macam Kak Nah, ke laut, berniaga ikan dan ke kebun durian,” katanya.
kalau aku mati nanti, aku wasiatkan telefon aku ni kat hang
taknak aku, nanti kalau hang takleh jawap soklan kubur nanti, hang tepon tanya aku pulak.
di persimpangan ini
kita perlu memilih
antara terus bersama
seiring
atau kau dan aku
membawa haluan sendiri
dan membiarkan cita-cita itu
terkubur..
http://yadziz.fotopages.com UPDATE
jerebu melanda..
subsidi sekarang semua untuk jarum dan kondom saja.
semua terjejas. penjual vcd haram menutup operasi sebentar. pengemis tidak lagi menjual tisu.. semuanya menjual penutup hidung dan mulut. mask. setiap hari mesti beli. kalau tak. bau busuk sendiri. superhero jugak tidak terkecuali.
kecualilah sahabatku
kerana dia telah bersedia dari awal kerana dia tau, dunia sekarang penuh asap. termasuk royalti yang dituntut beliau, masuk angin keluar asap.
cari lagi superhero yang tidak terjejas
Wah.. minggu ni tak peduli langsung aku ngan blog ni. bukan malaih nak update. tapi takdak idea. sbb banyak duk tumpu kat fotopages dan edit gambar. biasalah kan. aritu pergi tangkap gambar sampai 1000 keping. stok sebulan untuk update fotopages tu.
dan untuk yang cari gambar gambar hujung minggu yang lain, sila ke http://photobucket.com/albums/b185/nestum-ais/taman/
29 Julai hingga 31 Julai 2005
Trip balik kampung sambil jalan jalan ambil gambar. diambil menggunakan kamera Fujiflm 7000fx. sekitar kawasan utara. lagi gambar boleh dilihat di link ini http://img.photobucket.com/albums/v609/hangbuah/31072005/ petikan dari http://nestum-ais.blogspot.com/ aku nyer fotoblog baru. hahaha
sebenarnya banyak jugak gambar yang jadi. dari 112 gambar yang diambil. 90 gambar jadi. tapi aku kena buang juga sikit sbb photobuket aku dah full. Dan skrg aku semakin percaya dua perkara.
1. tangkap gambar ni, kira nasib jugak kadang kadang. time dia menjadi. memang gambar menjadi jer kerja. time tak, posing gena pun, gambar mesti ada problem.
2. tangkap gambar waktu awal pagi memang gambar jadi cantik. tak syak lagi.
Saudara Pengarang,
SAYA merujuk pada tulisan Azhan Jusoh dari Sri Damansara, Selangor yang bertajuk “Rimas gelagat masyarakat minat persoal isu picisan” yang disiarkan dalam forum Utusan Malaysia ini pada 27 Julai 2005 yang menyentuh soal kewujudan begitu banyak blog-blog berkenaan isu pecisan terutamanya Akademi Fantasia dari kalangan penulis melayu.
Saya selaku Ahli Jawatankuasa sebuah komuniti blog yang majoritinya melayu merasa agak terkilan dengan kenyataan tersebut. Dari lebih 5000 blog yang wujud di Malaysia dan separuh darinya menjadi ahli komuniti kami, tidak sampai 5% darinya menulis soal isu isu pecisan seperti Akademi Fantasia dan realiti TV yang lain. Kebanyakan dari penulis-penulis blog lebih gemar menceritakan soal masalah, pengalaman dan pandangan mereka untuk dikongsi bersama rakan lain yang juga boleh menjadi sebuah bentuk terapi dan kepuasan kepada penulis tersebut. Terdapat juga blog blog yang mengupas soal isu semasa berasaskan fakta sebenar yang diperolehi dari akhbar pilihan utama seperti Utusan Malaysia dan laporan-laporan dari laman rasmi kerajaan. Malah, idea-idea yang dilontarkan oleh mereka berkenaan isu tersebut amatlah menarik jika mampu diperkembangkan lagi.
Dunia Blog di Malaysia telah meluas, malah turut dijadikan satu bentuk pengajaran oleh beberapa pensyarah universiti kepada para pelajar mereka.
Jika Encik Azhan Jusoh hanya melawat laman laman peminat Akademi Fantasia ini, maka isu isu berkaitan sahajalah yang dapat dibaca. Perumpamaan yang mudah seperti pernah diungkap di dalam sebuah blog, 'kalau ingin mencari teman yang suka membaca, pergilah ke perpustakaan, kalau ingin yang beriman, pergilah ke masjid. Bukannya ingin mencari yang suka memancing, pergi ke Disko". NESTUM AIS, Putrajaya
3. yang ketiga adalah isu mengkorporatkan GJ. isu antara sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan menuju ke pertubuhan yang berasaskan keuntungan. isunya mudah.
Update pasal Diablog??
ooo..
tak mungkin aku akan update hari ni..
aku nak rasa tersisih sehari sambil layan kaset ramli sarip.. siot.. dituduhnya nida, aku tersisih pasal tiket konsert.. tak tau menahu pulak aku kena. hmm.. apapon.. aku dah dengar 3 kali dah rakaman tu. dan aku boleh lah buat rumusan pada hari rabu ni. ok.
rakaman tu nanti aku upload atau buat cd pass pass lah antara korang..
aku ni Individu tidak Berasaskan Keuntungan. jadi takder aku nak niaga niaga nyer.
fikirkan dan nilai diri anda dahulu.
Hujung minggu yang lepas, buat loan dari 'ceti' buat tambang nak pergi bengkel fotografi. bukan senang bengkel percuma diadakan. tapi nak kata malang tu.. taklah sangat. rupanya, cuma slide presentation saja. tapi adalah dia bawak pergi tengok pameran dan dia terangkan pasal gambar gambar yang diambil tu. makan pulak ada disediakan. kira oklah tu. anyway, aritu byk menda sebenarnya otak aku proses dan simpan. mungkin otak aku segar sikit hari tu. mudah dia proses maklumat. kamera yang aku guna tu macam jadi mudah jer untuk dikendalikan dengan segala komplikat menu dia tu. dan ia mengembalikan semangat aku untuk berlajar pasal fotografi. sbelum ni aku fikir, aku takdak bakat dalam ambik ambik gambar ni. tapi selepas belajr sikit sikit. akhirnya, makin mahir. walaupun dari segi artfotografi aku tak berapa lagi. tapi oklah. aku setuju dengan seorang budak yang buat present slide show aritu. dia menggunakan kamera untuk melegakan ketegangan fikiran dia. aku setuju dan aku jua begitu. tambah tambah gambar boleh diambil byk byk tanpa filem. seronok betul. ingat lepas ni nak buat lagi program program seperti hujung minggu lepas dan Zoo aritu. byk mende boleh belajar.
yadziz : bab tercicir tu?
yadziz : hmm.. bagi aku mudah jer.
kurekuresakti : yup
kurekuresakti : mudah?
yadziz : U masih banyak tu..
yadziz : bagitau aku.. berapa ramai dapat 10A?
kurekuresakti : erkk
kurekuresakti : aku tak pasti
kurekuresakti : tapi cam ramai je
yadziz : yang dapat A dalam satu saja subjek saja pun.. dah sama dengan jumlah kemasukkan ke Universiti
yadziz : ini pulak dengan cukup syarat (kredit beberapa subjek
yadziz : kredit C kan?
kurekuresakti : then penyelesaian ko camne?
kurekuresakti : isk mane aku tau sistem skarang
yadziz : mereka terpaksa ke IPTS
kurekuresakti : zaman aku pakai aggregat lagi
yadziz : zaman aku pakai agregat
yadziz : masalahnya skrg..
yadziz : konflik amat besar.
yadziz : PTPTN hanya memberi pinjaman pada subjek kritikal..
yadziz : jangan dikisah yang tak dpt masuk U tu..
yadziz : yang dpt masuk U pun belum tentu boleh abis siap ijazah
kurekuresakti : tu aaa
kurekuresakti : ptptn dah kurang
kurekuresakti : pinjaman dah kurang
kurekuresakti : as if dorongan dah kurang
kurekuresakti : aku risau bangse sendri je skarang
yadziz : nothing we can do.
yadziz : selagi dasar kerajaan begitu.
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : ade pihak nak lawan kan
yadziz : kita mungkin boleh selamatkan anak anak kita.
kurekuresakti : cam umno johor
yadziz : dengan skim pendidikan. simpan dari anak kecik lagi.
yadziz : tapi itu 10 tahun lagi, baru ok
kurekuresakti : takkan suara derang tak nak dengar kot
yadziz : skarang tak..
kurekuresakti : tu laa
kurekuresakti : sementara ni
kurekuresakti : UMNO kene tolong melayu
yadziz : masalahnya umno johor pertikai mirotokrasi
kurekuresakti : tu sebab wujud nye UMNO
yadziz : masalahnya..
kurekuresakti : tok orang melayu
yadziz : mitokrasi is OK.
yadziz : for me.
yadziz : macam shafie kata..
yadziz : kita mesti level up kan standard student kita..
yadziz : masalahnya..
yadziz : bab duit..
yadziz : bangsa kita masih lagi kelas pertengaha..
yadziz : tak mampu lagi nak bayar yuran mahal mahal
yadziz : bab masuk kolej ker U.
yadziz : itu takdak masalah.. kolej banyak.
yadziz : the point at here. is MONEY
kurekuresakti : so maksod ko
kurekuresakti : kite maintain meritokrasi
kurekuresakti : tapi naik kan bantuan?
yadziz : yes..
yadziz : meritokrasi is ok
yadziz : but..
yadziz : bab pinjaman..
yadziz : PTPTN tak boleh main lepas tangan
kurekuresakti : hmmm
yadziz : MARA tak boleh lepas tangan
kurekuresakti : bagus gak point ko
yadziz : peruntukan 300juta yang dipohon untuk bantuan pada pelajar IPTS tu..
yadziz : patut lulus
kurekuresakti : dasar meritokrasi untuk semua orang
kurekuresakti : tapi untuk melayu pinjaman lebih
kurekuresakti : same cam MIC ngan MCA bagi pinjaman kat bangse derang
kurekuresakti : yup yup
kurekuresakti : good idea
yadziz : aku tak setuju, kita nak manja bangsa untuk mudah masuk U..
yadziz : itu yang buat banyak yang lemak bila dah masuk U
yadziz : yang penting.. MAK BAPAK penoreh getah, peneroka..
yadziz : tidak dibeban lagi untuk membesarkan anak anak
yadziz : penubuhan Bank Pendidikan satu idea yang bagus..
kurekuresakti : hmmm
kurekuresakti : yup
kurekuresakti : maybe
kurekuresakti : tapi tu laa
kurekuresakti : camne nak bentuk satu bangse yang ok
kurekuresakti : i mean
kurekuresakti : yang leh come better off dari bangsa lain
kurekuresakti : tanah melayu tanah kita
yadziz : hmm..
yadziz : masalah tu.. asalnya dari rumah.
yadziz : bagi aku sistem pendidikan malaysia perlu diubah
yadziz : bangsa kita lemah cuma kerana..
yadziz : malas berfikir..
yadziz : itu saja sbb bangsa kita lemah
yadziz : kita kita mampu untuk mengerakkan bangsa kita berfikir
yadziz : itu sudah bagus.
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : yup yup
yadziz : aku pernah kuarkan statment.. siapa yang tak membuang sampah merata rata tempat lagi.. baru layak untuk kawin dan menanggung tanggungjawap sbg suami
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : camne ek nak cakap
kurekuresakti : aku kengkadang risau
kurekuresakti : bagi aku
kurekuresakti : walaupon orang dok kate UMNO corrupt and sume
kurekuresakti : and aku tau mmg ade mende camtu dalam UMNO
kurekuresakti : bagi aku UMNO mmg jalankan tugas yang bagus tok negara
kurekuresakti : just aku risau
kurekuresakti : pada negara mungkin bagus
kurekuresakti : tapi asas menubuhan UMNO
kurekuresakti : menegakkan bangsa melayu tu
kurekuresakti : cam kurang usaha nya
yadziz : UMNO memang corrup
yadziz : tapi takpa umno dan mahathir.
yadziz : kita masih belum ada bangunan lebih dari 6 tingkat
yadziz : cuma masalahnya,
yadziz : masa pembangunan yang rancak..
yadziz : kita telah terlupa..
yadziz : selected people mampu untuk mengikut rentak
yadziz : dan yang tak mampu..
yadziz : terus tetinggal
kurekuresakti : tu pasal aku cakap
kurekuresakti : tok negara mmg bagus
yadziz : masalahnya..
kurekuresakti : tok bangsa masih kurang
yadziz : bangsa lain..
yadziz : pemikiran mereka telah kukuh sebelum mereka meningkat n aik
yadziz : kita punya pemikiran.. masih lemah.
yadziz : orang melayu tak malas buat kerja..
yadziz : orang melayu malas berfikir..
yadziz : puncanya..
yadziz : sistem pendidikan
yadziz : sistem suapan
yadziz : suap suap suap dan suap
yadziz : itu puncanya
yadziz : kita punya sistem pendidikan tidak disesuaikan dengan bangsa kita..
yadziz : ia disesuaikan hanya pada teori barat
kurekuresakti : yup yup
kurekuresakti : tu yang kene ubah
yadziz : tapi masalahnya..
yadziz : kerajaan hanya tau berkata.. sistem kita terbaik..
yadziz : diiktiraf dunia
yadziz : lihatlah ada ramai 17A
yadziz : 10A
yadziz : A A A A
yadziz : bagi aku..
yadziz : jika ada ramai boleh dapat A
yadziz : itu tandanya.. sistem kita lemah..
yadziz : sbb banyak yang boleh menang
yadziz : jika hang buat permainan..
yadziz : permainan tu terbaik jika tak ramai yang boleh sampai ke akhir..
yadziz : atau bagaimana?
kurekuresakti : hmm
kurekuresakti : yup betol kate ko
kurekuresakti : but then again
kurekuresakti : bukan mudah nak tukar the whole system
kurekuresakti : timbul plak masalah lain
kurekuresakti : kire nye kemasokan dalam uni makin susah
yadziz : dan jadilah macam tikus baiki labu.. baiki sana baiki sini..
kurekuresakti : atau just memerlukan level yang rendah
yadziz : masalahnya.. kemasukan ke U ok..
yadziz : macam aku kata tadi..
yadziz : masuk U.. 5 kredit
yadziz : hampir 3/4 ada sekurang kurangnya 3 kredit
yadziz : tapi kita ada 1/4 yang ada 5 A
yadziz : mcm mana tu..
yadziz : adil atau tak pada yang dpt 5 kredit
yadziz : sistem pendidikan jika benar pelajar sekarang telah pandai..
yadziz : ok fine..
yadziz : budak darjah 1 dan 2 berlajar mengira dan kenal A B C
yadziz : sedangkan masa tadika diorang dah belajar
yadziz : jadi buat apa lagi nak belajar
yadziz : kalau betul semua dah pandai..
yadziz : benda yang budak STP berlajar tu.. suh budak SPM belajar.
yadziz : kita menaikkan taraf SPM tu sendiri
kurekuresakti : hmmm
yadziz : skrgSPM pun takleh ari makan..
yadziz : paling kurang STP
kurekuresakti : yup
kurekuresakti : tapi basically level stpm
kurekuresakti : lagi lagi sains
kurekuresakti : terlampau tinggi
yadziz : dah tu orang luar siap boleh belajar calculus lagi masa diorang umur 16tahun..
yadziz : aku pernah jumpa exchage student dari jerman
yadziz : diorang berlajar 15 subjek..
yadziz : sedangkan umur 16 tahun baru
yadziz : dah berlajar sama taraf ngan diploma kita kat sini
yadziz : bagi aku.. kita harus pertingkatkan tahap sistem pendidikan kita..
yadziz : aku tak suka bila baca ramai yang dapat semua A dlm exam..
yadziz : sbb berita ramai yang takkan dpt masuk U akan muncul
yadziz : atau.. jika tak mahu laksanakan semuanya..
yadziz : laksana spt Kolej Yayasan Saad
yadziz : asingkan pelajar yang terlebih pandai ni..
yadziz : di satu sekolah..
yadziz : masa PMR diorang belajar SPM..
yadziz : masa SPM diorang belajar Diploma
yadziz : pahtu export ke luar untuk study
yadziz : hahaa..
kurekuresakti : huhu
yadziz : kan aku dah start dah..
kurekuresakti : betol betol
kurekuresakti : takpe
yadziz :
kurekuresakti : bagus gak
kurekuresakti : banyak dapat idea
kurekuresakti : anyway thanks
kurekuresakti : banyak lagi info aku nak carik ni
kurekuresakti : idea idea orang
yadziz : aku bab memaban nii memang pakar..
PROMOSI BUAH DARI HANGBUAH
"jom makan buah"
Dewasa --> bayar RM8
10 hingga 18 tahun --> bayar RM6
di Taman Warisan, Putrajaya pada 23 dan 24 Julai ini.
Anda boleh makan buah-buahan tempatan selagi boleh pelbagai buah-buahan termasuk durian, pulasan, manggis, rambutan, salak, duku langsat dan limau madu, selain sebotol air mineral percuma kepada setiap pengunjung.
Dari 10 pagi sampai 10 malam
dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Marditech Corporation Sdn Bhd
__________________//
Tadi ada tunjuk perasaan depan JPM nii..
pasal apantah, dengar dengar pasal campur tangan dalam Guthrie. biarlah. bukan kaitan depart aku. aku mula mula ingat eksiden. heran pulak, polis KL boleh sampai dulu, ambulan hospital dekat pun tak sampai sampai. last last aku perasan kata tunjuk perasaan. Yang lucunya, dia nak tarik perhatian paklah. sekali salah opis. Opis aku ni bukan pejabat paklah, pejabat paklah yang kubah hijau tu. hahaha.. pejabat aku, pejabat pos adalah kalau nak pos surat kat paklah. hahaha. dah dekat sejam diorang duk situ, baru diorang beransur pi pejabat paklah, aku terima kasihlah pada individu yang memaklumkan kat diorang tu. itulah, lain kali nak tunjuk perasaan pun. survey lah dulu. tapi heran jugak sebenarnya, aku rasa semua org tahu yang kubah hijau tu pejabat Pm. mcm mana lah diorang ni taktau. ish ish
banner yang biru yang ada nama pengasas dan presiden tu,kena rejex sbb terlalu mempopularkan individu tersebut tanpa sebarang bayaran pun kepada GJ. maka dengan itu, aku meneruskan perjuangan dengan membalas pengrejectan itu dengan 9 banner.. hahaha.. chayok chayok
