kerja kerja kerja

on 14.3.05

aku tuliskan dibawah beberapa situasi yg membuatkan aku berfikir seribu

1/ "yaz*d, aku dapat interview jpm rabu ni, interview kat jpm diorang tanya apa yer?"
____aku tak jwp pun soklan ni, sbb aku rasa, dia takkan dapat jawatan tu.. cara dia berfikir dah nampak dah dia akan fail masa interview. apa? ingat ada skima untuk temuduga untuk setiap jabatan ker? kalau ada aku dah kasi tau kat korang yang mana nak interview nanti kat bahagian aku tu.

2/ "yadz*z, hang rasala, ada org nak tukar mai mahkamah penang.. aku tak bestla sini, tak berkembang jadinya."
____Member aku ni pulak, aritu masa daftar taknak kena pergi pejabat kemas pendang. dia nak sekitar penang. aku suh tukar masa hari pendaftaran. dan dapat penang. skrg nak tukar pulak. sorilah, tunggulah 11 tahun lagi. bolehlah tukar. Bagi aku, takdak tempat yang best untuk berkerja. dan seharusnya, kita lebih bersyukur kalau dah dpt kerja tu. janganlah lemau sangat. takdak mendanya yang best kat dunia ni

3/ aku kontek member lama aku tadi, "akum, dengar kata hang dah kawin, betul ker?" dan dia jawap, "wsalam, belum. tempat hang ada kerja kosong tak?" dari seorang sahabat aku yg kerja gaji lebih besar dari aku. aku terfikir, mungkin itulah cara member member lama aku tanya khabar aku sekarang.. hmm

4/ "alah, hang edjustlah ngan bos hang, projek apa apa.. cetak cetak ok jugak. kecik kecik pun jadilah.. lepaih tu besar besar pulak. alah, bila lagi nak tolong member.."
_____Aku bukan kaki bodek alias ampu. mintak maaf.

_______________________________________//

Baru baru ni dalam SPM, lebih 4,410 bakal menjadi graduan dan kemudian setelah tamat akan hampir menganggur, telah memperolehi keputusan cemerlang. tahniahlah aku ucapkan. manakala 56,557 akan menjadi graduan dan akan menganggur. setelah itu 197,353 akan menjadi kuli batak di pelbagai sektor. dan akhirnya 2,483 akan menjadi penghuni pusat serenti baru.
Manakala dalam STPM 252 dari 71,145 akan menjadi graduan dan hampir menganggur.

Dua persoalan yg berlegar dlm kepala aku dlm dua tiga arini.
1/ bagai mana begitu banyak yang memperolehi keputusan cemerlang.. adakah kerana pelajar sekarang semakin pandai? soalan semakin mudah? soalan adalah sama jer macam 10 tahun yg lepaih? atau silibus tak pernah berubah mengikut tahap pemikiran pelajar masa kini?

2/ bagaimana dengan mereka ini, adakah mereka pula akan menjadi pendatang tanpa izin di negara asing kerana tidak memperolehi pekerjaan di Malaysia. buat masa skrg, peluang pekerjaan tidak berkembang secara langsung dengan jumlah graduan yang dijana. hasilnya.. org org seperti matjan. sekadar contoh/

________________________________//

Hari ni memang aku tak sedap hati, rasa bersalah dengan byk org. hari ini adaalah hari untuk aku memohon maaf dari semua org.. mintak maaf semua jika aku telah berlaku kasar pada hati budi korang. maaf..

_______________________________//

tak dpt join mereka mereka itu, 2 group lg tu, tgk SALINA, pagi sampai ptg aku kerja, pahtu malam tu aku kena hantaq memb aku balik kampung. hantaq kat stesen bas jer.. :P tapi secara tak dijangka, aku jumpa sorang gj dari wilayah sana dtg ke kl. dengar kata, tak lama lagi akan dpt kerja sini. bukan main berisi skrg.. wah wah.. tak sangka ku.. ada tips? :D

Popular atau Tidak?

on 8.3.05

Antara JASA dan SUKA?
Yaa... sekarang timbul persoalan, pemilihan calon adalah lebih berasaskan popular. dan tidak melihat kepada jasa seseorang itu.

Aku faham kenapa situasi ini berlaku, kita dlm satu kelompok yang besar, mana mungkin kita mengenali semua org. dan semestinya, yang lebih popular, maka, lebih lah kita mengenalinya. dan apabila ada pilihanraya seperti ini, sudah semestinya nama nama yang begitu familiar dengan kita ini, yang akan muncul dulu dlm fikiran kita. salahkah kita? tidak semua orang mampu untuk terlibat dalam perjumpaan GJ. jadi mana mungkin kita kenal mereka yang aktif.

ok, cukuplah tu pendahuluan. straigth to the point, sebelum tu.. baca dulu petikan ini..

---->
Spefikasi tugas Jawatankuasa Gengjurnal adalah seperti berikut:

01. Berkempen, berdakwah dan memberi motivasi kepada ahli GJ AKTIF merancangkan dan melaksanakan projek. Ini bermakna tiada beban pengharapan agar MT sendiri melaksanakan projek. Projek-projek yang dihasilkan akan melahirkan jawatan ad-hoc yang tersendiri berdasarkan minat dan kecenderungan ahli.

02. Menguruskan perjumpaan tahunan dan anugerah GJ. Sekali lagi, MT juga bertanggungjawab menjana penglibatan ahli secara optimum dalam proses awal hingga ke akhir majlis.

03. Bertindak sebagai pendamai dan penasihat kepada apa-apa krisis yang melibatkan ahli.

Kesimpulannya MT diharap dapat melaksanakan tugas sebagai penasihat kepada komuniti sebagaimana peranan penghulu kepada warga kampung atau United Nation kepada negara-negara dunia.

Mie
----------------------

aku dah highlightkan perkataan perkataan penting dlm pekeliling yang dikuarkan oleh MIE dan jawatankuasa pemilihan tentang skop tugas MT GJ. aku rasa korang sudah boleh paham apa yang ingin aku sampaikan. Mereka dlm GJ haruslah pelbagai. Popular, kerana sebagai pedamai. berjasa sebagai pengurusan perjumpaan dan penasihat. pengalaman, sbg penasihat juga. Tetapi seperti ditegaskan, Penasihat adalah tugas utama. mereka mereka ini harus dari pelbagai sudut dan bidang yang mampu menasihati GJ dalam semua aspek. ya, jika kita menjumpai seorang yang boleh menasihatkan GJ dlm semua perkara, kita boleh jadikan dia sbg presiden seumur hidup GJ. oleh yang demikianlah, aku kira kita perlu ada GJ yang pelbagai dari semua bidang dan berpengalaman.
sebagai pendamai, aku difikirkan, jika sesorang dari hanya satu kelompok majoriti, kita akan sukar untuk berlaku adil. kepelbagaian wakil akan mampu kita menghasilkan sesuatu yang lebih adil.

Dan kerana itulah, aku mintak sangat sangat, mengundilah mengikut keperluan GJ dalam MT tersebut. abaikan SUKA dan JASA. Fikirkanlah terhadap keperluan GJ.
FIKIRKANLAH ATAS KEMAHUAN KEPERLUAN.



SEKARANG MASA UNTUK ANDA MENGUNDI
HTTP://WWW.JURNAL.BIZ/PILIHANRAYA05.HTML

CALON CALON PILIHAN AKU -2005

Senarailah adalah disusun mengikut abjab secara menurun.



Yaabbna, aktif terutama dlm aktiviti berkaitan universitynya. teater menjadi kegilaan. namun demikian, gj tetap tidak dilupakan. menyertai semua aktiviti tanpa mengira kumpulan. beliaulah contoh penghubung jambatan yang dicari oleh tokR. namun demikian, kita tak mampu untuk menriakkan diri dengan beliau apabila berkaitan dengan bowling dan memanah. aku surrender.





TokRimau, perlukah dikenalkan?? tak perlu rasanya, beliau telah menjalankan tanggungjawap beliau dengan begitu baik sekali sehingga nama beliau lebih popular dari GJ. Beliau ingin mengambil keputusan untuk berundur dari sebarang jawatan dlm GJ. katanya, beliau telah mengatakan yg AJK 2004 lebih baik dari 2005, jadi dia tidak boleh jadi ajk 2005. namun, semuanya terpulang kepada anda. (saya mengambil risiko besar dengan meletakkan nama beliau dlm list ini. hehehe)





Tipah, Tipah Vogue, popularnya tokR, begitulah popularnya jugak Tipah Tertipu ini. beliau yang mempunyai pengikut sendiri dan senantiasa join aktiviti. namun dengar katanya, tahun 2005 ni.. nak duk umah jer lebih.. hmm. payahlah nak ronggeng gitu..






Kak Sri Diah dlm dunia penulisan novel diMalaysia tidak perlu diperkenalkan lagi. pergi saja ke kedai buku novel. Naskah novel beliau semestinya, jika tiada, itu maknanya sudah sold-out. Aku amat mengharapkan, dengan kehadiran beliau dlm ajk nanti, mampu memberikan satu gaya baru dlm GengJurnal.




Spyz dan "En. Osman", spyz mungkin tidak nampak keaktifan beliau pada tahun 2004 kerana kehadiran wakil baru dalam keluarga beliau. namun beliau merupanya pestabil keriakan tokR. beliaulah menjaga tokR dari terlanjur kepada tahap riak yg melampau. setiausaha bos yg bagus.





Sultanmuzaffar, satu lagi nama besar dlm GJ. Pro AF ini telah memenangi beberapa anugerah weblog terbaik termasuk dari Gj sendiri. walaupun beliau berapa dlm kelompok beliau sendiri, namun saya rasa, kini, tiba masanya untuk kita menarik beliau bersama dlm GJ, merancang dan mencerna mesej mesej baru ke dlm GJ.





Walau dikejauhan, namun semangat beliau, amat aku kajumi. PakBeruang Penyokong setia TokR ini sentiasa melakukan setiap yang dikehendakinya dengan bersungguh sungguh. beliau juga amat dikenali kerana sistem promosinya yang baik. kita amat memerlukan individu yang kreatif dan produktif seperti beliau..






Op.. op.. op.. op.. ya.. mungkin op akan membakar blog aku kerana memasukkan nama beliau dlm list ini. namun, seperti merasa sesuatu yang tidak adil bagi diri aku terhadap GJ jika tidak mengenalkan individu yang betul betul komited terhadap Gj. dan paling penting, beliau begitu komited terhadap BLOG. setiap blogger pasti mengenali beliau dan senang dengan beliau. semoga dengan kehadiran beliau dlm GJ akan dapat melahirkan individu yang berkemampuan untuk menjadi pemandu F1. hehehe





Apa yang diterkejutkan, seorang peguam juga mampu menulis. malah tulisan beliau sudah banyak berada dipasaran. PENULISAN dan UNDANG-UNDANG merasakan dua perkara yang pasti merupakan sesuatu yg baik kepada GJ jika beliau berada dlm pimpinan. kita memerlukan beliau dalam menasihatkan AJK yang akan dilantik nanti semoga tidak melepasi paras riak yang telah distandardkan. Kak Nisah





Mungkin, inilah produk NETT dalam usaha mencari penganti beliau. Nida merupakan individu sesuai bagi mengantikan Nett sebagai bendahari. seorang yang rajin dan pemurah dan semestinya seorang yang amanah. lihat sahaja gambar, beg beliau sentiasa dipegang walaupun ketika nak makan. tak ker amanah namanya tu??





Antara orang kuat GMI dan GL. malah, bukan itu sahaja, ND juga adalah simbol semangat baru di dalam GJ. semangat yang membuak buak ini tidak harus kita hentikan malah kita beri ruang yang lebih baik lagi.





Orang kuat jln riong dan rumah pena ini, tidak kurang hebatnya, otaknya yg kreatif dan tenaga sentiasa bermain embun, jiwanya sentiasa kental. hahaha. tapi, keperluan orang media dlm ajk memastikan bahawa beliau adalah yang selayaknya berada dlm senarai 2005. Nazmi





Individu ini aku tak tau mcm mana dia memperolehi satu populariti yang begitu gah. namun sayang, populariti beliau masih belum mampu menolong beliau mendapatkan perkerjaan. Namun demikian, pengalaman beliau sebagai Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sebuah ipta popular malaysia semestinya akan amat berguna kepada kita semua. MatJan




Uncle EP, jiwa yg sentiasa muda belia, tak mcm tokR. hahaha. beliau sentiasa saja akan cuba bersama dengan GJ disetiap aktiviti yang diadakan.



Orang kuat GL ini, seharusnya berada dlm jawatankuasa bagi memudahkan penyelarasan dan keserasian dengan GL. E-1





Dari sebuah idea yang sekadar suka suka, kini GMI telah menjadi satu entiti yang kukuh. Beliau merupakan produk hasil 'Anarki Terpimpin' ciptaan tokR. Basri sentiasa saja timbul dengan idea idea yang tidak perlu dicanang lama sebelum direalitikan. Basri


mesej dari tokR

PILIHANRAYA GENG JURNAL

Pilihanraya Geng Jurnal telah tiba. Berikut adalah cara aku memilih calon:
:: GJ mesti terus aman, makmur dan harmoni dalam memperkasakan literasi tanah air. Jadilah lensa kepada masyarakat yang rabun huruf.
:: Teruslah memberi inspirasi untuk ahli-ahli GJ menjadi sukarelawan. Berjuanglah untuk menjalankan projek dengan kreatif. Seronok bertugas.
:: Hamparkan jambatan antara ahli baru dan lama. Antara Ronggeng dan Lantit. Teruskan memupuk semangat setiakawan yang tinggi.


Pada aku pulak, apa yang aku harapkan dari GJ 2005
1. AJK terdiri dari pelbagai individu dari pelbagai latar berlakang. ini akan dapat mempelbagaikan corak dlm GJ
2. AJK mempunyai wakil dari semua kelompok dalm GJ
3. AJK terdiri dari semua individu individu hebat dlm GJ. aku fikir, mereka mungkin boleh bersama menyumbang dalam membina GJ yang lebih hebat

Matlamat yang mungkin akan cuba dicapai 1. Perpaduan sesama ahli
2. meramaikan ahli
3. menstabilkan GJ
4. menghebatkan lagi GJ



SEKARANG MASA UNTUK ANDA MENGUNDI HTTP://WWW.JURNAL.BIZ/PILIHANRAYA05.HTML

CALON CALON PILIHAN AKU -2005

on 7.3.05

aku berehat sehingga 31 Mac 2005

Tiada ronggeng
tiada lantit
tiada YM
tiada blog
tiada shoutbox


SPR tak leh terlibat dengan mana mana individu.



*kita tak boleh tulis apa yg kita suka
tapi kita mesti suka apa yang kita tulis...
sh*t


sekarang, aku bukan lagi SPR

puas hati matjan?

SEPET!

on 5.3.05

semalam atas jemputan pengaruh rakan tak sebaya (malah lagi tua) akhirnya aku menonton sepet untuk kedua kalinya. menonton dengan kadar yg selesa dari segi suasana namun tidak dari segi tempat duduk dan skrin. kalau aku tau ada gsc dekat situ.. aku ajak pi gsc lgi best. sepet sudah menjadi buah isi penting kepada semua blogger. minggu ini adalah minggu sepet, sehingga kan mereka(dia) yg tidak mahu menonton sepet pun, cerita juga menunjukkan fenomena sepet menenggelamkan fenomena kita kita jer dan misai boleh tanggal. aku menonton kali pertama pada hari pembukaan tayangan, namun aku masih belum buat apa apa review kerana ingin menunggu tontongan ke2.pertama kali aku menonton, aku memberi rate 56233623 bintang, tetapi selepas menonton kali kedua, aku menarik kembali rate sbyk 56233619 menjadikan sepet hanya 4 bintang. jangan risau, ia adalah sesuatu yang adil kerana filem filem lain dari razak mydin terutamanya berhutang bintang dengan aku kerana seperti kata ku seman UTusan, telah menghina tahap intelek aku. 4 bintang untuk filem melayu adalah satu rate yg tinggi yg aku telah beri setelah dikecualikan jogho.

Permulaan yg melekakan, membaca dan menghayati lukisan tentang org org kuat sepet membuatkan aku leka dan takjub, ia sesuatu yg sungguh cantik dan satu keterpaksaan kepada penonton untuk membaca dan mengetahui dalang di sebalik sepet. seterusnya diakhir tayangan, list krew yg dipamerkan terpaksa dibaca juga kerana tidak mahu bergerak dari kerusi kerana terlalu mengharap ada sambungan ceritanya. satu cara menghargai krew yang baik.

cerita
penceritaan yg tidak banyak terganggu akibat kerja tangan tambahan dari LPF yang masih lagi berkisar cinta. dengan mengabaikan kaum india dari cerita ini, namun cerita ini sudah cukup untuk mengambarkan malaysia. cerita yang seperti kata matjan faktor 'hmmm' cuba disuap kepada penonton. skrip yg 4 bintang yang cuba memberi lontaran fikiran dari sudut yasmin kepada walaupun kengkadang nampak keteerpaksaan untuk skrip itu berada di situ.

camera
seperti seorang jurukamera foto, kita telah diberikan shot shot yang mempunyai makna yg perlu ditafsirkan. camera yg tegap disatu tempat memberikan penumpuan penuh penonton kepada apa yg ingin disampaikan. cuma kengkadang, ia agak keterlaluan sehingga memaksa pelakon itu terpaksa sendiri menghadap kamera, seperti berlakon dipentas. beberapa shot yang menampakkan hanya dari satu arah, contohnya, jika jason sedang bercakap dengan seseorang, jason hanya membelakangi kamera dan membiarkan sorang lagi yang hanya berlakon di camera. jangka masa yg lama membuatkan kurang umm.. mungkin yasmin inginkan tumpuan penonton lebih kepada skrip (optimis ). namun keadaan begitu membuatkan penonton tak dpt untuk merasai perasaan dua dua individu kerana hanya mendengar suara tanpa riak wajah, adalah payah. lebih baik jika buat drama radio. kengkadang skrip yang sekata tetapi dengan riak wajah yg sesuai, akan mampu memberikan makna jugak. cuma itulah komen aku yg gemar bermain kamera, shot yang dibuat hanyalah dari satu arah sahaja. ada part yg sesuai.. tetapi tidak semua perlu begitu

pelakon
kemunculan sharifah amani adalah star dlm filem ini, keupayaan mulut bechok nyer dan riak wajah yang pelbagai dan sesuai serta perubahan emosi yang bagus membuatkan dia adalah tumpuan penonton. menonton geletahnya sebelum ini semasa teater HEMLET (jasa Nida) membuatkan aku mengharap sesuatu yg terbaik dari beliau. dan semestinya seperti akaknya aliya yang semangat siap membawa selimut untuk menonton teaternya ditempat penghawa dingin yang mungkin kehilangan kontroler begitulah juga aku yang begitu semangat menonton beliau berlakon. kemunculan adibah noor juga menarik perhatian aku. akress berbakat besar ini memang sama ngan amani. cuma aku tak dpt bayangkan lagi bagaimana amani selepas 20 tahun lagi seperti adibah. hahaha
lain lain pelakon melakonkan dengan agak bagus kecuali bapok liar si dicaprio tu.. perosak filem. mungkin yasmin terpaksa ambik dia kerana wajah dia untuk samakan dengan watak tu.. kalau nak kira bakat, baik lagi monyet yg berlakon national geography (.

arahan
pengarahan yasmin sebenarnya byk bergantung pada skrip kerana itulah sebenarnya yg ingin disampaikan oleh beliau. dari segi lakonan, nampaknya beliau byk menyerahkan kepada pelakonnya untuk melakonkannya. inspirasi yang dikehendaki yasmin sememangnya dapat diterjemah dengan baik oleh para pelakonnya (kecuali bapok liar). kerjasama begini amat mengagumkan jika dilihat kepada pengalaman setiap pelakon. walaupun ada bbrp pelakon yg agak kaku terutama pelakon tambahan, namun masih lagi pada tahap tidak mengapa. namun pengarahannya dibabak babak 10 minit terakhir terlalu mengecewakan aku, terlalu lemah pada pandangan aku. selain dari soal sampul surat merah biru telah turun warna menjadi putih bersih. beberapa babak seperti, kamera shot hanya dipintu semasa orked angkut barang nak keluar, dia pandang laci kendian keluar, kendian kamera masih shot di pintu membuatkan penonton sudah menjangka, orked akan kembali mengambil surat tersebut. kendian babak jason membawa motor ala mat chilok pulak membuatkan penonton sudah mampu menjangka sad ending. dipersoalkan pula, kenapa jason bawak moto begitu, itu adalah cara bawak moto org nak layan bawak moto alias menunjuk nunjuk sedangkan dia mahu cepat ke airport. dan dipersoalkan juga kalaupun cara bawa dia begitu, kenapa masa dia bawak moto masa cari bunga tu tak mcm tu. kendian sudah semestinya babak over acting ida semasa dlm kereta menjejaskan mood penonton untuk mula menjiwai bersama. babak orked selesai membaca surat tetapi tak reti reti nak telefon jason dan jugak nak buat kall sekali lagi sampai kena suruh. namun babak yang paling bagus sekali dlm babak akhir ini adalah nokia 3210 tidak akan ada masalah walaupun hang aksiden dan terlempar jauh dari hang tetapi masih lagi boleh berdering dan mendengar org bercakap dan beercakap malah tidak terburaipun housingnya.. HIDUP 3210!! hahahaha

penuh sindiran
itulah rumusan untuk sepet. walaupun sindiran kpd org melayu telah dipotong oleh LPF selepas ayat "not all malays are lazy...", namun sindiran sindiran lain yang disampai dengan maksud yg tersirat. aku paling suka sindiran bagaimana orked seorang yang tidak tinggal sembahyang di waktu 'sihat' dan juga rajin membaca al-quran namun tetap vogue dengan freehair dan skirt pendek. ia telah diterjemahkan lebih awal kepada aku sebelum memasuki panggung smlm selepas maghrib melihat seorang yg dengan baju agak vogue dan rambut berkarat masih lagi bersolat maghrib di sunway piramid. sindiri jason yang mahu kumpul duit dan pergi ke obersi berlajar sama sama dan bekerja part-time sama sama dan melepaskan tajaan pelajaran orked untuk diberikan 'yang lebih layak'. aku percaya, dan yakin kenapa ramai org melayu tidak mahu tgk sepet dan lebih suka gk3 . kerana mereka tidak mahu berfikir. sindirannya terlalu jujur dan baik untuk kesihatan terutama kepada yg tak suka makan sayur .

walaupun ditayangkan hanya di 8 pawagam seluruh negara dan hanya 12 hari sahaja mengikut laporan sebuah akhbar namun harapan aku, para penonton yang mengunjunginya dapat mengambil mesej dari filem tersebut dan juga berbangga, anda ada filem yang bagus. tahniah kak yasmin, kami benar bangga. teruskan

BINTANG :

CARTA GSC
24 Feb 2005 - 02 March 2005
01 Constantine
02 Hide & Seek
03 Boogeyman
04 Seoul Raiders
05 Sepet
06 Shall We Dance
07 Flight Of The Phoenix
08 Sukran
09 I Do I Do
10 GK 3


yadziz : tak sabar aku nak tau jumlah kutipan sepet!

Putrajaya

on 28.2.05

Gambar ihsan:- http://pergh.com/forum





Tatkala aku sibuk menghabiskan ayam perisa bbq di F1 serdang bersama geng jurnal parlimen serdang (laporan boleh di dapati di http://bukunota.blogspot.com gambar di http://genglantits.fotopages.com ), di putrajaya berlangsung funfair FUNDfair di dataran putrajaya. agak mengejutkan aku apabila program seperti ini tidak disaring dengan sepatutnya oleh pihak jakim yang ibu pejabatnya hanya 1.5km dari situ. program yang macam biasa berselindung di sebalik PROGRAM AMAL konon kononnya. aku tak kisah jika program ini dibuat di hadapan POJ di presint 3, tempat biasa program program seperti itu, tetapi program berhampiran masjid seperti itu seharusnya menjaga sensitiviti agama islam. tidak seharusnya lebih memikirkan pasal ICM, jika perkara dihadapan pejabat sendiri tidak dpt diteliti. Islam Hadari ker islam hindari?

terbit pasal cerita pasal putrajaya ni, mungkin boleh aku bercerita sedikit pasal putrajaya dari sudut pandangan aku setelah 6 bulan berada disini.

berada ditingkat 37 maju tower kuala lumpur sewaktu berkursus di sebuah syarikat, sudah cukup untuk aku memahami kenapa Dr. M beriya-iya membina putrajaya. Kuala Lumpur tidak dapat diselamatkan lagi. itulah yg boleh dikatakan. kalau ingin membina semula kuala lumpur sbg sebuah bandaraya bestari. mungkin 50 atau 100 tahun baru kita akan berjaya. berikan satu tempat yang paling bagus untuk ditunjukkan kepada org asing yg kita boleh bermegah yg segalanya ada baik sekalipun tidak mampu capai yg terbaik.. Kotor! itulah yg mampu aku katakan. beberapa eksiden yg terjadi semasa pemimpin luar berada di Malaysia membuatkan lagi Dr. M membuak buak membina Putrajaya.

putrajaya, segalanya dibina dengan memikirkan pelbagai aspek
1. kebanggaan
2. kesesuaian
3. keselamatan
4. keselesaan

kebanggaan, aku rasa korang semua dah faham. kesesuaian, kira mcm mudahnya userfriendlylah.. memudahkan orang ramai dan pihak pengurusan. keselamatan, berkaitan terutama dengan dokumen kerajaan terutama apabila berlaku satu kes dulu, rahsia antara kerajaan malaysia dan england telah diketahui oleh pihak media terlebih dahulu sehingga hampir menjejaskan hubungan antara 2 negara. keselesaan bukan setakat hidup dengan aman tetapi juga bersih

namun seperti yg dicanang canangkan.. infrastruktur kelas pertama tetapi dengan penghuni kelas ke 18, apalah ertinya. aku masih tak mengerti masih ada pelajar yg ponteng sekolah dan ada juga kumpulan pelajar yang memecah masuk rumah orng time waktu kerja sedangkan polis meronda setiap masa. Salah polis atau salah penjaga? hm.. mungkin salah dato' seri samy..

oklah.. aku stop, mood aku dah spoiled! cukuplah..



nota kuku : apalah erti kesabaran jika hanya sorang saja yg sabar. yg melihat tak sama yg merasa.

Kursus lagi minggu depan

on 22.2.05


Course : ND610 - Developing Dynamic Web Applications with IBM Lotus Domino 6
Old Date : 21-23/02/2005
NEW DATE : 28 Feb - 2 Mar 05

Course : Notes Domino 6 System Administration : Operating Fundamentals (ND750)
Old : 28 Feb 05
NEW DATE : 7 March 05

Course : Notes Domino 6 System Administration : Building the Infrastructure (ND760)
Old : 1 - 2 March 05
NEW DATE : 8 - 9 March 05

Course : Notes Domino 6 System Administration : Managing Servers and Users (ND770)
Old : 3 - 4 March 05
NEW DATE : 14 - 15 March 05
Posted by Hello

macam mana melayu nak maju?

Kawan : aku nak mintak tolong ni
aku : apa?
kawan : hang ada member tak yang boleh edit video
aku : berapa hang nak bayar?
kawan : aku ada dah gambar, cuma nak edit buat video jer
aku : hm.. tapi berapa hang nak bayar?
kawan : macam mana melayu nak maju, awal awal dah tanya bayaran
aku : macam mana melayu nak maju, semua nak free
kawan : takpalah.. takpayahlah


Bakat dan kemahiran kawan kawan aku untuk dibayar, bukan untuk digunakan sahaja.

Blog? Weblog?

on 17.2.05

Ntahlah.. (<-- perkataan pertama yg memungkinkan ini entry yg panjang).. dunia weblog muncul sebagai satu alternatif kepada individu individu yg merasakan penulisan adalah terapi yg terbaik untuk dirinya. tak semua bijak untuk meluahkan apa yg difikirkan kepada khalayak melalui lisan. dan ada jugak yg bijak meluahkan tetapi tidak mempunyai audion yg sesuai. sbb kedua mungkin yg byk dihadapi oleh semua.
Kita tahu apa yg kita nak luah, dan kita mampu untuk luahkan di dalam lisan. tetapi masalahnya, siapa yg ingin menjadi pendengar. kebanyakan kita mempunyai persekitaran yg pelbagai. mungkin mereka mampu untuk menjadi kawan kita, tapi tak semestinya, cara dan apa yg difikirkannya adalah sama dengan kita. kita mungkin suka tentang bola, kawan kita mungkin suka tentang skill pemain tertentu, dan kita pula lebih suka tentang skill pengurus mengatur pasukannya. aku tak nafikan bahawa, ada di kalangan kita yg aku fikir sangat bertuah kerana mempunyai kawan yg cukup sekepala. tapi tak semua kita bertuah.
dunia weblog menjadi satu pilihan untuk kita mendapatkan audion, tidak kiralah audion kita itu sekadar ingin mempromosi blognya atau sekadar mengulas atau sememangnya sekepala. siapa kata tidak mungkin kita akan menjumpai mereka yg satu kepala dengan kita di daerah nusantara ini. jika entry seseorang terlalu umum atau menepati minat dan jiwa pembaca weblog masa itu. blog kita akan menjadi meriah.
berkaitan dengan ntry pulak, ia adalah terpulang kepada kita, kerana jika kita menulis kerana mahu mengemuka pendapat atau pandangan atau cerita sesuatu dari sudut pandangan kita, kita harus percaya pada diri kita dan mempunyai konsep yg tetap. Konsep kebebasan adalah amat diraikan di dalam blog. "Aku tulis apa yg aku suka, kalau kau tak suka, jgn masuk dan jangan baca". tiada paksaan dan sekatan dlm blog. tiada satu protokol atau skima khas yg perlu diikuti. tiada pula individu tertentu yg kamu perlu lindungi atau pertahankan. NAMUN, setiap apa yg kamu tulis adalah menjadi tanggungjawap kamu. kes seperti jeff oii sebelum ini, telah menganggu kerancakan dunia weblog, ia membuat kita lebih berhati hati dalam menyentuh soal negara. Kita mungkin boleh katakan bahawa "PakLah selalu lambat datang ke Majlis Rasmi dan apabila beliau mengesyorkan tentang peningkatan kualiti perkhidmatan awam, tetapi kualiti pejabat beliau dan timbalannya masih belum memuaskan apabila org telefon seharian tak berangkat". Apabila kitakana ayat seperti ini, kita menyatakan apa yg kita alami dan lalui. tetapi media dimalaysia adalah media mengampu perdana menteri, ntry sepertii itu akan ditafsirkan sebagai menghina perdana menteri dan seterusnya kita(aku) akan dikenakan IS* kerana menghina perdana menteri dan kembali semula isu berkenaan weblog dan menyebabkan internet akan dipotong dan tidak dibekalkan kepada para mahasiswa lagi. Dan laman porno serta penyebar email spam masih lagi seperti biasa menjalankan aktiviti mereka. Namun, pada penglihatan aku, ramai blogger yg cuba melarikan diri dari menyentuh soal negara dan lebih pada tahap persekitaran mereka sahaja. sesetengah pihak mungkin menganggap ia adalah satu kekurangan yg mesti dibetulkan dan menyatakan yg karya melayu dan orang melayu tidak akan kemana mana jika mereka masih lagi selesa di dalam kelompok persekitaran sahaja. ya, seharusnya mereka sedar bahawa ketetapan dan pembatasan terlalu byk perkara oleh undang undang menyebabkan org melayu sudah bosan.
Apa yg penting adalah, kita menulis kerana kita mahu tulis tentang perkara tersebut dan kita bersedia untuk mengambil tanggungjawap terhadap perkara tersebut. kepada yg tak suka, pedulikan.
ada juga yg berblog kerana ingin perhatian dalam bahasa baiknya, atau popular dalm bahasa terus terangnya. mereka pada awalnya menggunakan blog untuk kepuasan diri masing masing dalam menulis dan meluahkan isi hati tetapi kemudiannya menukar rentak dengan menulis untuk memuaskan hati org lain. mungkin, ya benar yg jika ramai puas hati membaca ntry kita, kita akan rasa puas hati, tetapi ia ibarat memberi makan ikan di tasik, kucing dirumah kelaparan.
perkara seterusnya dalam menulis blog adalah, apabila blog kita Istimewa dan menjadi tempat kunjungan utama blogger dgn hits beratus, kita akan menghadapi risiko, cerita pasal B dan A, Y ngan Z terasa. perkara seperti ini tidak dpt dielakkan kerana, hidup kita akan hampir sama, kerana untuk kita mampu berkongsi pengalaman dan pandangan.
Menulis blog ibarat menunggu budak menjual nasi goreng ayam di blok rumah pangsa, kita harus mengambil risiko terhadap apa yg kita tulis.
ibarat kereta ngan sime tyre, mahu tak mahu, apabila blog seseorang itu popular dengan hits beratus, Blogger tersebut akan MENUMPANG popular blognya. kengkadang, Blogger itu yg lebih popular dari blognya. kalau nak ikut, blognya bukan sentiasa update pun, namun demikian ia menyumbangkan kepada satu proses pembangunan insan yg baik apabila blogger ini sampai ke tahap riak. apalah guna bola no 14, kalau semua nak guna no 8. fenomena individu individu berhati kaldai yg busuk hati dan jelos alias dengki dengan mereka yg riak ini tidak mampu dielakkan lagi. ia mungkin satu perkembangan yg sihat dlm pembentukan insan kamil tetapi mungkin sesuatu yg perlu diteliti semula dlm dunia weblog. tapi kalau takdak yg dengki, payah jugak, nanti asyik tak sedar diri pulak.
tertubuhnya kelab sosial blogger ibarat org ngantuk disorongkan kredit Rm60, ia telah cuba memberi satu pandangan medium baru yg lebih nyata. ia sebenarnya menyumbang kepada perkembangan pesat keyakinan diri blogger yg sebelum ini lebih byk menumpukan diri di hadapan monitor 14 inci. walaupun ianya lebih byk menghabiskan duit dari duduk dpn pc yg hanya RM88++ saja sebulan, namun hasilnya, boleh dibanggakan. buat masa ini, dalam rekod jabatan, byk jugak yg telah mengikat tali petunangan secara tak rasmi antara blogger. dan LAGI Ramai yg bercerai sebelum sempat ditunangkan secara rasmi. Namun ditegaskan disinikan, kelab sosial seperti ini bukanlah sebagai kelab pencari jodoh, jauh sekali kelab mencari bodoh, ia adalah kelab yg mengraikan para blogger yg disangjungi ntrynya didunia siber di dlm dunia nyata. kelab minum teh dan roti nan, kelab badak berendam, kelab mencuci longkang, kelab main embun adalah sub sub kelab dari kelab sosial yg sedia ada yg mana cuba untuk mengeratkan tali silaturrahim antara blogger. namun, yg menyedihkan, ramai blogger yg apabila rajin bersosial, terlupa perkerjaan utamanya, iaitu mengupdate blog, hobinya berkerja kerajaan atau swasta, hanya dilakukan pada waktu lapang atau hari tidak mendapat MC. dan jadilah beberapa blog yg bersarang tebuan yg tidak perlu diperkenalkan lagi.
dah dah.. aku rasa elok aku berhenti menulis, karang lagi teruk aku merapu, mcm menghantar sms pada matjan, biarpun dia ada kredit, belum tentu dia akan balas, begitulah aku arini yg terpaksa bermain hujan. lebat gila hujan, sampai terserlah keburukan teminal pengangkutan barat alias stesen ERL putrajaya, bocor berapa byk tempat.. itu tu.. nak salahkan kontraktor ker? kerajaan ker? JKR keR? dato' Sami ker?. Kerja takdak.. raya ada..

_________________________________//ntry ini adalah sempena menyambut hari terakhir aku berkursus untuk bulan Februari, bulan 3 ni pulak aku kursus. tempat aku kursus best.. ada YM.. hhehehe

Tol tol tol

on 15.2.05

Lebuh raya dinaik taraf - UTUSAN
``Kerajaan akan memeterai perjanjian baru dengan PLUS, tetapi mengenai tempoh konsesi (yang sepatutnya tamat pada 2030), kita kena tunggu perbincangan selanjutnya,'' katanya.
Selain itu, katanya, pembinaan Lebuh Raya Simpang Pulai-Kuala Berang sejauh 333.9 kilometer (km) yang tertangguh sebelum ini akan disambung semula dalam tempoh tiga hingga empat bulan ini.

Samy Vellu menyatakan perkara itu sebagai mengulas peruntukan sebanyak RM28 bilion itu yang disediakan dalam Bajet 2005 bagi merancakkan kembali sektor pembinaan negara.
Semalam, Perdana Menteri berkata, sektor pembinaan negara akan kembali aktif pada tahun ini berikutan pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan bagi membantu memulihkan sektor tersebut termasuk menyediakan peruntukan itu.
Sebelum ini, kementerian itu menganggarkan projek menaik taraf laluan lebuh raya itu menelan kos sebanyak RM700 juta bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya pada musim perayaan.
Aku tengah sakit kepala ni.. mesti tokeipajak akan tanya lagi sekali ngan aku.. soalan yg aku tak boleh jawap lagi sbb pengetahuan aku yg sungguh cetek.. aku dengan rendah diri, ingin memohon bantuan semua untuk menjawapnya..
Tokeipajak tanya aku.. Kerajaan bagi/pinjam duit kat PLUS. tapi kenapa pengguna yg kena bayar balik dengan bayar TOL?
hanya bantuan korang mungkin mampu membantu aku bersedia..

Apa?

on 14.2.05

Baru sampai dari kampung, balik tengok mak ngan ayah akulah.. walaupun sekejab.. ayah aku kurang sihat sikit.. kena kayap.. pahtu ambik ubat kampung... mcm mcm bomoh tu pesan pantang sampai ayah aku dah tak dak menda yg nak makan lagi.. last last mintak buah pear (<--betul ker eja gini?). aku masalahnya.. bukan taknak beli.. buah nya pun aku tak kenal..
______________//
yadziz, saya ada berita buruk untuk kamu, saya harap kamu tabah dan bersedia menerimanya, berita ini telah disahkan oleh yg bertauliah, memang pasti..
yadziz, kamu disahkan.......
pinggang kamu berkurang lagi satu inci..!
aarrrgghhhhhhhhhhhh......!!!!
tidakkkkKKKKKkkkKKKK!!!!
makin kurus lagi aku..

Fotopages Update!

on 6.2.05






Jgn tanya kenapa lambat upload kerana jawapannya sudah semestinya, aku malas.

Cargas!

on 5.2.05

Semalam, tak tau kenapa, aku teringkatkan Allahyarhamah kakak angkat aku masa aku kolej dulu. Dia telah kembali setelah bertarung dengan sakitnya. Kanser Ovari. Aku memang agak rapat ngan dia. bill tepon aku pun meang selalu boleh tinggi. sbb seronok sembang dengan dia. rekod aku bergayut pun, dengan dia.. start dlm kul 11 malam sampai dengar azan subuh. Terkilan juga aku masa hari dia meninggal, aku tak dpt nak mengunjungi dia untuk kali terakhir. Rindu aku ngan dia bila aku tengok telefon aku. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan mereka mereka yg dikasihNya.

_________________________________//
Semalam, aku kerumah pena dengan menumpang kasih kekasih GJ. Memang trujalah aku, sbb first time aku join. dan pulak tu, aku dpat jugak jumpa mereka mereka yang amat aku segani. Selalu aku duk jaga menteri menteri jer.. tak best. tarak apa. tak rasa apa pun. apa yg mereka bicarakan hanyalah omong omong kosong. Zero. tarak apa. Rais yatim pun hadir semalam. tapi bagi aku, hadir beliau bukan sebagai menteri tetapi sebagai pendukung amanah memartabatkan seni dan budaya melayu di tempat yg sepatutnya. Namun semalam. aku tersalah port memilih. aku berada dibelakang pembesar suara. bukan dihadapan. jadi sound yg aku dengar memang kurang memuaskan hati aku. dengar memang dengar tetapi aku tak dpt serap energinya. Truja sekali lagi aku mendengar setiap tutur kata dari Datuk Seri Utama Rais Yatim. terlalu indah. setiap yg ingin dilafazkan, akan difikirkan dahulu, 'fikir dulu sbelum cakap'. Cuma semalam, aku rasa cam nak ikat jer bebudak 3 ekor yg duk main main sana sini depan aku tu.. aku ikat kat pokok baru tau. ganggu betul konsentrasi aku. Ssepatutnya aku mesti mencari ruang di bawah khemah. tetapi dari pengalaman sebelum ini, aku merasakan, di bawah khemah akan kepanasan. kerana ruang untuk udara berputar, tiada lagi. Variati yg cuba disampaikan semalam aku kira, mencukupi, takjub aku melihat a.samad said yg berdiri dihadapan pintu, menyambut tetamu seorang diri. takjub sekali lagi aku, apabila Ras Adiba meminta semua penonton menutup mata menghayati deklamasi beliau yg kedua, hanya a.samad said bersedia menurut. yg lain tak nampak pulak aku menutup mata. seorang sastera sejati. seorang insan yg patut disegani.KEhadiran semalam yg aku nampak dan kenal, DSU Rais, Senator Datuk Jins, SN A.SAMad, Lee See lim, S.Othman Kelantan, Ras Adiba, lolog, Datuk Johan Jaafar, alamak, tak ingat pulak aku. takpalah, cukuplah aku katakan, rugi sepa tak pergi.

_________________________________//
Aku malas nak komen pasal ni, tapi biarlah terus dinyatakan. pelajar universiti ni, kurang adab. aku bg 2 contoh.
1. Semasa kami nak balik dr rumah founder Gj. Kami berhenti solat di sebuah hentian rehat yg popular di lebuhraya. dlm tempat solat wanita, seperti diceritakan kepada saya, sbb aku tak boleh masuk. bebudak entah dari U mana (sebenarnya tahu, tapi malas nak ckp). boleh duk guna surau tempat solat, nak salin baju semua, sampai tempat solat yg besar, tinggal untuk solat 2 3 orang jer boleh. yg lain penuh baju, nak strika bajulah, nak salin baju, nak tidur. dah lah tu, siap sembang kuat kuat, sampai ke bahagian laki pun dengar. kuat bukan main. kendian pulak tu, boleh pakai singlet ngan seluar pendek dlm surau, duk stika baju dan pimai pimai sana sini. aku tak kisah bab nak salin baju ka apa ka. yang duk buat bising dlm surau tu apahal.. nak bising bising.. pergi funfairlah.

2. semalam, datang ramai ramai naik bas, untuk memeriahkan majlis. masalahnya, betullah diorang ni buat meriah majlis. duk bersembang bukan main. orang nak konsentraik pun tak boleh. sakit hati betul. memang patutpun kempen budi bahasa tu. lancarkan peringkat universiti sama. teruk sangat.

________________________________//
Korang pergilah jenguk sahabat kita tu,
http://kroni.biz/jj. kita ni orang melayu, orang dlm kesusahan, kita kenalah jenguk jenguk, pasal hulur hulur tu.. pandai pandailah.. dengarlah rintihan beliau RUNUT BUNYI. sebagai seorang Presiden 2 buah kelab pecahan gengjurnal yang baru, kita seharusnya memberikan bukan sahaja sokongan dan dorongan tetapi juga kutukan dan cacian terhadap Presiden Kelab Riak dan Takabbur Gj dan Kelab Bangun Tidur Lewat Gj. Lawatilah, dan tinggalkanlah kata kata semangat untuk dia walaupun dikala ini, dia masih lagi belum bangun tidur.. hahahaha...

keja la oii,, main game pulak..

on 4.2.05


hmm... payah sebenarnya sekarang ni.. aku sendiri dah blur tak tau nak buat kerja apa dah nii.. benggong aku tengok unit aku ni. aku sendiri pun dah naik malas nak dtg kerja. dtg pun lewat. start esok, nak kena running balik dah kepala aku ni.. karang aku pi kursus Developing IBM Lotus Domino 6 Applications, Foundations & Intermediate Skills dan Developing Dynamic Web Applications with IBM Lotus Domino 6 pada 7,8,14,15,16,17,23,24&25 nanti. takut satu mender pun aku tak masuk dlm kepala nanti.. hehehe.. main game nii.. senang jugak.. just start day kendian skip day, banyak boleh untung juga.. hehehe.. game ni dah lama.. aku jer baru main selepas aku dah naik boring duk surfing weblog yg penuh pancarobanyer. Posted by Hello

on 3.2.05


alamak.. tak cukup kiranya kalau aku tak letak gambar ni, ini adalah salah satu part dari tugas bahagian aku. cuma unit lain lah yang jaganya. aku tak jaga.masuk pun tak pernah lagi.. hehehe. Untuk pengetahuan, aku tak curi mana mana gambar ni, aku ambik sendiri.. sori aa.. mana main curi curi.. Posted by Hello


Ramai yg tidak tahu simbol bagi putrajaya ni, ramai yg menganggap putrajaya punya simbol adalah pejabat PM. dan tak kurang jugak, ramai yg tak pergi ke kawasan ini. sayang bukan?? Posted by Hello


Aku tak pasti sama ada dirancang atau tidak, tapi semasa anda berada di jambatan gantung, iaitu jambatan utama di putrajaya ni. anda akan melihat pemandangan begini. Masjid di hadapan pejabat perdana menteri, memberi maksud yang tersirat. mungkinkah? Posted by Hello


Kementerian Kewangan, aku tak taulah antara kementerian ini adalah kementerian terbesar atau tidak.. tapi bangunan dia saja untuk cukup besar. untuk presint 2, hanya bangunan dia dan bangunan PJH saja.. Posted by Hello


Aku kalau kena pindah ke sini.. kompom aku gila.. bayangkanlah.. hang opis sebelah sebelah pun.. hang tak kenal sepa yg kerja situ.. Posted by Hello

pesan dari member

zurie_nor : Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca talkin macam imamlah...) bunyinya camni: "HAI AJISS...MATI JUGAK KAO AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA,KAO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA PUKUL KAO DARI KANAN...KAO ELAK KE KIRI...KALAU DIA PUKUL DARI KIRI...KAO ELAK KE KANAN...KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN...KAO ELAK KE BELAKANG...KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI KAOLAH AJISSSSS......"

BODOH!

on 1.2.05

Bos No.3 : "Kita nak kena buat apa pulak lepas ni?"
Aku : "Kita buat bodoh saja"
Bos No.3 : "Saya taknak, awak sorang dahlah.. saya tak bodoh"
Aku : "Lebih baik mengaku bodoh, dari bodoh sombong. pandai takleh nak tumpang, bodoh tak leh nak ajar"
Bos No.3 : diam jer...

Forum @ Dialog?

on 31.1.05

Forum/ Dialog Gengjurnal dan PenaLokasi : Rumah PenaTarikh : 29/01/2004Masa : 3.20 ptgPengerusi : Gj NazmiwritPanel : - Gj Tokrimau- Gj Sridiah- Gj Nisah
Forum yang hanya suam suam kuku tetapi hangat dan penuh dengan isi dan akan menjadi berat bagi mereka yang tidak dapat mewujudkan neutrus neutrus baru dlm kepada untuk bersedia merungkai setiap baik kata yang dilafazkan oleh pihak panel mahupun penggerusi itu sendiri yang cuba bukan sahaja bagi mengugat kestabilan keselesaan panel yg duduk dihadapan tetapi juga para hadirin. Forum ini, saya sangat setuju dengan Gj Nisah bahawa weblog dan sastera cetak adalah satu kelompok yg berlainan ibarat air dan minyak tetapi strukturnya tetap sama iaitu cecair. forum ini saya fikir adalah satu forum untuk para penulis cetak untuk mengenali dan memahami tentang weblog sebagai satu medium alternatif bagi mempromosi dan menyemarakan dunia sastera di malaysia. namun apa yg dilihat adalah, satu cubaan untuk membandingkan antara weblog dan cetakan. walaupun perkara itu sememangnya perlu untuk menyakinkan para sasterawan cetak, namun ia kelihatan terlalu banyak. dan akhirnya membawa kepada beberapa cadangan, saya fikir, untuk merubah sedikit wajah weblog kepada sebuah medium yang mengangkat bahasa malaysia sebagai sebuah bahasa yg tersusun. namun ianya satu saranan yg baik dan wajar disambut bagi mereka yang mampu dan bersesuaian. saya merasa ia tidak bolehlah dianggap satu kehendak untuk dituruti tetapi hanyalah cadangan kepada weblog. ini kerana weblog adalah satu medium milik persendirian, maka individu ini mempunyai kuasanya sendiri. seperti kata Gj TokR, pembaca pertama dan utama bagi setiap weblog adalah penulisnya sendiri. maka ianya haruslah menepati citarasa penulis itu sendiri. bagi aku, aku mengambil jalan tengah, cukup untuk setiap weblog mengistiharkan bahawa bahasa yg digunakan adalah tidak layak untuk dijadikan bahasa rasmi dan tidak boleh digunakan. Panel yg hadir pada tempoh hari adalah sesuatu yg mencukupi, dari sebuah kelab sosial penulis weblog, dari seorang yg ahli pena yang mempunyai weblog dan seorang peguam yg mempunyai weblog, aku kira, perbincangan akan mencukupi banyak perkara, dari segi undang undang hak milik, bagaimana untuk mempertahankannya, bagaimana untuk mewujudkan budaya sastera di dalam web. bagaimana untuk memastikan partipitasi setiap penulis weblog dlm aktiviti bagi memudahkan penyampaian maklumat dan interaksi bagi mengembangkan budaya sastera. tetapi nampaknya ianya masih lagi satu perbahasan yang hanya tinggal perbahasan. ianya hanya dialog bagi meletakkan satu tahap untuk weblog dlm kelompok sastera tempatan.aku rasa dialog dialog seperti ini adalah baik, tetapi hendaklah lebih santai dan tidak terlalu formal. dialog seperti ini sebenarnya ditunggu tunggu sekian lama oleh kelompok gengjurnal. satu usaha yg harus dipuji. tahniah untuk nazmi dan pihak pena yg berjaya menganjurkannya.
________________________________________//
Prosedur penganugerahan bintang dan pingatsebenarnya, setiap mereka yg ingin mendapatkan pingat hendaklah mengisi borang yang telah disediakan. borang borang tersebut adalah dibahagikan kepada APerkhidmatan Awam BBadan Berkanun CSukarela/swasta DWarganegara asing, polis dan tentera serta politik. Dulu, dlm 6 7 tahun yg lepas, pegawai dicalonkan. dan mereka tidak tahu bahawa mereka telah dicalonkan. sekarang budaya tersebut, hanya tinggal untuk kakitangan awam dan badan berkanun sahaja. bagi sukarela dan swasta, banyak dah yg mencalonkan diri sendiri. sampai ke asas pencalonan pun yg patut ditandatangan oleh pencalon, ditandatangan sendiri, nampaklah sangat berianya. namun demikian, kami masih lagi mengetatkan prosedurnya. bagi pingat pingat kebesaran yg kecil seperti Pingat Pangkuan Negara (PPN), Ahli Mangku Negara (AMN) dan Kesatria Mangku Negara (KMN), semua borang hendaklah ditandatangan dan disokong oleh Ketua Setiausaha kementerian yng berkaitan atau Setiausaha Kerajaan Negeri. Bagi bintang besar untuk dapat datuk atau tan sri, mereka harus mendapatkan sokongan dari menteri. Perkara ini adalah terkecuali untuk polis, tentera dan politik yg akan mempunyai syaratnya yg berlainan. Banyak yg mencalon dibawah sukarela dan swasta tidak paham, walapun mereka swasta dan sukarela, mereka harus mendapat pengesahan KSU kementerian untuk memastikan bahawa setiap borang telah disaring dahulu di peringkat kementerian sebelum tiba kepada kami. dipihak kami, jika tidak ada tandatangan KSU, kami sukar untuk meproses kerana kami memproses mengikut kementerian, kalau tak ada pengesahan kementerian, kami kira tak lengkap borang. walaupun sesebuah persatuan itu bukan dibawah kementerian tersebut dan adalah bebas, mereka hendaklah mencari satu kementerian yang sering mereka berkomunikasi. kami tak kira, yg penting harus ikut kementerian, tak kiralah kementerian mana. Kengkadang, lebih mudah bagi individu tertentu mendapatkan sokongan menteri kerana menteri tersebut adalah ahli parlimen dikawasan beliau. namun menteri tersebut tidak tahu bahawa ia menjejaskan kouta untuk kementeriannya. borang selalunya akan dikeluarkan pada bulan julai dan ditutup penerimaannya pada bulan oktober atau november.itu dulu setakat arini. aku malaih nak update lah.. :D

2nd Batch

on 25.1.05

peduli apa aku nak update 2kali sehari.. :p

Abu member lama aku ada telefon. dulu aku ada hutang ngan dia sbyk RM350.00. member aku sorang lagi si Ali pulak hutang aku gaji 2 bulan sbyk dlm RM600.00. aku hidup tanpa gaji dan hutang aku ngan abu adalah hutang sewa umah. dlm pertengahan tahun lepas, aku nak balik perlis, aku memang takdak duit nak bayar.. Ali pun takdak duit nak bayar hutang aku.. mudahnya, aku cakap, hutang Ali ngan aku tu.. aku suh bayar kat Abu. kira setel sekali diorang memandangkan Ali pun berhutang ngan Abu juga. Ali dan Abu kawan baik dan duduk berdekatan.

Petang tadi, Abu telefon aku, mintak aku bayar hutang aku kat dia sbb Ali takleh nak bayar. Abu nak aku bayar sebelum akhir bulan ni sbb dia nak guna duit tu. Aku pulak, buat masa sekarang, tak kaya, minggu lepas baru sepupu aku pinjam dlm 500 lebih buat bayar sewa umah bagi mengelak dari kena halau. janji nak bayar 30hb ni. tapi aku rasa, tak dpt jugak nak bayar tu. ntahlah.. bila pikir bab duit, aku boleh naik sakit kepala. sini ok, sana xok, sana ok, sini xok.

Biarlah, aku kuarkanlah duit asb aku.
Dengar ceritanya, dia nak sangat duit cepat sbb dia nak kawin. kalau ikut planingnya dia akhir tahun ni baru nak kawin, tapi ini baru awal tahun dah nak kawin. katanya pihak belah perempuan suruh buat cepat.

Tak taulah aku, sekarang ni, org nak kawin pun dah naik susah. perkara yang mudah dan baik.. menjadi semakin susah. minggu lepas siap keluar lagi program kawin dulu bayar kemudian. dan tahap teruk sangat dah nii.. apa yg aku pikirkan.. kalau nak kawin pun susah.. mcm mana lepaih kawin nanti..?? nak bg anak orang makan apa.. boleh ka nak hidup bersama?? kawin tu dah payah.. hidup sbg suami isteri selepas itu keluarga, lagi payah. ntahlah kawan. bagi aku, aku akan cuba.. perkara baik yg hang nak buat.. apa salahnya aku berhutang sikit dengan org lain.

_________________________________________//
budak opis aku baca pasal catatan tentang boss aku tu.. dan catatan lain.. hmm.. korang pun mungkin akan faham kan.. apa perasannya.. rasa tak best.. rasa cam tak bebas.. Nak report bos? biarlah..

PTD konon

hari ni rasa begitu tertekan.. semua benda rasa tak best.. bila berganjak dari komputer.. mesti ada benda yg tak kena.. nasib baiklah boleh konfrenc.. best jugak dpt chat.. buat lawak.. baca lawak lawak.. terhibur balik hati.. memang mengembalikan semula semangat aku.. mcm mcm menghilangkan semangat aku.. kat opis nii. terutamanya.. bos bos yang semuanya nak tunjuk pandai.. abis tunggang langgang.. sampai sekarang.. aku dah tak buat peduli.. bukan kerja aku.. aku tak buat.. biarlah apa nak jadi.. pening abis kakitangan.. sekejab itu, sekejab ini.. sekejab boss sorang nii ckp gini, sekejab sorang ckp gitu.. aku kengkadang tak suka PTD nii.. dahlah fresh tak tau apa.. masuk terus jadi boss.. yg ada dlm kepala otak diorang cuma teori.. takdak pengalaman apa semua.. dan kemudian bila buat kerja.. semua tak tau.. semua payah.. pahtu, yg sakit kepala, kakitangan nilah.. penolong boss yg 2 orang tu pulak.. lagi kucau kacir bila dia tengok boss sendiri kucar kacir.. seeloknya ptd nii.. letak tempat yg senang senang jer.. tempat yang begitu sulit dan payah mcm tempat aku tu.. tak perlu duk sini.. buat susah kepala otak kakitangan jer.. Kepada yg dpt PTD tu.. kerjalah elok elok.. jangan lembek sangat..

kerja org takder kerja..

on 23.1.05

Semalam memang satu hari yang penuh.. dari pukul 1 tengahari sehinggalah 1 pagi... mula mula raya untuk hari kedua di rumah chef kak pnut. kemudian ke bowling alamanda, kemudian minum sampai pak cik tukang bersih pun dah jerling semacam jer.. semua kios dah tutup... lampu pun separuh dah tutup. jadi kami pun geraklah. kendian tuan presiden mak itam datang lepak kat umah aku dan kemudian pulak sampai ke kedai mamak. sehingga dlm kul 1 pagi lebih. masa nilah nak kena berjasa pada tuan presiden mak itam, orang tengah bujang.. hahaha.. bini TERtinggal kat kampung. hahaha. kepada yang nak main bowling kat alamanda.. jangan risau.. longkang kat situ dah bersih kami cuci.. T__T
oklah.. aku tak pandai sangat nak bercerita panjang.. tak reti den.
aku tak pasti mcm mana aku nak start hari ni.. otak blur lagi ni.. semalam dlm perbincangan.. banyak berkisar pada gengjurnal. ia juga berkaitan dengan dengan forum yang akan diadakan pada hari sabtu ni di rumah pena pukul 3ptg, kemudian bila abis tu, terus ke pool site kat rumah basri. tuan presiden pun dengar kata akan jadi salah sorang ahli panel pada petang tu.. jauh tu datang... johor mali.
oklah.. aku pun tak tau apa yang aku duk merapu sebenarnya ni. daripada lagi teruk aku merapu, lg baik aku berhenti.
_____________________________________________//
banyak orang duk tanya dekat aku, apa beza dato' ngan datuk. ok ginilah, mudahnya, dato' adalah gelaran yang diberikan oleh negeri yang mempunyai sultan. datuk pulak diberikan oleh negeri yang tidak bersultan, seperti pulau pinang, melaka, sabah sarawak dan juga termasuk persekutuan. YDPA juga menganugerahkan pingat Datuk. tetami hanya ada Datuk, tiada Datuk seri dari persekutuan kerana ia diganti dengan Tan Sri. Negeri johor pulak hanya ada gelaran Dato' sahaja, tiada Dato' Seri. Ada pulak yang bertanya, bagaimana dengan kedudukan datuk/dato' di antara negeri negeri ni. siapa yg lebih tinggi. sebenarnya, sukar untuk dinyatakan. sbb setiap negeri, mempunyai banyak pingat untuk gelaran. secara pukul rata (purata) setiap negeri mempunyai 2 bintang untuk gelaran dato', dan dua bintang untuk dato' seri. (kita cerita mudah, ambik negeri bersultan sahaja sebagai contoh). dan jika dicampur tolak, akan ada 36 bintang bergelar untuk negeri bersultan sahaja. tapi sebenarnya, lebih banyak bintang bergelar bila dicampur dengan negeri lain dan persekutuan. jadi sukar jugak aku nak cakap negeri mana yg lebih tinggi. jadi, mudahnya, bila korang mendapat bintang ker pingat ker.. lepas dpt 2 lah.. kalau satu mcm mana aku nak banding.. :P korang bolehlah tanya aku, mana satu yg lebih tinggi. aku akan cuba terang nanti bila ada masa dengan mengambil beberapa contoh. yang entry ni, aku lebih sekadar untuk view overall jer.
__________________________________________________//
umah aku mengiktiraf air mineral ini sebagai air mineral terbaik untuk tahun 2004. mungkinkah pada tahun 2005 ini, air ini akan dicabar kedudukannya.. kita tinjau apa pendapat orang ramai..
"saya suka alla fonte.. sunggu lazat sekali",
"saya suka alla fonte, ajid selalu beli, saya minum aja.. :D"
"alla fonte, bagus sekali.."
"alla fonte?, air paip besi pun tak sesedap dia, sukar untuk diungkapkan rasanya, tawar tawar berkhasiat gitu.."
Dapatkan segera alla fonte di 7E berhampiran, iklan ini ditaja oleh whisper. T__T
______________________________________________//
Di atas kebenaran rosh, inilah promo secara percuma sementara rosh masih lagi membotakkan kepala dia untuk menyiapkan video klip ini, ini adalah video klip untuk anuar zain bagi lagu mungkin. semua gambar adalah art dan dilukis sendiri oleh rosh. Targetnya adalah untuk AIM 2005, anugerah videoklip terbaik. kerana kami percaya, sblm ini, belum ada lagi videoklip yg menggunakan grafik cara ini. 3D byk dah. Nantikanlah.. NANTIKAN..!!!
Perhatian, aku dan rosh bukan peminat fanatik Anuar Zain, takut jugak mcm bluehikari kena serang dulu dulu tu.. naya aku.. :D
dah dahlah jari oii.. tak reti nak berhenti ker?? muntah pulak karang orang baca.. hahaha.. sori geng..
p/s: abah.. yg garis panjang tu.. kira pembahagi perenggan tu.. hehehe...

Azam baru.. lewatkah..?

on 21.1.05

Dah lama rasanya aku tak update website secara serius.. keputusan internet atau lebih tepat lagi.. ketiadaan internet.. dan ketiadaan komputer.. dulu aku update pada masa aku sempat dengan menumpang komputer sesiapa yang sempat. tapi kebanyakannya.. lebih pada cyber cafe.. hampir semua cybercafe di kotabharu.. aku pernah masuk.. aku tahu mcm mana komputer yg digunakan.. byk jugak elaun aku abis untuk pergi cyber cafe.. ntahlah.. memang gian untuk update. tapi gian untuk membaca blog orang lain pun.. boleh kira juga.. sbb kalau kita tertinggal banyak yg tak baca.. aku terpaksa ambik masa yg lama untuk baca semua.. dan ini akan menyebabkan aku tak dak masa untuk masuk blog org lain pulak.setelah jurnal agak sepi.. ada pujukan member aku.. aku join forum.. asyik dengan forum.. aku banyak dan terus tertiinggal jurnal jurnal.. bila aku kembali serius dlm blog. aku seperti tersesat dlm area baru.. segalanya baaru.. org lama terus byk yg tutup blog. yg tinggal pun, sudah tukar konsep kepada konsep yg lebih baru.. hampir tidak kenal. namun begitu, tdak dinafikan.. masih ada lagi yg masih kekal dengan imej lama.. termasuk imej 'jurnal bersawang dan dibersihkan sebulan sekali'.
dipendekkan cerita, skrg, aku dah ada komputer atau lebih tepat laptop.. walaupun bukan aku punya, yg opis punya.. tapi aku rasa.. ia sudah cukup memudahkan aku untuk surfing dan update blog. kat umah, aku tak perlu kacau rosh untuk siapkan kerja dia yg makin banyak.. kat opis pulak, tak perlu aku kacau pc typist aku untuk buat kerja. untuk makluman korang.. aku kat opis masih belum ada komputer.. ntahlah... dah janji lama nak beli tapi tak beli beli lagi.. aku duk tumpang pc org jer.. sana sini duk tumpang.. tumpang pulak.. komputer typist.. sedihnya jadi ptpo seperti aku.. sekarang.. aku dah ada laptop.. sesuatu yg hanya layak untuk gred 44. hahaha. sebenarnya, aku dapat laptop ni sbb aku ditugaskan untuk maintain web bahagian.. tambahan pulak, kami nyer pptsm bahagian aku telah bertukar, dan nak tunggu org baru, memang lambat. dan kebetulan pula, website dan server yg ditempah pulak sampai dan perlu proses untuk setup agar semuanya berjalan lancar. walaupun segala setup dibuat oleh dealer.. tapi tetap kena mantau juga. bulan depan, aku dpt pergi untuk kursus lotus domino kat th perdana. dlm seminggu, 3 hari aku kena kursus. semoga apa yg aku akan berlajar nanti akan menambahkan lagi kemahiran aku dlm programming. aku berhasrat untuk memidahkan kesemua idea dlm bentuk realiti nii ke dlm bentuk maya yg lebih fleksibel untuk semua orang guna. kerana apa yg aku lihat kat bahagian aku dlm seketika nii.. membuatkan aku rasa tak kselesa..
ada seorang pegawai, pptk, dia ni bukan main kedekut tak tau nak kata. aku tak nafikan dia rajin sedikit dlm mencari maklumat dan fail fail kemudian memindahkan formatnya kedalam komputer. tapi masalahnya, format tersebut tidak dikongsi bersama. apabila dia pindah unit dari unit protokol ke unit lawatan. pegawai yg mengantikannya mendapati pc dlm bilik tersebut kosong tanpa sebarang file. apabila diminta, pegawai ni taknak kasi, dia kata bukan main payah dia buat (kononnya, sbenarnya dia cari dari file dan pindahkan ke dlm format komputer. ) dan akibatnya, pegawai yg baru pindah tu, terpaksa bermula semula dari A. perkara yg tidak sepatutnya.
ntahlah, dunia sekarang penuh hasat dengki.. ilmu pun berkira. taktaulah aku nak kata. aku kalau boleh. apa yg aku tau. kalau orang tak tau. aku akan kasitau. sbb aku pernah rasa, bila kita ajar orang satu ilmu, kita akan dapat tambahan ilmu lain pulak. kita takkan kurang ilmu kerana kita ajar ilmu itu kepada orang lain. bukan ilmu tak baik pun.
oklah.. karang nampak sangat aku ni nak lepas gian update pulak.. :D .. design kalau ikutnya, nak buat baru, nak buat design sendiri.. tapi biarlah.. pakai template lagi mudah.. tak yah nak mikir mikir.. malas sebenarnya nak buat template sendiri.. tengah takdak idea.. deisgn untuk site kak pnut pun tak leh buat lagi.. rosh pun tengah sibuk ngan projek dia.
di malam hari raya korban ni, aku ingin membuka lembaran baruu dlm cerita hangbuah. apapon sebelum tu, eloklah kiranya aku memohon seribu kemaafan di atas sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum ni. maaf zahir batin. selamat hari raya aidiladha

on 2.1.05


i'm lost in a new world that more bigger then i could be Posted by Hello